Jumaat, 31 Oktober 2014

Monolog Dalaman Orang Sentap Hari Jumaat

Orang tak akan faham pun walaupun dia kata dia faham. Yang kau nak sentap ni kenapa?

Bukan sentap, tapi kecewa. Aku tengah kalut berjuang nak bernafas pun dah rasa sesak, pulun celah jugak luangkan masa tinggalkan plan asal aku terbongkang…ada orang nak hargai? Dikata pula!

Sejak bila pulak kau dah mula kesah dengan apa yang orang kata? Dia tu siapa sampaikan kata-kata dia kau nak pegang dok kecewa bagai? Penting sangat ke dia? Kalau kau susah dia tolong tak? Ke hanya tahu mengata dan dok tak puas hati semua benda yang kau buat tu?

Tak adalah penting manapun.

Kalau tak penting, abaikan je. Orang macam tu tak reti bersyukur. Dalam kepala otak dia hanya tahu nak lebih je. Nak orang baik dengan dia, dia ada buat baik dengan orang? Nak orang hormat dia, dia ada hormat orang? Kalau kita tak buat apa, tapi nak lebih aje dari orang…baik terjun kandang buaya. Hidup pun menyusahkan orang!

Gangguan mental tau dak?

Yang kau kena risau… betulkan tesis tu. Spesies ni tetap tak puas hati hingga kiamat, kudis je tu…tak payah nak risau! Kalau takat cakap je “faham”, tapi tindakan tak satu pun melambangkan dia faham...kau nak sentap lagi? Tak payah buang masa. Kau dah cakap kan tengah kalut nak siapkan kerja skulah? Dia dah tahu kan kau tak boleh duduk lama, tak boleh lasak, tak boleh angkat benda berat…tak boleh tu, tak boleh ni…berjalanpun masih macam robot, mop lantai pun tak boleh. Ada dia datang tolong kau mop lantai? Kalau benda mudah macam mop lantai pun dia tak boleh tolong kau, kau rasa benda besar dia boleh buat untuk kau tak? jangan harap!!!!

Errrr errrr…errr

Nak Berjaya, jauhkan dari aura negative. Tak rugi apapun dia tak ada dalam hidup kau kan? Selama ni boleh aje kau hadap orang dok mengata bagai? Orang buat fitnah... Orang tak layan kau. Makcik sihir tu pun boleh je kau buat tak tahu. Dia ni lebih hebat dari bini professor tu ke?

Tak payah nak blur. Pi buat bab tesis tu! Pulun! Masa dah tak ada. Dia orang bukannya reti pun pasal semua tu…reti dok menyebok hidup orang je. Tak payah dok tiru perangai “tak pernah cukup”, “tak pernah puas hati dengan orang”. Kalau kita tu baik sangat tak apa juga. Kau tu sapa kat dia untuk dia menempel? Ada dia beri faedah kat kau? Hidup kalau tak reti nak bersyukur, memang payahlah!

Errrr…errrr….errr

Dahhh! Pi sambung buat kerja! Buang masa je dok piker pasal orang macam tu. Hablunminannas pun tak reti nak jaga. Cheittts!!!

Mmmmmm itulah contoh monolog dalaman ya murid-murid. Monolog dalaman ni kita boleh jumpa dalam karya kreatif macam novel dan cerpen. Sila faham betul-betul. 

Khamis, 30 Oktober 2014

Memandu Sambil Merokok Dan Guna Telefon

Orang Malaysia memang hebat bila berada di jalanraya. Macam-macam boleh buat.

Takat baca FB dan masej, atau balas komen ketika memandu itu adalah biasa-biasa sahaja bakatnya. Ramai orang ada bakat sebegini. Kalau si jelita gadis perawan nan lawa, selalu juga kita jumpa sedang make-up, betulkan tudung atau selfie semasa berhenti di lampu isyarat. Tak apalah juga kalau masa berhenti di lampu isyarat, tapi ada yang lebih mencabar bila ada dikalangan mereka lakukan semua tu semasa memandu. Hebat, kau jah!



Kalau sang jejaka kacak arjuna beta, takat mengurat bersiul weeeeevittt sambil jeling si dara kereta sebelah, ohhhhhh itu tersangat biasa. Anak buah ambo pun selalu buat.

Yang jadi lebih luar biasa bila cik abe donde tu merokok ketika memandu sambil jawab panggilan telefon tanpa guna hand free. Aku dok pelik memikirkan bila masa dia nak pegang stering, nak sedut asap dan pada masa yang sama nak kena bercakap di telefon.

Aku tau la abe donde tu hebat, tapi…boleh tak fikirkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Ambo ni belum cukup amal lagi untuk berhijrah ke alam sana dek kecuaian orang lain macam hang!

Mana ada aku marah…tu kan nasihat!!! Tanya P.Ramlee kalau tak caya huh u hu hu

Sebenarnya entri ni ada kaitannya dengan entri salah siapa anak kurang ajar.


Rabu, 29 Oktober 2014

Dokong Sedap Ayah Tanam Belakang Rumah

Dah rasa sekali, akan terus jatuh cinta. Inilah dokong dari kampung, ayah tanam belakang rumah;


Selasa, 28 Oktober 2014

Pintu Pagar Utama UM Roboh Dirempuh Pelajar

Aku bukannya tak setuju pelajar terlibat dengan politik sebab di kampus juga ada politik. Ada persatuan pelajar. Ada pilihanraya. Tapi aku menentang pelajar yang aktif berpolitik di kampus dengan ekstrim.

Sebabnya mudah sahaja; abaikan belajar. Tak buat tugasan. Ponteng kelas dan tutorial. Paling tak boleh terima, adab pun dah hilang.

Aku pernah kena tengking dengan seorang pelajar perempuan yang fizikalnya kelihatan sangat tertib, lemah lembut dan tinggi ciri-ciri kesopanan dan kesusilaannya semata-mata dia ponteng kelas. Alasannya: pancing undi untuk pilihanraya kampus. Masa tu tempoh kempen pilihanraya kampus adalah sebulan. Sekarang ni hanya seminggu je.

Tinggi dan keras suaranya berkata “Cik tak tahu erti perjuangan”.

Menyirap darah aku. Tangan ringan je…nasib baik masih boleh control, kalau tak…tak pepasal makan penampor Jepun percuma huhuhuhu kalau adik aku, memang sah dapat!

