Isnin, 24 Mac 2014

Siapa Jaga Sekarang Ni?


Hari ni hari Isnin, hari untuk aku pergi kutip MC huh u huhu tapi kisah entri ni dah lama tulis. Aku kan ada sebegitu banyak masa, jadi bank entri tu melimpah ruah hu huhu

Hari Khamis entah berapa kali khamis lepas, sebelum pergi sesi rawatan di Ceragem bangi, aku pergi cuci kereta yang sangat comot mengalahkan traktor adik di kampong. Dia punya traktor lagi berkilat dari kereta kecilku itu. Malangnya, aku sangat fobia pergi cuci kereta kerana selepas kereta aku berkilat-kilat memancarkan seri berkilauan itu, sudah pasti hujan akan turun. Dah banyak kali berlaku begitu…dan hari itu juga, hujan tetap turun, kereta itu comot semula huhuhuhuhu tetiba terkenangkan satu buku cerita yang pernah aku baca masa sekolah rendah dahulu bertajuk fakir hujan. Kalau aku cerita tentang buku cerita ni karang…dah lari tajuk tu huhuhuhuhu aku kan suka memesongkan tajuk huh u huhu

Masa dok tunggu adik tu cuci kereta, seorang pelanggan yang lain datang bersembang dengan aku. Mula-mula sembangnya tentang tongkat yang aku guna hingga melaratlah tentang sakit slipped disc ni.

Pakcik Ravi: so sekarang ni siapa jaga u kat rumah?
Aku: sendiri jaga

Dia pandang aku pelik.
Pakcik Ravi: Whylah? Mana mak u?
Aku: kampong sana…
Pakcik Ravi: Mana kampong?
Aku: Kelantan sana
Pakcik Ravi: Jauhnya…macam mana u jaga sendiri?
Aku: sendiri buatlah
Pakcik Ravi: Bolehkah?
Pakcik Ravi: Boleh aje…asalkan sendiri mahu.

Setelah itu macam-macam petua dia bagi. Jangan makan makanan sejuk, jangan mandi air sejuk, jangan angkat barang berat…jangan itu, jangan ini. Kalau ikutkan semua nasihat dia tu, maknanya aku mati kebuluran, terkedang kat katil tak bangun sebab semua benda tak boleh buat.

Terima kasih, Pakcik Ravi. Walaupun baru kenal beberapa minit, ramahnya tu jarang boleh jumpa dah zaman sekarang ni. Berbual-bual hingga kereta siap bersih macam dah kenal lama.

Bila keadaan begini, ada orang akan semakin dekat. Ada yang lain kian terasa menjauh. Namun, aku pelajari banyak makna kehidupan. Dan ini bukanlah dugaan paling getir pernah aku alami. Jadi, aku hanya perlu jalani segalanya tanpa perlu merungut apa-apa. Setiap apa yang aku alami biar sekecil-kecil perkara mengajar aku tentang sesuatu.

Bila aku tulis di blog ni bukan bermakna aku merungut. Ini adalah koleksi pengalaman yang sedang aku kumpul. Mana tahu, satu ketika nanti aku lupa…boleh kenang semula bila baca kat sini.


8 ulasan:

PCL berkata...

inilah realiti kehidupan, mana mungkin nak ingat semua perkara..bukan yg manis saja mahu dikenang...

bagusnya jadi blogger yg berkisar ttg kehidupan , boleh memanfaatkan kehidupan kepada yg berkenaan.

Unknown berkata...

Kalau akak dekat boleh je akak tolong jaga..

Dr K berkata...

bagus kan pakcik Ravi tu..
takpa...saya doakan, satu hari nanti...ada lah org yang akan jaga awak nanti

Dr K berkata...

cop, awak duduk rumah sorang diri? takde housemate?

anyss berkata...

Pakcik Lie: sekarang ni banyak masa untuk berfikir walaupun benda yang remeh temeh. Bukan mudah nak ada peluang macam tu...biasanya kepala penuh je setiap masa, hidup pun lompat2. Itu antara hikmah yang perlu disyukuri...Allah tahu badan saya dah terlalu penat ni, suh rehat sat hu huhuhu

anyss berkata...

kak ida nyanyi sunyi: Dah biasa jaga diri sendiri...tak reti lah orang nak jaga ni huhu hu

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: Aminnnnn cepat maghbul doa doc tu ya.

Saya lebih suka borak2 dengan gol lama macam ni sebab depa byk ilmu, pengalaman dan suka sembang. pengalaman itu yg kita tak ada...tapi org sekarang dah jarang boleh borak2 kalau tak kenal, tak mcm kat kampung sana.

Ada housemate, doc. tapi dah biasa buat sendiri, rasa kekok nak mintak tolong orang. Rasa bersalah sangat menyusahkan orang

makcikkantin berkata...

Ada cahaya di hujung tanjung sinun..insyallah anyss. Tapi part nak buat sendiri dgn serba kepayahan adalah sgt mencabar...