Khamis, 1 Mei 2014

Kartina Dahari Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminnnn.

Kartina Dahari (kiri) dan Julie Sudiro


Hari ini, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong era 60-an hingga 80-an, Kartina Dahari, meninggal dunia petang semalam di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, akibat barah. Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan.

Kartina Dahari - Dari Hati Kehati



Budak-budak zaman sekarang dah tentu tak ramai yang tahu penyanyi keroncong lama ni. Aku pun bukannya kenal wajah arwah, tetapi aku dah biasa dengan lagu-lagu nyanyiannya. Kat mana lagi nak dengar kalau bukan di Klasik Nasional. Syahdu!

Tapi aku sangat suka lagu ni;

Kartina Dahari - Keroncong Jangan Ditanya



Ya, usah ditanya mengapa aku pergi…jangan ditanya ke mana aku pergi, hapuskan saja kenangan yang lama. Selamat tinggal kubermohon diri huh u huh u

Ini pula lagu buat pahlawan Negara;

Kartina Dahari - Tinggallah



Iramanya keroncong, mesti ramai yang tak suka. Tapi…aku tetap suka huh u huh u ohhhh sangat klasik!

Akulah tu yang klasik huh u huhu


3 ulasan:

eelobor berkata...

kalu ambo nie mungkin buke termasuk budak-budak zaman sekarang kut.... huhuhu

anyss berkata...

Eelobor: hu huh uhu biasa dengar tak? kalau tak biasa dengar, maknanya macam budak2 zaman sekarang jugak lah tu la la la

Kujagahatiku berkata...

AL Fatihah dan takziah buat keluarga arwah.