Aku hanya kata “sebelum awak berjuang untuk orang lain, boleh tak awak berjuang untuk diri sendiri dulu? Kalau awak gagal universiti, siapa akan berjuang untuk awak? Siapa akan bayar PTPTN? Siapa akan bayar hutang piutang yang mak bapak awak buat semata-mata nak hantar awak belajar? Kalau awak ada jawapan untuk tu…silakanlah berjuang. Kalau belum ada jawapan, sila berjuang untuk diri sendiri dulu. Dapatkan First Class. Dah habis bayar hutang PTPTN, hutang mak bapak awak, hutang awak…ya silakan. Sila berjuang!”

Akhirnya dia terdiam dengan muka pucat. Tunduk tengok lantai. 


Kepada adik-adik yang dah merempuh pintu utama Universiti Malaya (UM) hingga roboh untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian menuju Dataran DTC UM yang menjadi lokasi pidato bertajuk '40 Tahun Dari UM Ke Penjara', mohonlah fikir semula. Usahlah terpengaruh dengan sesiapa, fikirkan dulu diri sendiri kerana akibatnya akan kita tanggung. Orang lain tak akan berjuang untuk kita termasuk orang yang kita perjuangkan itu.

Kejadian rempuhan pintu pagar utama UM pukul 9.20 tadi dilakukan apabila pintu arah Bangsar dikunci bagi tujuan keselamatan manakala pintu lain dibuka dengan kawalan. Anwar yang diiringi keluarga tiba di UM pada pukul 9.45 malam.

Isnin, 27 Oktober 2014

Lelaki Paling Kacak Di Dunia

Kalau entri lepas, aku ada entri tentang lelaki cantik paling jelita di dunia, kali ni entri tentang lelaki paling kacak a.k.a tampan segak bergaya hensem…mmmmm nak letak apa lagi?

Jom kita cuci mata;



Puas hati? Segak tak? Tampan tak? Huh u huh u hu berpinau biji mata kalau tengok lelaki kacak ya…mmmm nak peluk lelaki kacak, memanglah tak ada peluang. Tengok dari kejauhan aje lah adanya kemampuan huh u huh u

Inilah dia lelaki paling tampan di dunia, Omar Borkan Al Gala;



Mmmmmmm memang kacak, tampan, hensem pun. Bertuah badan!

Bertuah tak bertuah pun, dia pernah dihalau keluar dari Dubai kan? Dubai ke Abu Dhabi? Mmmmmm mana-mana aje lah! Tak penting pun untuk ingat.

Ahad, 26 Oktober 2014

Lori Enjin Jet Berlumba

Tengokkan api dan asapnya tu…fuhhhhhh lemas ceQ. Sesuai benarlah buat sembur nyamuk aedes;



Aku dok bayang lori enjin jet ni berlumba naik ke langit macam jet hu huhuhuhu imaginasi tinggi sangat tu!!!!!

Sabtu, 25 Oktober 2014

Keunikan Kereta Peronda Negara Orang

Jom kita tengok keunikan kereta peronda  polis seluruh dunia yang canggih dan hebat-hebat belaka hu huhuhu



Di Malaysia, bila gamaknya PDRM nak guna lambhogini?

Jumaat, 24 Oktober 2014

Muhdalena Power Rangers Lari Dari Hospital

Ingat lagi kes amuk di Putrajaya dengan pedang Samurai untuk gulingkan kerajaan Malaysia? Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Khamis.

Muhdalena, 30, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi dimasukkan ke HSA Ahad lepas kerana bersalin, didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi. Tak tahulah pulak dia hilang seorang diri ke atau hilang bersama dengan bayi yang baru dilahirkannya.

Muhdalena pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya. Dia mendapat perintah mahkamah Putrajaya untuk dimasukkan ke Hospital Permai mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihakpolis di talian 07-2212999. Sila laporkan kepada pihak polis ya, kang tak pepasal kena amuk lagi. Dia bukan sahaja terkenal kenarana mengamuk dengan pedang semurai di Putrajaya tetapi hadir ke mahkamah memakai topeng Power Rangers.

Khamis, 23 Oktober 2014

Serpihan MH370 Ditemui Di Pantai Indonesia?

Hari ini, satu Serpihan dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia. Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang itu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.

Kemungkinan tetap ada. Serpihan itu mungkin dihanyutkan ke perairan Indonesia di bawa arus tetapi pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkannya. Operasi pencarian dasar laut kini sedang dijalankan di sebalah barat perairan Australia, iaitu zon yang dikenal pasti oleh pasukan penganalisis. Menurut ATSB, ketika pesawat MH370 melalui zon tersebut, ia dipercayai telah kehabisan bahan api dan mula terbang rendah.

Fasa baharu pencarian dasar laut MH370 telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi. Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak Selasa lalu. Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu 'ProSAS' yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.

Semoga misteri ini terjawab akhirnya. Doakan semuanya berakhir dengan segera. Perasaan memang sangat terdera. Jasad pun entah di mana, kotak hitam lagi lah susah nak jumpa. Dalam masa orang dok kalut mengesan MH370 tu pun, ada jugak penyangak kebas wang mangsa MH370. Tadak hati perut betul!

Rabu, 22 Oktober 2014

Selamat Pengantin Baru TMJ

Wahhhhhh!!! TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Istiadat pertunangan dan pernikahan TMJ-Cik Khaleeda itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi. Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu. Jadi, orang lain jangan nak menyebok yaaaaa. Jangan ceroboh majlis orang huhuhuhuhu padahal aku jeles tak dijemput!

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu.

Istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan. Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara. Tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.


Biodata TMJ, Tunku Mahkota Johor

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia. Mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan. Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007.

Biodata Cik Khaleeda Bustamam

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak (2000 -2003), sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Waaaaa hebatnya dia. Hebatlah kan boleh kahwin dengan anak raja…kalau macam aku ni, boleh berangan nyanyi lagu Laju Buaiku Laju macam LATIFAH OMAR dalam filem bawang putih Bawang Merah pun dah banyak bagus tu.



Fuhhhhhh! Selamat pengantin baru TMJ dan Cik Khaleeda Bustamam. Moga bahagia hingga syurga.

Mmmmmm TMJ dan Cik Khaleeda bina masjid pada tahun baru Hijrah rupanya. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ya... Apa maknanya maal Hijrah pada kalian?

Mmmmmm ada sesape nak belanja kek tak? Opssssss!!!!



Selasa, 21 Oktober 2014

Video Puting Beliung di Klang?


Video ni sedang tersebar, kononnya dikatakan berlaku di Pandamaran Klang;



Respek dengan adik-adik ni…ada ilmu. Bila tengok benda macam ni, depa pi azan, bukannya pi jerit hysteria.

Wajah Artis Bollywood Tanpa Make Up

Orang kata, kejelitaan artis Bollywood lebih asli berbanding artis Korea yang cantik kerana banyak buat pembedahan plastik. Fuhhhhhh! Nama pun artis Korea…K-pop gitu, artis lelaki pun tak terkecuali dari melakukan pembedahan plastik. Namun begitu, ada juga artis korea yang buat pengakuan bahawa mereka tidak terjebak dengan pembedahan plastik.

Kononnya wajah artis Bollywood yang jelita itu lebih asli, betul ke? Jom kita tengok wajah-wajah artis Bollywood tanpa make up. boleh tengok perbezaan kejelitaan wajah artis Bollywood ini bila kenakan make up dan tanpa make up;



Kalau aku, hurmmmmm sama ada make up atau tak, memang sama aje. Tetap tak berapa nak jelita huh u huhu hu nak buat pembedahan plastik non hadooo emas dinarnya walaupun harga emas terkini di Kelantan turun merudum. Bukankah, rupa bukanlah satu ukuran? Hu huh uhuhu

Isnin, 20 Oktober 2014

Pembedahan Plastik Paling diGemari


Kalau pergi Seoul, Korea Selatan…kita boleh jumpa deretan premis tempat buat pembedahan plastik untuk kecantikan lebih banyak dari salon rambut atau pusat facial wajah huh u huhu hu sebab itukah ramai perempuan jelita lawa dan lelaki segak kacak hensem di sana? Jangan lupa...lelaki pun ada yang cantik jelita tau!

Secara umum, jenis-jenis pembedahan plastik yang digemari wanita di seluruh dunia adalah:

1. Payudara
2. Sedut lemak
3. Tegangkan Kulit yang kendur
4. Mata
5. hidung




Cantik punya pasal...semuanya sanggup. Ya lahhhh...kalau dah cantik, peluang untuk kahwin dengan anak raja tu munkin ada laaaa walaupun kita tahu, banyak kisah cinta yang tragis  dek kerana cemburu, dendam, cinta tak berbalas dan bla bla bla... semuanya dek kerana rupa. Tapi...tetap juga nak cantikkkkkk!!!!

Kematian akibat sedut lemak akibatkan kematian yang lebih tinggi berbanding kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat (20%).Cer ambil iktibar.

Orang yang tak berapa nak lawa macam aku ni, paling rajin kunjungi pusat kecantikan pun hanya untuk facial muka je. Itupun ambil pakej paling basic yang ditawarkan dan lakukannya sekali dalam tempoh dua tiga tahun. Itu pasallah tak sempat nak jelita!


Ahad, 19 Oktober 2014

I Want To Touch A Dog


Gambar seorang wanita bertudung dan anak-anaknya memegang anjing ni tetiba muncul dengan kerap di merata wall FB;


Sekurang-kurangnya 1000 rakyat Malaysia telah menghadiri kempen I Want To Touch A Dog yang telah diadakan di Central Park, One Utama pagi tadi. Kempen ini bertujuan untuk mengatasai ketakutan orang ramai terhadap anjing. Penganjur kempen ini Syed Azmi Alhabshi telah berkata kempen tersebut telah meraikan satu kejayaan yang besar.

Antara mereka yang telah juga menghadiri kempen ini ialah satu panel penceramah-penceramah Melayu dan juga ulama yang dengan relanya telah menjawab segala keraguan dan pertanyaan dari orang awam. Ustaz Mohd Iqbal Parjin telah memberi ceramah mengenai aspek menyentuh anjing dalam agama Islam.

‘’Anjing juga adalah makhluk ciptaan Tuhan. Kami perlu atasi tanggapan melihat binatang ini sebagai satu makhluk yang jahat. Kita patut ajarkan golongan muda untuk mencintainya tetapi pada masa yang sama mengetahui had kita,'' tambah Uztaz Iqbal.

Asal aje ada anjing, ada Babi...kita pun jadi sensitif. Hingga kita lupa tentang hukum merokok. hukum riba. hukum rasuah. hukum makan harta anak yatim. Hukum menfitnah.

Mmmmmm perlu ke buat program sebegini? Dah habis program lain? macam... program "saya berazam nak tutup aurat" ka..."saya nak berbaik dengan jiran setaman" ka... "saya tak nak berlakon kena culik" kaa... "saya nak bagi salam" ka...ishhhh banyak lagilah program boleh buat!




Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.  Penceramah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat anjing ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan.

Umat Islam diizinkan memelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu untuk menjaga keselamatan dan memburu, selain daripada itu tidak pernah diizinkn oleh syariat. Walaupun sikap ihsan itu dituntut agama termasuk ke atas anjing tetapi kempen 'I Wan To Touch A Dog' bukanlah cara yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW.

Kenapa perlu diadakan kempen menyentuh anjing, sebaliknya lebih sesuai jika pengisian untuk mengajar bersuci atau sertu atau kempen ihsan kepada haiwan termasuk anjing yang bersifat universal. Kaedah menyucikan najis mughalazah termasuk menyentuh anjing yang basah kerana hujan atau terkena air liurnya adalah enam kali bancuhan air mutlak dan sekali air bercampur tanah.

Menerusi kempen itu pengunjung juga diberi tutorial cara sertu iaitu membersihkan diri selepas memegang anjing.  

Kenderaan Pribadi Termewah


Kalau dah kaya, mmmmm nak kata apa!

Kita ni hanya mampu berangan ajelah. Itupun nasib baik berangan tak perlu bayar apa-apa.



Untung benar kalau dah kaya kan.

Mmmmmm kalaulah daku jua kaya sebegitu, dah tentu serata ceruk bumi ni akan kujelajahi macam Christopher Columbus huh uhu huhu mana tahu ada harapan namakan sesuatu tempat dengan nama sendiri. Mesti best!

Bayangkan, ada sebuah pulau yang indah…namanya Pulau Anganan Anyss huh u huh u mmmmm berangan tak payah bayar, redah ajelah labu!!!!

Asalkan bahagia huh u huh uhu

Sabtu, 18 Oktober 2014

Impian Terakhir Sebelum Meninggal


Andaiku tahu…ohhhhh kiranya kita tahu bilakah masanya akan pergi tinggalkan dunia fana ini, apakah perkara terakhir kita nak buat? Apa impian terakhir sebelum meninggal?



Bagaimana dengan kalian?

Daku impikan untuk berada dekat dengan kaabah. Lokasi itu tentunya bawa sejuta damai dan rahmat.

Persoalannya, akan tertunaikah impian itu?

