Khamis, 9 Jun 2016

Berbuka Apa Hari Ni?



Dalam pada kita taksub berkongsi gambar juadah berbuka tu, pernah terfikir tak tentang orang lain?

Bukan nak marah kalian, tegur diri sendiri jugak. Kita dok teruja nak kongsi gambar makanan di media sosial, dan kita tak tahu kesukaran orang lain. Contohnya pernah berlaku pada aku sendiri;

Peringkat awal aku keluar hospital masa kena slip disc dulu, upaya memang sangat terhad. Doctor memang nasihatkan (paksa sebenarnya) “Jangan turun katil!”. Persoalannya, macam mana nak hidup kalau hanya berada atas katil sahaja. Aku tak punya hamba sahaya untuk buat semua urusanku terutamanya libatkan makan. Nak tak nak memang kena makan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ada kederat ke jika hanya telan air putih sahaja sepanjang hari.

Jadinya, aku perlu juga turun dan masak paling ringkas sehari sekali. Ketika itu aku hanya mampu berdiri tak sampai 5 minitpun, jadinya acara untuk turun tangga dah makan masa lebih 5 minit. Sampai di ruang tamu aku perlu berbaring dahulu. Kemudian pergi tanak nasi; cuci beras dan tonyoh dalam rice cooker. Baring lagi sekali. Hilang lenguh, pergi sambung semula untuk goreng telur mata kerbau. Baring semula. 

Akhir sekali baru boleh makan. Itupun kena baring semula sebelum mampu pergi humban semua pinggan dalam sink sahaja. Lain tahunlah basuh. Maka begitulah keadaannya selama berminggu-minggu hinggakan aku tak mampu lagi tengok gambar-gambar makanan melintas di timeline fb.  Tak mampu itu sebabkan naik statusku memohon rakan-rakan tidak muatnaik gambar makanan, namun, ada pulakkklah mempersendakan status tersebut. Menitik ayaQ mata wa cakap sama lu! Fuhhh! Hati masih tisu rupanya padahal selama ni rasa macam brutal benar!

Jadi, peringatan untuk aku sendiri yang suka tampal gambar di fb, cubalah kurangkannya. Bila kita kelaparan, walaupun hanya gambar ikan masin, itu sudah begitu membuatkan perasaan sangat terdera. Sedangkan, kita tak mampu untuk dapatkannya.

Tak mampu itu bukan sekadar tak ada RM. Banyak faktor lain lagi mempengaruhi punca ketidakmampuan itu.

Tiada ulasan: