Dalam kita cuba tidak membazir padabulan Ramadhan, kiranya berusaha untuk bersederhana, adakala kita terlupa pula
nak bersederhana untuk persiapan raya pula.
Sebenarnya, definisi SEDERHANA itu
sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sederhana bagi kita,
belum tentu lagi sederhana bagi orang lain. Mungkin gaya sederhana kita itu
termasuk dalam kategori mewah untuk orang lain.
Contoh mudahnya adalah: bagi kita
yang biasa sediakan 10 pasang baju raya, bila tahun ni kita hanya beli 5 pasang
sahaja, sudah dikira sederhana berbanding dengan Cik Ta yang sediakan 110
persalinan raya. Bagi Cik Ta pula, jumlah tersebut adalah terlalu sederhana
sebab sepanjang Syawal nanti dia perlu hadiri 3-4 acara rumah terbuka, perlu
jalani penggambaran sambutan raya dan sebagainya. Kalau penggambaran tu, dah
tentu kena sebat 5-6 pasang kerana setiap scene kena tukar baju. Bagi Cik Ta,
itu dah sederhana. Bagi kita yang hanya beraya hujung minggu sahaja ni, 10 pasang
tu pun dah terlebih bajet.
Hanya kita yang tahu tahap sederhana
tu takat mana. Kalau kita terpaksa buat pinjaman setiap kali ketibaan Syawal,
rasanya kita dah berada di luar kemampuan diri, jadinya…silalah kaji semula. Bukan
tak boleh sediakan 30 jenis kuih raya (ada orang buat sejenis kuih setiap hari
bermula 1 Ramadhan), namun adakah ia sesuai? Benda makan banyak mana letak pun
boleh habis. Rumah ambo yang penuh dengan budak-budak tu, ambo hanya hidang kerepek
sahaja. Humban je 3 guni kerepek, habis cerita. Setiap seorang usung satu
balang. Tetamu datang depa tak kacau dah sebab memasing ada balang sendiri.
Adakah setiap kali buat persediaan raya, kita perlu
tukar perabut baru? Tukar langsir baru? Cat rumah baru? Jambangan bunga baru? Atau…kereta
pun kena tukar baru? Tepuk dada tanya iman. Rasanya jenis mami jarum yang pergi
belek langsir orang musim raya dah tak ada dah kot…ke masih ada? Mmmmmm tetiba
teringat langsir rumah Mek di kampong belum bertukar sejak 10 tahun. Tiap kali
raya hanya basuh dan pasang balik. Ada satu tu je pun. Raya lain kali baru
tukar langsir baru, boleh? Tak sempat nak jahit lah!
Kakak ipar pernah sebut, “Bunga ni
seingat kak lah…masa kak kawin dulu lagi,” huh u huhu itu bila kami putuskan
untuk lupuskan beberapa jambangan bunga yang dah terlalu pudar warnanya. Ketika
dialog tersebut terjadi, anak bujangnya tengah tunggu keputusan peperiksaan
SPM. Ohhhh itu betul-betul marhain. Kami hanya cuci, lap habuk dan gubah semula
selagi elok.
Jadinya, berapa sederhana persiapan
kita, bergantung kepada definisi kita sendiri. Bagi kami, kami sudah terbiasa
untuk beli sesuatu ikut keperluan. Hanya bila perlu. Itupun banyak kali jugak
lajak TERbeli ikut kemahuan huhuhuhu