Moga-moga! Insha Allah.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Salah Siapa Anak Kita Kurang Ajar??


Saje je bagi tajuk Nampak ganas sikit. Sekarang ni kan isu gangster, kat tengah Bukit Bintang ada gangster berebut kawasan pun main bom je, kat ulu banat sana pun ada kaki buli juga. Kira tengah berlatih untuk jadi gangster lah tu!

Kita (termasuk aku) idamkan anak-anak yang baik, sopan, beragama dan bla bla bla pendek kata yang baik-baik ajelah. Kita (dah tentulah bukan aku!) sering terlupa bahawa anak-anak sebenarnya banyak belajar tingkahlaku dan perbuatan mak ayah yang dia tengok sehari-hari. Yaaaaa… kita hantar anak ke sekolah tetapi masa mereka bersama cikgu tak adalah sebanyak masa yang ada bersama mak bapak.

Malangnya, kita terlupa bahawa perangai yang kita pamerkan itu sangat bertentangan dengan ilmu sivik dan moral yang cikgu ajar di sekolah. Kita nak anak-anak jadi sopan santun dan jaga tingkah laku, namun kita sendiri gagal untuk jadi model terbaik buat mereka, lebih-lebih lagi bila berada dalam kenderaan.



Tak tahulah kenapa orang Malaysia ni jadi macam hero je bila masuk dalam kenderaan masing-masing hingga lupa bahawa mereka membawa bersama anak-anak yang sentiasa alami proses pembelajaran dari persekitaran. 

Kita tak suka kaki buli, tetapi depan anak-anak kita jadi pembuli jalan raya. Kita himpit kereta sebelah tanpa signal. Kita potong kenderaan di lorong kiri. Kita guna lorong kecemasan ketika lebuhraya sesak. Kita pantang bila ada kenderaan lain memotong kenderaan kita hingga sanggup berlumba di lebuh raya. Kita buang sampah ke jalan raya. Dan semua itu…dilihat oleh anak-anak ganerasi akan datang.

Bila mereka jadi pembuli, kita marah pulak, padahal…mereka belajar dari tabiat baik kita juga. Bila berlaku sesuatu, maka kita salahkan orang lain. Hanya orang lain yang bersalah, sedangkan kita sentiasa sahaja betul dan benar. 

Kalau pun dipengaruhi oleh gen, berapa peratus gamaknya gen itu mempengaruhi cara hidup, cara bertindak dan cara berfikir anak-anak dari kecil hingga tua Bangka?

Dah lama orang tahu bahawa pembelajaran anak-anak bermula dari persekitaran, tetapi berapa ramai antara kita sedar untuk mengasuh anak-anak dengan persekitaran yang sempurna. Kita tahu salahkan orang yang wujudkan persekitaran tidak sihat untuk tumbesaran anak-anak kita, sedar tak yang kita juga bukanlah contoh yang terbaikpun untuk anak-anak orang lain, apalagi anak-anak sendiri.

Wokeh, ini entri orang tak ada anak bebelkan tentang masa depan anak orang lain. Aci gitu?


Khamis, 16 Oktober 2014

Berbelas Iklan Nuffnang Serentak???


Fuhhhhhh!!! Bila buka tengok nuffnang, hati kembang je nengok berbelas iklan nuffnang dok berkelip kat blog. Gajahpun boleh seludup masuk dalam lobang idung tau! Kalau tengokkan jumlahnya yang banyak tu…dah tentu macam ada peluang nak jadi kaya. Sayangnya seribu kali sayang…bak kata ramai blogger popular @ otai…iklan nuffnang jenis mandul.

Iklan pun boleh mandul? Ingatkan orang je ada kejadian mandul tak mendatangkan keturunan ni, rupanya nuffnang punya iklan pun ada jugak dalam kategori tak mendatangkan hasil. Buat penat je dapat iklan berderet-deret cecah belas-belas tapi hasilnya non hadoooo!!! Ada yang tadak sen, ada yang lima sen…ada yang seposen je untuk tempoh berbulan-bulan huhuhu huh u

Kalau dulu-dulu, ada dua tiga iklan tergantung pun dah boleh mendatangkan kekayaan yang luas biasa huh u huhu luar biasa benarlah kejadiannya huhuhuhu. Paling tidak ada lah juga kan? Tapi, bila berbelas-belas iklan timbul, dan berbulan juga muncul…sayangnya iklan di blog tu hanyalah hiasan semata-mata. Tak ada hasil pun, paling tepatnya…takat dua tiga sen je mendatangkan punca pendapatan dalam tempoh sebulan, baiklah tampal iklan lain. Ya dak? Terserlah ketamakannya di situ! Dengar khabar, orang tamak selalu untung hu huhuhuhu …

Dengan berbelas BE (CPUV Campaign) yang tertera hingga tak muat skrin untuk aku print skrin tu, harapnya aku boleh jadi kaya raya lah mulai sekarang. Harga minyak dan naik 20 sen, walaupun aku tak adalah protes tunjuk perasaan hingga sanggup bunuh diri kerana itu, namun kesannya tetap ada. Kejutan budaya juga bila petrol RON95 naik harga ketika musim perayaan. Apasallah tak naikkan harga lepas aku balik raya di kampong ek?

Aku pernah merajuk dengan nuffnang dek pilih kasih depa tu. Tau la aku ni bukannya blogger otai yang popular, tapi…nak sedekah satu iklan pun bukan main payah apa ke hal. Dek rajuk tu, setahun jugak aku buang iklan. Haaaaaa padan muka aku…tapi bila aku pasang semula iklan tu, tetiba pulak nuffnang baik hati pulak bagi banyak iklan. Mmmmmm merasa jugaklah cik bintang ikan siakap stim limau dek iklan nuffnang kat blog aku ni.

Sekarang ni, aku dah tak kesah pun pasal iklan nuffnang nak mandul ke, nak bunting pelamin ke…yang penting aku selalu buat entri walaupun berminggu cuti balik kampong. Siap schedule lagi entri tu…haaaaa silalah kagum yaaaaaa. Macam cik bintang kata; tak kaya pun kalau harapkan iklan nuffnang ni. Jadinya, kalau suatu hari nanti aku dah malas nak letak iklan nuffnang, aku buang aje. Baik lagi aku letak iklan argan oil, dapat juga beli harga diskaun istimewa. Tambah jelita lagi pulak tu…

Aku sangat berharap nuffnang kecik hati dengan entri ni huh u huh u hu iya lah sangat kan????


