Memaparkan catatan dengan label ketupat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketupat. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2009

Selamat Menyambut Ketibaan Hari Kemenangan


Selamat menyambut hari kemenangan dengan tibanya Syawal. Moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna.



Ketupat pulut jadi hidangan,
Pasang pelita tengah halaman;
Selamat sambut hari lebaran,
Bersama kita saling bermaafan.



Kepada semua, mohon maaf andai terkasar bicara, tersalah tutur kata, terkilaf rasa...daku hanya insan biasa, tiada lari dari membuat silap dan dosa. Mohon dimaafi segala.

Khamis, 20 Ogos 2009

Tolong, Aku Dah Ketagih!

Aku ada migrine yang agak kronik juga. selain tu ada jugak penyakit angin kus-kus hu hu hu. Ada beberapa pantang yang aku kena jaga, namun ada beberapa benda juga yang aku memang “pantang jumpa”. Tak boleh elak punya.

Kena Pantang;
1. Minuman berkafein seperti nescafe, kopi dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya, termasuk teh dan milo. Aku mula pantang minum semua benda berkaler ni sejak tingkatan 2 lagi. Masa tu, kalau aku minum awalaupun teh tarik, belumhabis minuman di gelas, kepala dah mula sakit. Minuman ruji aku setiap masa adalah air suam, air kosong, air mati. Bila aku jumpa satu herba yang boleh cuci darah dan nyahkan toksid, aku mula berani minum semua minuman ini termasuk nescafe. Bila minum, aku akan minum yang kaw-kaw je...jadi, walaupun makan herba, toksid tetap aku masukkan dalam darah juga sekurang-kurangnya 1 mug sehari. Walaupun cuba untuk pantang balik, aku hanya mampu bertahan selama seminggu sahaja. Aku tetap perlukan kafein untuk keraskan mata bagi berjaga malam siapkan kerja, namun hakikatnya, setengah jam selepas telan kafein ni, aku akan tertidur juga. Adik aku kata, siap dengkur lagi!

Semeriah mana atau sesedap mana kopi starbuck, kopitiam, oldtown atau mana-mana ajelah yang seangkatan dengannya, aku memang tak mampu menikmatinya. Koko panas pun ada masanya boleh menyebabkan kepalaku ting tong, apa lagi kopi kaw di kopitiam dan oldtown tu yang baunyapun dah semerbak wangi. Ada sesiapa pernah alami “mabuk kopi”?. Aku pernah! Dan sekarang....aku dah ketagih nescafe. Tolong!


2. Coklat: tidak semua jenis coklat aku kena pantang, hanya coklat yang pekat dan kaw kaw je kena pantang. Aku masih boleh menikmati coklat van houtan, cudbery ataupun jenama lain yang sepertinya atau yang dimasukkan dalam kek. Namun ada sesetengah coklat aku memang tak boleh makan, termasuk yang diletakkan dalam kek. Biasanya aku boleh kenalpasti jenis kek coklat yang tak boleh dimakan berdasarkan bentuk fizikalnya. Kalau aku makan juga, walaupun hanya sesuap, wow! Terus berdenyut. Namun, kerapkali aku langgar je pantang tu, sebabnya, migrine memang dah selalu kena. Makan kek tertentu tu bukan selalu kan? Apa salahnya melayan hati nikmati racun tu sesekali kan hu hu hu...sori, aku tak takut mati awal sebab aku memang doa untuk mati sebelum sampai umur 50. Bukan sebab rasa bongkak amal dah cukup atau terlalu yakin dapat masuk syurga, tapi risau akan bertambah timbangan di sebelah kiri akibat sikap kurang ajar sendiri. Tak mahu nyusahkan orang pun ya juga.

3. Pulut: apa-apa jenis pulut pun akan menyebabkan aku boleh dapat angin satu badan. Tak kiralah ketupat pulut ke, kuih muih diperbuat dari pulut ke, pulut durian ke, putih kukus ke, pulut tanak ke, pulut makan dengan ikan kering ke, pulut apa-apa sahaja. Namun yang sadisnya, aku memang penggemar pulut tegar. Memang pantang jumpa, akan sebat punyalah. Tapi, kalau jumlahnya tu hanya sedikit sahaja, biasanya aku tak makan. Sebabnya, kalau dah nak sakit satu badan dan tak bangunpun, biarlah makan sampai berbaloi.


