Hari Jumaat. Semoga Barakah.
Pagi tadi kelas terakhir. Ada pembentangan. Minggu depan dah study week, ramai pelajar dah angkut beg sejak semalam. Jadi yang datang kelas hari ni hanya yang nak bentang sahaja. Ambo memahaminya. Ramai orang nak sambut Ramadhan dengan mak ayah. Kalau boleh ambo pun nak kelik jugak, tapi daya dan upaya agak terbatas. Lagi pula sekarang musim cuti sekolah, penuh gegak budak-budak dan mak bapak budak yang tengah bercuti sekolah. Ambo yang tadak budak dan tak cuti ni dok dendiam di Bangi. Bagi peluang depa cuti sakan dulu.
Masa mereka bentang tu, sesekali ambo tengok telefon. Sama ada nak ambil gambar mereka, tengok whatsapp atau FB. Biasanya pertukaran kumpulan bentang ambil masa 2-3 minit, sempatlah rehatkan minda dengan dunia luar.
Tengah dok nengok deretan whatsaap yang masuk tu, ada satu masej tak bernama masuk. Ringkas sahaja, “Assalamualaikum adinda, salam Ramadhan kareem”.
Masej sebegitu daripada orang-orang yang dekat, tapi sebab telefon ambo pernah hang dan hilang senarai nombornya dulu, tak dapat kesan siapa empunya pengirimnya. Akhirnya, boleh kesan juga. Kak Shikin. Rakan masa sama-sama buat master dahulu.
Kami dah kerap kali terputus hubungan dan jumpa semula. Biasanya dia yang hilang kerana kerap tukar nombor telefon. Bila ambo pulak guna nombor baru sejak 2008 setelah nombor lama dilupuskan, dia pulak tak jumpa cari huhuhuhu haaa tau pun rindu! Kami jumpa semula bila dia cari di FB rasmi. Alhamdulillah.
Namun, perkhabarannya pagi tadi merentap hatiku. Ubah emosi jadi tak stabil. Buatkan sarapanku di kafe nan cantik itu tidak lagi menyelerakan.
“Awal bulan Mei akak buat pembedahan… 2 minggu lagi start chemo”
Terpana bila dia beritahu hidapi kanser payu dara. Terdiam. Mata terkelip-kelip tengok pelajar buat pembentangan tapi ambo dah tak boleh focus. Tak terkata apa.
Dia banyak mengajar aku untuk lebih memahami erti hidup. Hidup ini tak indah, penuh dugaan dan cabaran biarpun segigih mana kita berjuang untuk dapatkan bahagia itu. Aku tabik spring dengan daya juangnya mencari kebahagiaan. Dan kini, dia terus berjuang untuk sebuah kehidupan. Semoga Allah merahmatinya. Semoga diringankan kesukarannya. Dimudahkan segala urusannya.
Allah sayangkan dia, Allah selalu memandang dia, Allah selalu mencuit dia. Semoga dia makin tabah dan kuat.
Masalahnya, aku yang tak kuat. Aku yang tak gagah menerima. Aku yang belum capai makam redha seperti dia. Aku yang nak nangis.
Hari ni janganlah ada sesiapa buat hal, ambo tak stabil emosi. Ambo nak sembunyi. Ambo nak dok sensorang pandang hijau daun bergoyang ditiup angin. Ambo nak celup kaki dalam dingin air sungai. Ambo tak mau ada orang tengok pipi banyak kali basah.
Hari ni panas litlit. Panas cenggg. tapi, hujan terlalu lebat turun di hati. Aku pun tak pasti mampu berenang ke tidak.