Rabu, 15 Oktober 2014

Bila Dia Cemburu hu hu huhu

Siapa kata hanya manusia sahaja pandai cemburu?

Cemburu memang tandanya sayang, tapi…ada banyak kes juga cemburu menyebabkan berlaku tragedi. Cemburu akibatkan malapetaka.

Namun, jarang kita dapat jumpa fonomena cemburu dalam kalangan haiwan;



Walaupun dia cemburu, tapi…Nampak comey aje. Tak macam sesetengah spesies manusia, bila cemburu Nampak bebenornya buruk rupa dan perangai huh uhuh uhu

Selasa, 14 Oktober 2014

Harga Terkini Emas Di Kelantan

Sejak harga emas di Kelantan turun menderu-deru…dan jadi murah gila emas di Kelantan errrrr gitu ek? Maksud aku, emas dah murah harganya di Kelantan, aku teringin jugak nak merasa ada sejanggut udang barang emas. Maklumlah, aku ni kan marhaen, mana mampu nak beli pun. Tapi pada masa yang sama risau juga kot jadi sasaran peragut yang potong tangan semata-mata nak dapatkan barang kemas. Ngeri wehhhh!!!!

Masa balik kampong hari raya Aidiladha lepas, sehari sebelum raya tu aku Nampak penuh sesak kedai emas di Ketereh kena serbu. Tiap kali musim raya, memang begitulah keadaannya. Hebat betul orang di negeri paling miskin ni, tukar dan tambah barang kemas macam beli baju raya je huh u huhuhu itu merekalah ya, bukan aku. Aku ni tetap marhaen juga.


Masa tu pergi pasar tani dengan kakak ipaQku yang hebat itu. Dan ain juga. Tapi tak pergi pun sebenarnya, melainkan ikut bersesak mudharatkan lagi mana-mana sesak yang ada. Tak dapat parking pun, jadi kami hanya tengok dari dalam kenderaan sahaja.

Lepas Aidiladha, masa lalu di deretan kedai emas yang sama, suasana memang dah lengang. Ya lah, orang serbu masuk beli emas sebelum raya, aku pulak dok tertinjau-tinjau tertanya-tanya murah benarkah harga emas hinggakan padat kedai emas tu? Manalah tau kan…kot-kot harganya dah jadi beberapa belas ringgit sekilo macam beli dokong. Fuhhhh! Jangan dok kata harga mangga harum manis lagi mahal dari harga sekilo emas!

Akhirnya ada juga kesempatan untuk aku intai-intai harga emas sebelum balik bangi. Yaaaaa harga terkini emas kelantan memang murah sikit dari kebiasaannya, iaitu RM136 segram. Bukan sekilogram ya…

Kalau nak beli emas dinar gelang bagai…silalah survey di kedai-kedai yang murah sebab harga berubah dan tak sama antara satu kedai. Silalah jelajah ya…kalau malas, rembat je lah mana yang berkenan. Tapi, kiraan di Kelate ni biasanya guna “rial berat”, iaitu bersamaan dengan 2 gram lebih. Mmmmmm aku pun pening bab ni sejak dulu…maklumlah tak praktis kira mengira emas pukal kan huhuhuhu

Mmmmmm musnahlah impian aku untuk memiliki sekilogram emas kali ni. Kalau RM18 sekilo, mampu lah aku!

Kemaskini:

selepas hari raya aidilfitri lepas, antara 25 julai hingga 27 Julai 2015, harga emas kelantan dalam "rial bera t" lebih kurang RM370 (iaitu 2g lebih)

CNY 2016 harga emas kelantan lebih kurang RM185 bagi setiap gram.

Kemaskini:  26hb Dis 2016: harga setiap gram RM159.

Kemaskini April 2017: harga emas kelantan setiap rial berat adalah RM473, maakala harga emas dalam kiraan 1 grm adalah bersamaan RM173.


Isnin, 13 Oktober 2014

Gara-gara Fahrin Ahmad Bulan Madu di Kapalai

Sekarang ni, slot akasia TV3 setiap hari Isnin hingga khamis sedang tayangkan drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Mmmmm maaflah, kat entri ni tak ada sinopsis drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna, nak tahu jalan ceritanya macam mana, silalah cari di blog lain ya. Malas nak taip hu huhuhu hu mentang-mentang aku tak tengok kan?

kala matamu bertemu mataku ....

Aku bukanlah peminat drama bersiri slot Akasia TV3 sejak dulu tak kiralah drama apa pun…Ombak Rindu ke, Rindu Awak 200% ke, Seindah Sakura ke, Kerana Terpaksa Aku Relakan ke, Ariana Rose ke…pendek kata, bukannya ada peluang nak melangut depan TV jam 7 malam sebegitu. Malas aku nak terjebak, Tapi, musim Aidiladha lepas, tersilau jugalah TV masa lalu lalang dok memasak makan malam kat rumah tu. Fuhhhh nyata benar TV rumah kami dok kat dapur ya…

hatiku hancur musnah nengok gambar ini huhuhuhuhu

Dalam slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna terdapat scene Fahrin Ahmad (Luqman) dan Sara Ali (Melina) berbulan madu di Kapalai, Sabah. Fuhhhhhh! Tak semena-mena blog ni dapat tempiasnya. Berduyun-duyun orang masuk cari tentang Pulau Kapalai, Resort Kapalai ni terutama tentang harga penginapan semalaman kat sini. Pergi bulan madu boleh lah dikkk, nak bercuti semata non hadooo mampunya akak. Daku ni marhaen aje, dek non!


Kalau tak mampu nak bersantai bermalam di Kapalai Resort tu macam aku yang marhaen ni, pergi je ke Pulau Mabul. Nanti naik bot melawat Kapalai…dekat je!

Haaaaaa tetiba pulak entri yang aku tulis berkurun lepas tu jadi hot dek bulan madu Fahrin Ahmad dalam slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna …. Kalau selalu macam ni kan bagus hu huhuh u hu

Ohhhhh Abam Fahrin!!!!


Ahad, 12 Oktober 2014

Iklan Yang Paling Lucu Dalam Sejarah (Funniest Commercial Ever)


Dahaga?



Kot ya pun dahaga…jangan sampai gini ya!

Tak pernah lagi jumpa iklan air minuman yang sedahyat ini...alahaiiiii!!! tragis betul kisahnya.


Sabtu, 11 Oktober 2014

Jangan Salah Pakai Syampu


Apa jadi bila salah pakai syampu;



Errrrr…tak leh ek kalau rambut jadi lembut mengurai gitu?


