Rabu lepas pertama kali buat Hidroterapi di Hospital Serdang walaupun dah banyak kali buat fisioterapi di hospital ni. Perasaan memang teruja. Sebabnya, tak pernah terjun masuk kolam hu hu hu hu jakun betul!
Lepas zuhur terus ke Hospital Serdang. Risau kalau tak dapat parking. Alhamdulillah, boleh juga parking tepi longkang walaupun bukan di petak parking. Aku ni jenis tak suka langgar peraturan, parking di tempat bukan petak parking pun sudah buatkan jantung dok dup dap dup dap tak sedap hati. Risau macam-macam. Mati terkejutlah kalau selalu tak boleh kawal diri gini hu huhuhu
Selepas daftar di kaunter seperti biasa, aku kena pergi kaunter F8. Biasanya di bilik F6. Disebabkan kali pertama, mulut gatal tanya akak misi comey manis kat situ. Dia suruh pergi F6 dulu, beritahu staf kat sana. Bendul je aku pergi sana dan beritahu “tadi saya ke F8, staf kat sana suruh datang sini beritahu...saya sendiripun tak tahu nak beritahu apa kat sini,”
Bendul tak? Zaman sekarang ni rata aje semua tempat, mana ada bendul dah hu huhuhu
hari Rabu kolam dikuasai wanita je...alhamdulillah. Kalau campur, haru aku! |
Jadi, staf F6 pun pergilah tanya kat F8 tu. Aku mengekor dari belakang. Dah berubah air muka staf di F8. Aduhaiiiii! Aku sendiripun tak tahu apa masalah dia orang. Aku hanya ikut arahan je. Orang kata “kalau tak tahu, sila bertanya”. Perangai aku memang begitu, kalau tak tahu memang aku akan tanya. Leceh agaknya perangai gitu bagi orang lain.
Aku perlu tukar baju (yang sesuai). Bagi aku pakai tshirt dan seluar sukan jenis yang tidak menyerap air tu dah memadai, tetapi dia orang dah pandang semacam. Aku sebenarnya segan dan malu nak pakai baju renang walaupun jenis muslimah. Dah tentulah boleh nampak segala macam rupa bentuk dan benjolan lemak-lemak tepu bila dah kena air nanti. Mmmmm buat muka tak kesah je lah, nak buat macam mana.
Bila masuk ke kawasan kolam, dah ada 4 orang makcik-makcik yang peramah. Hanya kami dua orang sahaja (baru hari tu masuk geng) yang muda belia. Dalam sekejab masa sahaja, kami dah mesra. Maklumlah makcik-makcik ni memang peramah dan suka bercerita. Mereka juga dah otai situasi dalam kolam. Salah seorang tu digelar mama.
Sebelum terjun kolam (tak ada acara terjun bagai ya...saje je nak bagi nampak lebih best taip terjun) kena basahkan diri di paip dulu. Sepatutnya fisioterapi dalam kolam (hidroterapi) hanya 20 hingga 30 minit sahaja tetapi tak sedar pun berlangsung hingga 45 minit. Itu pun termasuk dalam edisi memujuk rayu adik manis terapist tu mahu buat latihan sampai puas hu hu hu hu. Seronok tengok keletah makcik-makcik tu.
Dah masuk kolam, tetiba terasa nak belajar berenanglah pulak. Termalu dengan mama yang dah berusia 71 tahun tetapi boleh berenang hu huh u hu
Keluar kolam, pergi mandi dan tukar pakaian. Rasa segar. Rasa sihat. Kalau hari-hari boleh terjun kolam kan bagus!
Sebelum balik, dapatkan temu janji akan datang di kaunter F8 semula. Opssss! Dapat taklimat; “Dah tahu kan...lain kali datang, letak kad kat sini...terus pergi tukar pakaian dan tunggu tepi kolam. Tak payah pergi mana-mana lagi”
Aku hanya ikut arahan! Bukan salah aku!
Opssss!!
6 ulasan:
pertama kali datang tentu blur.. apa salahnya tanya kan.. hehe..
aritu kat rumah kami ada orang kena halau dari pool sebab tak pakai baju renang.. saya pun takde baju renang.. malu nak pakai..
hydrotherapy mmg best...
lepas ni kena buat swimming pool la kat rumah...:)
Nxt time pi mintak extend la...kalu pool kosong...kata nk buat sendiri lebih masa....rumah no kolam :))
Salam, apa kabar sekarang?
Wahhh dah pengalaman baru ni. Takpa la blur mula mula nanti expert la. Semoga rawatan ni akan memberikan lebih kemajuan, lebih sihat lebih tenang dan kembali cergas.
Hamboiiii... sinis bahasanya ya... cubit mulut kang! :)
Saya amat risau tentang kualiti airnya disebabkan pelbagai pesakit dan menggunakanya. Banyak isu telah diperdebatkan berkaitan 'water-borne' disease. Sudah ada bbrp public pool & 'jacuzzi' di luar negara diarah tutup. Amat khuathir kita disini pon dah menjerumus ke arah ini.
Catat Ulasan