Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai yang menyentuh tentang
pembaziran makanan. Kononnya terdapat antara kita yang mengikut nafsu bila
berbelanja di Bazar Ramadhan. Maklumlah, beli makanan masa lapar, semuanya Nampak
sedap. Jadi, semuanya nak borong.
Betul ke kita membazir? Sejauh mana kita membazir?
Bila kita Nampak orang beli di Bazar Ramadhan dalam plastic kecil
sahaja, ada kuih 3-4 ketul, ada nasi beriani kebungkus, ada air sebungkus. Maka
pada anggapan kita, dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Betul ke?
Habis tak dia makan kuih tu? Habis tak dia makan nasi
beriani tu? Habis tak dia minum air sebungkus tu? Atau bakul sampah jugak yang
makan selepas kita peram dalam peti ais selama beberapa hari.
Bila kita Nampak laki bini jinjing plastic tak muat tangan, automatic
mulut kita terlopong hatipun berbisik. Banyakkkkknya dia beli. Habis ke? Padahal
kita tak tahu pun berapa ramai ahli keluarganya yang ada. Kalau anaknya je pun
dah 8 orang, campur mak bapak dah jadi sepuluh. Kalaupun mereka beli 3 bungkus
air, 3 jenis kuih dan 3 jenis lauk, memang betul ke mereka membazir? Ataukah dengan
jumlah yang sebanyak itu, bila azan berkumandang sahaja…sekelip mata ghaib dari
pandangan. Mak bapak hanya sempat tengok sahaja.
Persoalan membazir ke tidaknya kita setiap kali datangnya
Ramadhan hanya kita sahaja yang mampu menjawab. Tak perlu menilai orang lain.
Ambo? Berbuka puasa dengan cekodok dan air rendaman kurma
(Nabez) pun dah cukup. Kata diet!!!!