Jumaat, 10 Oktober 2014

Inti Pati Bajet Belanjawan 2015


Minggu lepas minyak petrol RON95 naik harga sebanyak 20 sen. Tahun ni je dah naik dua kali hu hu hu hu Kepala otak aku yang tak berapa nak ada jambul ni tetiba sahaja terlintaskan tentang Pembentangan Bajet Belanjawan 2015 yang diadakan pada hari ni. Mesti ada sesuatu bakal di umumkan PM hari ni.

Kalau ikutkan perkembangan semasa dan desus desas khabar angin yang dah tentulah tak boleh terima pakaipun itu, ramai yang mahukan PM Najib Razak pertimbangkan tentang kos dan harga rumah yang mencanak naik kebelakangan ni. Kalau di bangi, sangat untunglah kalau boleh jumpa rumah teres dua tingkat yang harganya kurang dari RM450 ribu. Boleh kata harganya lebih setengah juta huh u huh u memang sangat berkemampuanlah orang Bangi nak membelinya.

Harap-harapnya, keperluan rakyat marhaen macam aku seperti soal survival, harga barangan, kos pengangkutan, pendidikan anak (errrrr ni bukan aku!), perumahan dan kesihatan lebih diutamakan. Kalaupun kenaikan harga petrol hanya 20 sen sahaja, tetapi barang-barang lain tak naik harga (dah tentulah sangat mustahil!), tak adalah hidup jadi tenat sangat.

Tema bajet belanjawan 2015 adalah 'Meningkatkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal dan Memakmurkan Rakyat', harapnya gah juga pengisiannya yang memanfaatkan rakyat. Bukan golongan tertentu sahaja.Moga aku lebih makmur lepas pembentangan Bajet Belanjawan 2015 ni.

Tentu ramai yang dah tak sabar untuk teliti intipati Bajet @ Belanjawan 2015 yang sedang dibentangkan sekarang ni. Aku akan cuba catatkan kat sini sebagai rujukan untuk tahun hadapan. Apa yang aku catatkan ni hanya yang ada kaitan dengan aku ajelah…tak pun yang mudah aku nak hadam. Yang berbelit dan payah nak faham tu, aku buat tak tahu aje hu huhuhu perkara utama yang nak kena tengok dalam belanjawan Bajet 2015 dah tentulah pemberian bonus kepada kakitangan penjawat awam. Berapa bulan penjawat awam dapat bonus? Dapat tak dua bulan bonus dalam bajet 2015 macam yang dok sebut sebelum ni?


Inti Pati Bajet Belanjawan 2015

Berikut adalah intipati Bajet Belanjawan 2015 yang sempat aku senaraikan;


Pembinaan lebuh raya & kemudahan pengangkutan;

bina lebuh raya Ulu Kelang-
bina lebuh raya taiping-banting
bina lebuh raya damansara-shah alam
bina lebuh raya lingkaran luar KL-lingkaran timur
naik taraf kereta api pantai timur
bina MRT jajaran ke dua Selayang-Putrajaya
LRT 3 hubungkan Bandar utama-Shah alam-Klang


Senarai barangan tidak dikenakan GST:

Buah-buahan tempatan dan import tanpa GST
Buku-buku, akhbar, majalah
Ubat-ubatan (2900 jenis tertentu)
Roti

Behun, mi, kwitiew,
Tepung
300 unit pertama tariff letrik tidak dikenakan GST huh u hu huhu
Juala runcit RON95, Diesel dan LPG tidak dikenakan GST


Cukai di kurangkan satu hingga tiga mata:
Bagi Individu dan isi rumah pada tahun 2015; dikurangkan satu mata. Individu berpendapatan kurang RM4 ribu dikecualikan cukai.

Rasionalisasi subsidi petrol RON95, diesel & LPG: Bangunkan mekanisma baru pemberian subsidi yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Arus perdanakan pendidikan teknikal dan vokasional. Pengambilan pelajar ditingkatkan. Peruntukan RM1.2 bilion.
Fasiliti pendidikan dibangunkan dengan bajet RM800 juta.

PTPTN: hanya RM5.6 billion sahaja dikutip. Kerajaan akan ambil langkah baru kepada peminjam yang gagal membayar. 10% rebat diberikan kepada peminjam yang buat bayaran secara tetap selama 12 bulan, manakala 20% rebat untuk peminjam yang membayar semua pinjaman tersebut sehingga Mac 2015.

Mulai 2015, kemasukan ke IPTA, MUET ditingkatkan; bagi sastera dan sains social band 2, undang-undang dan perubatan band 4

Sabah dan Sarawak:
  1. Lebuh raya Pan-Borneo di Sabah dan Sarawak dengan kos RM27 billion
  2. Satu lagi IPT di Sabah dan Sarawak
  3. Hospital dan kemudahan kesihatan
  4. Kukuhkan keselamatan di Sabah, PGA, PDRM, Tentera Darat diluluskan. 2 buah kem akan di bina. Kelengkapan komunikasi dan keselamatan ditambah. Satu pelantar minyak digunakan untuk keselamatan. Landasan lapangan terbang di Lahad Datu dipanjangkan. Perkampungan air dimantapkan secara berperingkat.
  5. Subsidi padi bukit diperkenalkan dengan RM70 juta.
  6. Penguatkuasakan harga kawalan
  7. Tambah kedai rakyat 1 Malaysia



Rumah:
Skim perumahan belia secara perkongsian antara kerajaan, KWSP & peminjam. Ditawarkan kepada belia berkahwin berumur lebih 25 tahun dengan harga rumah tidak melebihi RM…. (Opssss!! Tak sempat salin). Hanya 20 ribu unit rumah sahaja. Pada dua tahun pertama, sebanyak RM200 bulanan akan dibantu oleh kerajaan. Peminjam boleh keluarkan wang dari akaun 2 KWSP untuk menguruskan pemilikan ini.