Setiap tahun aku akan kukus pulut kuning (adakala ubah jadi kaler lain kalau tak ada pewarna. Takat ni belum ada lagi kaler biru. Teringin jugak nak buat kaler tu sekali). Pulut tu aku akan makan dengan ayam masak merah/pedas ataupun kalau rajin terlebih masak percik. Fuyoooo aku akan makan sampai habis satu belanga (biasanya aku akan buat sebanyak 1 kg pulut atau lebih dan bawa ke pejabat atau bagi kat kakak dan anak-anak dia sama. Ada masanya aku telan je semua tu dalam tempoh dua hari). Jadinya, bila masuk angin, lenguh-lenguh badan dan pening kepala pun kira macam berbaloilah dengan kapasiti pulut yang aku makan tu. Dan lenguh-lenguh badan serta angin itu perlu aku tanggung hingga seminggu baru nak ok semula.

Kalau ketupat, aku lebih suka ketupat daun pisang yang berisi pisang di dalamnya. Kalau ketupat ni, takat 2-3 biji tu sekali hadap je walaupun besar jugaklah dia punya bungkus tu. Dah tak ada ketupat ni baru makan ketupat pulut tiga segi tu, tapi berintikan serunding daging (makan pun cerewet kan! Memilih aje!). Kalau tak, baik aku takpayah makan terus. Kalau ketupat nasi bentuk 8 segi atau 4 segi tu...aku buat dak je. Makan masa ada sate je hu hu hu.

4. Labu. Apa-apa je jenis labu sama ada sira labu (ni orang Kelantan memang suka makan. Manis memang dah tentu, tapi aku suka rasa labu kuningnya tu). Sayur labu juga. Memanglah sedap, tapi nanti angin satu badan. Biasanya kalau jumpa...telan ajelah labu. Sesekali kan!

5. Durian. Inilah satu-satunya benda yang paling aku tak leh tahan untuk makan. Kalau takat sebiji tu kira jeling je dulu. Kalau balik kampung musim durian, aku memang tak akan makan nasi dah. Makan buah saja sepanjang hari. Buah durian di belakang dapur rumah kami tu memang sedap yang teramat sangat yang aku tak boleh jumpa lagi kat mana-mana pun. Asal saja makan durian, mesti aku akan bandingkan dengan duriankat dusun rumah kami. Apalagi kalau terus saja belah dan makan selepas gugur. Yummy.


Masalahnya aku memang kena kontrol untuk makan durian. Kalau dulu, boleh sebat je berapa banyak yang nak makan. Sekarang ni, makan beberapa ulas saja pun dah mula sakit kepala. Orang kata panas. Setengah-setengah yang lain kata aku ada darah tinggi, tapi bila periksa dengan doktor, darah aku normal saja. Dulu darah aku sentiasa sahaja berada di bawah tahap normal. Darah rendah. Dah GEMOK sikit ni baru jadi normal.

Kalau balik kampung dan sentiasa makan durian untuk tempoh seminggu, kulit aku akan gatal-gatal, kemudian tumbuh ruam yang akan sentiasa di garu sama ada di kaki atau tangan. Akhirnya ada bintil-bintil air bisa yang kalau dipicit akan meninggalkan parut. Ambil masa yang terlalu lama untuk hilangkan parut tersebut.

