Isnin, 5 Mei 2014

Menang Voucer Tunai RM Seribu


Jumaat pagi, jumpa kak mai di Perpustakaan Bandar Baru Bangi yang letaknya bersebelahan Tasik Cempaka. Sembang-sembang sambil bincang projek tak berapa nak mega. Selepas makan tengah hari di Restoren Berlauk di Syeksen 7, kami berpecah. Kak Mai ambil anak sekolah, Jumaat keluar awal. Aku pula ke Giant Sungai Chua.

Aku suka ke giant ni sebab tak ramai orang. Niat hati nak beli sayur dan buah, tapi tak ada yang menarik pun. Banyak habiskan dengan keperluan harian; sabun, syampu, shawer gel bla bla bla termasuk jajan mami maggi hu hu huhu nafsu sungguh!

Selesai beli barang, aku kena tarik masuk ke sebuah kedai jual periuk belanga dan alatan dapur golongan atasan tu. Aku yang marhaen ni, dengar ajelah dia dok bebel.

Mula-mula isi maklumat peribadi dalam kad. Depa hanya nak nama (tak betul pun tak apa) tapi nombor telefon kena betul. Dah isi tu bagi kad gores dan menang pulak...macam biasalah tu. Nak jadi cerita, aku dapat RM1000 cash. Tunai tu...yeayyyyyyyyyyyyy mokcik kayoooooo!!!!!!

Untuk pengesahan depa akan telefon ibu pejabat sebab kononnya tak pernah ada kes begitu. Tektik lama sebenarnya tu. Tak teruja pun hu hu hu hu dah selalu sangat terkena kes begitu.

Sembang pi mai pi mai, katanya “sempena ulang tahun pembukaan ke bla bla bla, syarikat bagi bonus begitu. Hanya 10 orang sahaja di Malaysia”. Konon-kononnya aku ni bertuahlah ya...orang ke tujuh tu.

Jadi, sebab bertuah, bila dah aktifkan kad voucer tunai RM1000 tu, aku boleh pilih mana-mana barang dengan harga RM1. Yaaaaa seringgit je. Dah tentulah kita akan pilih barang yang paling mahal tu untuk harga seringgit kan?

Syaratnya kena aktifkan kad dulu hu huhuhu

Macam mana nak aktifkan kad? Kena beli satu barang kat kedai depa. Harganya akan ditolak RM seribu tu. Lepas beli barang tu, boleh pilih barang mana yang nak, hanya bayar RM seringgit tu.

Masalahnya, barang kat kedai depa tu paling murahpun dah RM2700. Memanglah barang-barang tu berkualiti tinggi, memang patutpun harga mahal. Tapi, bukan keperluan untuk aku sekarang.Aku ni rakyat marhaen di bawah aras kemiskinan tegar. Memang tak mampu!

“Dik, kat voucer ni tulis “tunai”...pi check kamus apa maknanya “tunai” tu!” makcik saje je buat-buat naik angin.

Akhirnya, aku ucap terima kasih kat budak tu. Bangun dan tolak troli balik. Tak rugi apa-apa pun, bukannya keluarkan modal sesenpun. Kalau gedik beli tu yang rugi walaupun aku sangat teringin bebenornya dengan dapur elektrik depa tu.

Mmmmmmm berangan je lah ya! Mana ada orang nak bagi benda percuma tanpa syarat hu hu hu hu





5 ulasan:

JunAina berkata...

Macam2 cara orang nak buat duit senang.

sukaxplo berkata...

Assalammualaikum..

tahniah..anda bertuah kerana tidak terjebak dengan Gores & menang...kih kih kih

perlu berhati² sekarang ni, diorang ni mmg akan ambil peluang kalau kita lalai

Unknown berkata...

macam mana depa ni masih dapat beroperasi kat pasaraya kan anyss.. ramai sangat dah kena tipu..

Sukma berkata...

kalau terkena mesti nak marahkan.....

Unknown berkata...

hahah...
awat tak cakap kat dia..
"la..bertuah sangt saya hari ni.baru sat tadi menang seribu ni menang lagi seribu..tapi tadi dia nak suruh beli barang dia.terus sya tak mau seribu dia tu.."

ehheheeh