Mensejahterakan rakyat:
  1. Bantuan persekolahan sebanyak RM100 seorang pelajar sekolah rendah dan menengah bermula Januari.
  2. Boucer buku 1 Malaysia sebanyak RM250
  3. Naikkan elaun sara hidup nelayan zon A jadi RM300, zon B dan C sebanyak RM250. Bagi nelayan darat, sebanyak RM250.
  4. Baik pulih rumah nelayan
  5. Tubuh unit pemantauan GST
  6. Pengangkutan: sedia perkhidmatan bas Bandar-luar Bandar bagi pekerja yang tinggal di seremban, Klang dan …. Tetapi kerja di KL.
  7. Bantuan khas pekebun kecil getah.
  8. Insentif penanaman baru dan tanam semula kepada pekebun kecil kelapa sawit.
  9. Kesihatan: bina hospital seri iskandar & Dungun, klinik kesihatan, tambah klinik 1 Malaysia, klinik kesihatan di cyberjaya. Pembiayaan penyakit serius rebat cukai hingga RM6 ribu (dulu RM5 ribu), meliputi pasangan dan anak.
  10. OKU berkerja dinaikkan jadi RM350, OKU tidak berkerja dapat elaun RM150. Anak OKU dapat pelepasan cukai RM6 ribu.
  11. Pemilikan rumah: bina 80 ribu rumah PRIMA dengan naikkan kelayakan RM10 ribu pendapatan. Bina 26 ribu program perumahan rakyat, 12 ribu unit rumah mesra rakyat, 20 ribu unit rumah inspirasi rakyat di atas tanah sendiri. Pindah milik dikecualikan cukai hingga 31 Disember 2016. Had nilai rumah pertamaku dinaikkan hingga RM500 ribu.

    Penjawat awam;

    Had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan hingga RM120 ribu, manakala jumlah maksimum juga dinaikkan.
    BRIM ditingkatkan kepada RM900, dibayar sebanyak tiga kali setahun.

    Isi rumah berpendapatan bulanan RM3-4, BRIM juga ditingkatkan kepada RM750, juga dibayar 3 kali setahun. Individu bujang mendapat RM300.

    Elaun Ahli parlimen dinaikkan: ADUN Gred 54= jusa C, Ahli Dewan Negara bersamaan Gred 54= jusa C, berkuatkuasa 1 januari 2015, tetapi elaun tersebut ditangguhkan hingga satu tempoh tertentu.

    Pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam, minimum RM500. Pesara pula RM250. Akan dibayar pada Januari 2015.


Teks ucapan penuh belanjawan bajet 2015 boleh di download @ muat turun untuk rujukan. Biasanya boleh muat turun selepas pembentangan bajet belanjawan 2015.

Macam mana? Puas hati? Okeh, aku sedar aku memang banyak bebel dalam entri ni!

Mmmmmm puas hati ke…tak puas hati ke, memang dah gitu ditetapkan Bajet Belanjawan 2015 kali ini. Alhamdulillah, Malaysia masih lagi aman.

Mmmmm kenaikan tarif letrik bermula Januari 2015 ek? Ke sekadar khabar angin? Banguslah kalau hanya khabar angin, tapi biasanya angin tak pandai berkata-kata. Silalah jangan percaya!



Khamis, 9 Oktober 2014

Gengster Gaduh Punca Letupan Bom Di Bukit Bintang?



Fuhhhhhh! Ingatkan filem Gengster ke apa tadi, rupanya meletup betul-betul. Yaaaaa tak tipuuuu!!!!!

Khabarnya ada gangster bergaduh di Bukit Bintang. Zaman sekarang ni, mana main parang dan tombak segala, pistol pun jarang-jarang berlaku dah. Haaaaa nak Nampak real keaslian gangster sejati, kita bommmm je. Fuhhhhhh!!!!!

Apapun, kita patut bersyukur. Malaysia masih aman. Aku masih jugak boleh balik kampong sambut Aidiladha lama-lama. Alhamdulillah. Cumanya…bila nak update blog, kena tunggu lama-lama sebab line internet macam biskut chipsmore. Nak buat macam mana, kampong ambo di negeri paling miskin. Apapun, ambo masih lagi bersyukur sebab tak perlu jadi macam sesetengah pak menteri yang terpaksa ikat perut  sebab berjuang memakmurkan negara kita. Kagum betul aku dengan jaga mereka.

Letupan bom tangan di Bukit Bintang dipercayai berlaku jam 4.25 pagi di hadapan kelab malam Chery Blossom menyebabkan 9 orang cedera (7 lelaki 2 perempuan). 7 orang dirawat di hospital Tong Shin, 2 orang di HKL. Seorang daripada mereka adalah jockey, cedera teruk di bahagian muka.

Empat buah kereta turut cedera. Hati tuan kereta belum kira lagi kecederaannya teruk tara mana huh uhuhuhu

Ada dikalangan mangsa yang cedera itu juga adalah pelancong asing. Mmmmmm harapnya mereka tak serik datang melabur di Malaysia lagi. Bila berlaku letupan bom tangan di Bukit Bintang macam ni...risau pun ada jugak. Mudah sangat ke nak dapatkan pembekal bom tangan ni? satu pertanyaan ni!

Kemaskini:

Seorang mangsa dalam kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis meninggal dunia. Mangsa Tiong Kwang Yie, 36 yang berasal dari Sarawak merupakan pekerja joki kereta disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Khamis. Tiga mangsa insiden letupan bom di Jalan Bukit Bintang telah dipindahkan dari HKL ke Hospital Ampang. Dua lagi masih dirawat di Hospital Gleneagles.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 pagi tadi. Dua biji bom dilempar dari aras dua tempat letak kereta bangunan itu. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan tergolek di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut.

Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dalam kejadian letupan bom di Jalan Bukit Bintang itu. Mangsa terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari China, seorang rakyat Thailand serta seorang dari Singapura.



Kisah Cinta Yang Tragis


Kerana cinta, mereka dibunuh;



Tak semua pengakhiran sebuah cinta bawa bahagia. Usah terlalu harapkan kisah cinta kita bak Cinderela yang bertemu putera rajanya, kemudian hidup berbahagia buat selama-lamanya.

Itu hanya dalam animasi aje!

Hakikatnya, banyak kisah cinta berakhir dengan tragedi.


Rabu, 8 Oktober 2014

Wanita Cantik Masuk Tandas Lelaki

Bila dah cantik dan seksi, peluang nak kahwin dengan anak raja tu, macam ada lah sikit. Ya dak?

Bila wanita cantik, seksi dan bergetah masuk tandas lelaki…



Opssss!!!!!
Masihkah dia cantik, jelita dan seksi?

Selasa, 7 Oktober 2014

Taman Bunga Terindah Di Dunia


Dua taman sahaja dinyatakan kat sini iaitu, Tulip and flower fields in Holland di Keukenhof Gardens, Netherlands dan Versailles Palace, Paris;



Keukenhof Gardens, Netherlands selalu kita tengok kat kalendar masak kecik-kecik dulu, tak sangka pula berjaya jejakkan kaki di sini. Keindahan taman tulip ni boleh tengok kat sini:



Versailles Palace, tengok kat sini ya…selepas minit ke 8 baru ada kawasan taman. Awal-awal tu dalam istana:



Dua-dua tempat tu aku dah sampai. Teringin jugak nak pergi lagi, tapi dunia masih luas. Banyak lagi tempat yang belum sampai. Rasa macam rugi pulak dok ulang tempat yang sama, kecuali dalam suasana berbeza. Musim tak sama.