6. Dokong: dokong ni bukanlah dokong yang ada di pasaran kat sini, tapi dokong yang asalnya dari Thailand. Dokong ni banyak terdapat di Kelantan. Rasanya memang teramat manis. Sedap. Satu tangkai pun dah boleh ceceh hampir 1 kg timbangan. Buahnya cantik, besar dengan rasanya yang manis. Kalau aku hadap buah ni setiap hari dalam masa seminggu, kesannya sama seperti makan durian juga. Namun, biasanya, aku buat tak tahu sahaja. Sebabnya, bukan senang nak dapat makan dokong yang sedap macam ni. Kat pasar malam jarang jumpa. Kalau jumpa pun yang depa dok peram. Dah tak manis sangat. Mmmm apalah sangatkan kalau takat menggaru gatal, berbanding nikmatnya isi tembolok hu hu hu. Kalaupun selepas itu pergi jumpa doktor dan dapatkan ubat sapu untuk “alahan” makanan berkenaan, ubat-ubat yang doktor beri tu kurang berkesan kot. Dalam tempoh tertentu, bila KHASIAT buah durian atau dokong tu dah habis dari dalam darah, gatal tu akan hilang dengan sendiri je.

7. Me Segera: ini memang antara pantang yang tak akan aku cuba untuk makan, kecuali bila melibatkan hidup dan mati sahaja. Apa-apa jenis me segera sahaja memang tak akan sesuai dengan tekak dan kepala aku. Kalau teringin sangat nak makan pun, aku akan masak suku keping daripada sebungkus me segera itu. Yang banyak letak dalam tu adalah sayur dan lauknya sahaja. Bukan tak pernah cuba nak serasikan tekak dan kepala dengan benda ni, tapi tiap kali mencuba memang akan gagal.

Semasa cuba berjimat cermat ketika roda hidup aku berada di bawah suatu ketika dahulu, ada juga cuba. Kali pertama makan, belum habis semangkuk pun makan, terus saja dapat migrine yang teruk. Esoknya mc. Dah ok aku cuba juga telan, paksa diri telan sebenarnya sebab hanya itu sahaja yang mampu aku beli pun. Beberapa minit selepas habiskan semangkuk me segera tu, terus muntah. Keluar semua sekali. Lembik! Begitu juga kali ke tiga dan seterusnya. Akhir sekali, 2 bungkus me segera itu aku bawak balik kampung untuk anak-anak buah aku. Seronok je dia orang telan makanan kegemaran malaya tu. Walaupun masih lagi tak mampu untuk makan mewah ketika tu, aku tukarkan me segera dengan mihun. Jadinya, setiap hari aku makan mihun sup bersayur. Mmmm laparlah pulak! Rindu nak makan mehun sup bersayur hu hu hu

8. Daging: biasanya orang darah tinggi je tak boleh makan daging, tapi aku yang darah berada pada aras normal ni pun tak boleh makan. Kalau makan daging lembu, sup tulang, (ayam okeylah pulak!), apalagi kalau dapat sup gearbox, memang akan migrine. Masalahnya aku memang suka sup, terutama sup tulang. Jadi, kalau musim raya haji tu...bayangkanlah betapa deritanya aku hanya memandang je orang dok hirup kuah sup kegemaran aku tu. Ada masa aku langgar juga pantang tu dan rembat satu mangkuk penuh dan hirup dengan berbahagia sekali. Sakit selepas tu belakang kira kan. Sekarang ni, aku pantang lalu depan Ani Sup Utara, mesti singgah. Adoiii la!

Rupanya banyak juga benda atas dunia ni yang aku tak boleh nak nikmatinya walaupun benda-benda tu adalah makanan atau minuman kegemaranku. Benda-benda lain yang aku pernah ketagih adalah: chatting, berbalas pesan di forum dan sekarang...tulis blog. Adoiiiiii!

Isnin, 8 Disember 2008

Ketupat Pisang Untuk Raya

Ni makanan kegemaran aku tiap kali raya. Kalau tak ada, memang tak sah. Macam tak raya je... 


Cara Buat Ketupat Pisang
1. Beras pulut dikukus.
kukus pulut
kukus pulut



2. santan pekat dicampur garam.

masukkan garam dalam santan
masuk garam dalam santan
pokok pisang
Daun pisang kelat lega
3. ambil siap-siap daun pisang awak (kelat lega) dan layur atas api biar layu sikit


4. Pisang kelat lega (awak) di belah dua
5. Pulut akan digaul dengan santan hingga sebati, kemudian dikukus semula. setelah itu, Pulut akan digaul dengan santan dan gula. 

buah pisang
pisang kelat lega masak
masukan santan ke dalam pulut kukus
Gaul santan dalam pulut6. Pulut dibungkus dengan daun pisang. Letakkan pisang yang telah dibelah dua di tengah-tengahnya.


Bungkus dalam daun pisang
Membungkus
mengikat pulut
Ikat berdua
ikatan
Siap ikat
ketupat pisang
Sedia Terhidang
rupa ketupat pisang
Rupanya dah masak...yumy!



Lekapkan dua balutan pulut dengan temukan kedua-dua bahagian daun yang berlipat supaya berada di tengah-tengah dan seterusnya ikat dengan tali.


Rebus atau kukus lebih kurang 2 jam.



Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.

Selasa, 7 Oktober 2008

Lebaran pun Datang


Pagi Syawal, perancangan awalnya mahu bertolak kembali ke kampong halaman selewat-lewatnya jam 5 pagi dan singgah di R&R Genting Sempah untuk Suboh. Namun, lelah mengejar detik sejak seminggu sebelumnya buatkan diri agak payah untuk bangkit dari pembaringan. Tambah pula, dingin hujan pada pagi Syawal itu, bagai menggoda diri untuk terus menarik gebar. Lupa sesaat meriahnya suasana pagi Syawal di kampong halaman.

Akhirnya, perjalanan dimulakan seusai Suboh dari rumah. Tepat 6.05 pagi, brek kulepaskan dan perjalanan beratus batu itu kuharung jua sekalipun dengan sekujur diri yang lesu dan mata yang kuyu menahan kantuk. Untungnya perjalanan itu lancar. Tanpa jem. Tanpa kesesakan. Tanpa kekalutan. Bertemankan CD lagu-lagu raya pula sepanjang jalan itu. Tiba di kampong halaman jam 1.30 tengah hari dengan selamat. Alhamdulillah. Hanya 6 jam 25 minit.
Di hati teringatkan ketupat pulut berintikan serunding daging buatan bonda tercinta. Ketupat pisang juga. namun, tahun ini, Mek tidak buat kedua-duanya kerana sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinan adik yang akan berlangsung pada 5 Oct 2008.
Biarpun masih berkesempatan merasa ketupat pulut buatan orang lain (tidak dapat merasa ketupat pisang), namun rasanya sudah pasti berbeza. Bukankah masakan ibu juga yang paling enak di tekak setiap anak? Masihkah punya kesempatan lagi kali yang lain untuk merasa keenakannya itu? Dan Mek, seakan sedikit terkilan kala cucu-cucunya tercari-cari nasi impit kuah kacang buatannya.
Keadaan sangat berbeza kala bertolak dari kampong kembali ke Selangor. Kalut. Gawat. Lelah. 16 jam memandu di tengah kesesakan kronik yang adakalanya kelajuan hanya 5km/jam. Kala itu, kaki hanya menekan brek, bukannya minyak. Pedal minyak tidak sempat ditekan, pedal brek perlu ditekan lagi. Di tengah-tengah lebuh raya pula. Bila tiba di destinasi, keletihan memang tidak mampu diselindungkan. Mata memang berpinau setelah berbelas jam memandu (hanya berhenti untuk solat, isi petrol dan ke bilik air, kononnya untuk cepat sampai).

Saat itu, diri mula sedar bagaimana rasanya bila memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Terlalu bahaya sebenarnya. Ada ketikanya, jalan yang lurus itu seakan terlihat seperti jalan mati. Mujurnya keadaan itu terjadi beberapa kilometer sahaja dari rumah, jadinya minda bawah sedar memang sudah merakamkan struktur jalan tersebut.
Taubat! Lain kali, tidak akan kuulangi silap yang sama: tetap memandu biarpun letih dan mengantuk. Kalau sendirian, hanya bahayakan nyawa sendiri. Andai ramai penumpangnya, bagaimana? Nyawa bukannya taruhan yang terbaik buat sebuah ketidaksabaran sendiri.