Tapi aku sebenarnya teringin sangat nak tengok bunga-bungaan berbukit-bukit luasnya di Taman Hitachi Seaside, Jepun. Fuhhhhhh! Impian tak boleh blah tu kan????

Taman Hitachi Seaside atau dalam bahasa Jepang disebut Hitachi Kaihin adalah sebuah taman bunga dan salah satu kawasan pelancongan terkenal di Jepun. Taman seluas 153,2 hektar ini terletak di Hitachinaka, Ibaraki yang berdekatan dengan pantai Ajigura. Taman ini terkenal dengan berbagai jenis bunga yang mekar di musim-musim tertentu.



Koleksi bunga yang paling terkenal di taman ini adalah bunga Nemophilas Biru. Nemophilas memiliki ciri khas kelopak biru transparan. Selama musim bunga, lebih dari 4,5 juta Nemophilas Biru tumbuh mekar di seluruh taman. Tempoh dimana bunga ini tumbuh mekar sering disebut dengan istilah "Nemophilia Harmony".

Selain terkenal dengan bunga Nemophilas, taman Hitachi Seaside memiliki koleksi bunga lainnya seperti: Daffodils dan Tulip yang mekar di musim bunga, Nemophila dan Mawar yang mekar di musim panas serta Kochia dan Kosmos yang mekar di musim gugur.

Taman Hitachi Seaside sebelumnya hanya seluas 3,5 hektar, kemudian diperluas menjadi 153,2 hektar, dan bakal diluaskan lagi menjadi 350 hektar. Larat ke nak jelajah semuanya tu? Keukenhof Gardens, yang tak berapa nak luas tu pun dan rasa macam nak patah kaki hu huhuhu


Isnin, 6 Oktober 2014

Kerana Terlalu Cantik dan Seksi


Entri sebelum ni tentang Lelaki Tercantik di Dunia

Siapa kata cantik dan seksi bawa bahagia dan mengembirakan?

Ramai wanita, gadis, perempuan (mahupun lelaki) mahu kelihatan cantik, malah seksi hingga sanggup seksa diri. Malangnya, bila terlalu cantik atau seksi, adakalanya boleh siksa diri pulak;



Persoalannya, semua itu cantik kah?

Terdengar seperti terdapat nada dengki kan kat situ huh u huh u hu tapi, yang ni memang betul-betul cantik:



Jom kita kenali wanita cantik pewaris empayar perniagaan dunia, hidup mewah duit juta-juta;



Mereka memang perempuan cantik…dah la kaya kan. Mmmmmm daku jugak tak berapa nak cantik, kaya apatah lagi kan hu huhuh u hu tapi syukurilah apa yang ada. Paling kurang, tidaklah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang buruk rupa buruk perangai dan hidup merempat.


Ahad, 5 Oktober 2014

Korban Itu adalah...


Ketika kita sanggup berkongsi dengan sesuatu yang tak sepatutnya pun...


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha



Jumaat, 3 Oktober 2014

Aku Nak Kahwin Dengan Anak Rajaaaa!


Mimpi jadi cinderela

Mereka ini adalah segolongan wanita yang berkahwin dengan anak raja. Bukan semua orang bertuah sebegitu;



Penat tau ambo dok nyanyi sambil berbuai di taman permainan, mana tah anak-anak raja ni, sorang pun tak melintas!

Laju buaiku laju…aku nak kahwin dengan anak rajaaaa!


Khamis, 2 Oktober 2014

Lelaki Tercantik di Dunia


Tak mau cerita pasal petrol RON95 dan diesel naik harga, stress akak tau!

Jom kita sucikan minda, cuci mata tengok siapakah gerangannya lelaki yang tersenarai sebagai lelaki paling cantik di dunia. Jangan kata wanita je cantik dikk oiiii!

Dalam rancangan TV ON THE SPOT, disenaraikan 7 lelaki yang dikatakan tercantik di dunia huh u huhuhuhu mengikut demer lah. Cantik itu sendiri abstrak sifatnya;



Setuju ke tak setuju? Alahai…apa hal lah hangpa lagi comey dari ambo nih? Jelessss tau!!!


Lelaki cantik berikut tidak pernah membuat pembedahan plastik di wajahnya. Katanya lah!;



Fuhhhhhh! Memang jelita kan? Jelezzzzz ai, dik!!!


Rabu, 1 Oktober 2014

Petrol Naik Harga, Ramai-ramai Sesakkan Stesen Minyak Cari Harga Lama

Harga Petrol RON95, Diesel Naik 20 Sen. Yaaaaa naik lagi. Jam 7 petang tadi aku dapat tahu. Harga petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini. 20 sen je pun...tu pun nak bising satu Malaya, wat malu kokram!

Harga runcit RON 95 yang baharu naik daripada RM2.10 kepada RM2.30, manakala diesel daripada RM2 kepada RM2.20.

Kata Pak Menteri, harga baharu RON95 itu berikutan pengurangan subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen. Pada masa ini, harga pasaran bagi petrol RON95 ialah RM2.58 seliter, sementara harga diesel ialah, RM2.52 seliter. Bukan sebab harga minyak naik ya…sebab kurangkan subsidi. Minyak tak naik sayang!

Tetiba aku rasa macam nak peluk-peluk je pak menteri yang sangat prihatin dengan kehidupan aku yang marhaen ni. Ohhhh sangat syahdu tau! Menteri gitu yang kita nak. Menteri gitu yang kita kena undi dalam pilihanraya akan datang. Ingat tu…sila undi beramai-ramai.


Langkah kenaikan harga petrol dilaksanakan selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh. Bila harga naik, semua orang takut nak seludup petrol tau…siapa yang untung? Kita jugak kan…melimpah ruah petrol dalam Negara kita. Nak minum petrol pun bulehhhhh jugakkk.

Nanti, kerajaan kita yang prihatin ni akan menaikkan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2015 lepas raya nanti. Tak caya? Kenalah tunggu. Mana tau tiap orang dapat rumah percuma. Takat 20 sen sapa nak heran, ya dak?

Okehhh…nak luruskan pinggang. Penat beratur kat pam minyak terjun cari petrol RON95 harga lama sebelum kenaikan harga RON 95 esok.