Ahad, 9 Mac 2014

Penumpang Misteri Dalam Pesawat MAS MH370?

Bila berlaku sesuatu yang besar seumpama kehilangan kapal terbang MAS MH370 dalam penerbangan Kuala Lumpur-Beijing, lebih banyak perkara misteri akan ditemui. Dah lah misteri kehilangannya memening kepala semua pihak, lebih banyak misteri lain ditemui.

Dalam kes sebegini, tetiba kita boleh temui bagaimana terdapat juga manusia yang tidak sensitif terhadap perasaan orang lain, hinggakan ramai orang nak kenal siapakah empunya diri. Komen-komen Shariman Omar yang sentiasa memandang rendah kepada orang lain terutama orang-orang Kelantan dan wanita cantik ibu tunggal dan janda seperti Erra Fazira menyerlahkan ketidakstabilan emosinya. Ramai jugak nak kenal siapa dia ni;


Kalau rajin nak telaah gambar kecil di atas, Shariman ni grad tahun 2005 tapi mungkin tidak jalankan latihan kedoktoran sebab tak ada tempat practise. Menurut prosedur nak jadi doctor, bila dah ada ijazah kedoktoran, masih perlu dapatkan provisional registration tu. Selepas habis houseman baru dapat “full registration”, pengesahan jawatan dan proses untuk dapatkan annual practising cert. Mmmmm tak tahulah kalau-kalau kes dia ni lain.

Bagi aku, orang sebegini kekurangan kasih sayang. Kalaupun benar dia doktor mendapat sijil dalam bidang perubatan, bahasa yang digunakan tidak memaparkan langsung keintelektualannya sebagai seorang terpelajar. Setiap status di facebooknya penuh dengan aura kebencian, kemarahan dan kekurangan kasih sayang. Barangkali, wanita-wanita jelita yang berada di Veneuzuela gagal menarik minatnya, Erra Fazira jugak yang menetap di hati, namun apa daya, siapalah dia untuk dipilih Erra kan. Daku sangat bersimpati dengan dia. Kasihan benar.

Bila senarai nama penumpang dan kru bertugas Pesawat MAS MH370 dihebahkan kepada umum, didapati pula terdapat dua nama yang misteri iaitu Christan Kozel dan Luigi Maraldi. kedua-dua tuan punya diri bernama Christan Kozel dan Luigi Maraldi ini menyatakan mereka tidak berada dalam penerbangan tersebut. Kedua-dua mereka pernah kehilangan passport. Jadi, siapakah sebenarnya yang menggunakan passport curi tersebut?

Agaknya, bilakah misteri ini akan terungkai?

Bila pesawat ini akhirnya ditemui, aku sangat pasti lebih banyak misteri akan terbongkar. Sebelum berlaku pembongkaran tersebut, marilah kita titipkan harapan dan doa (biarpun sedikit) agar semua penumpang dan anak kapal MH370 akhirnya berjaya ditemui. Janganlah berhenti berharap.

Yang perlu dihentikan adalah tindakan-tindakan membodohkan atau menampakkan kebodohan diri sendiri terutama merumitkan lagi keadaan. Kita tidak perlukan terlalu ramai penganalisis penerbangan tak bertauliah atau pencaci maki siber. Silalah jaga perasaan ramai orang yang sedang berduka saat ini.


 


6 ulasan:

mamawana berkata...

Assalamualaikum

Berdoa utk mrk. Bergenang2 airmata akak mengenangkan seorang sahabat dan 3 anak saudaranya dlm MH370 itu. Harap2 mrk tak jadi naik flight tu. Tapi .k Long mrk confirmedkan mrk ada naik plane tu. Sob3...
http://nurqasehbiz.blogspot.com/2014/03/moga-sahabat-ku-itu-tiada-dalam-missing.html

Unknown berkata...

Lelaki kurang kasih syg tu minat erra? Kat mana dia tulis? Nk gak baca..kesian..
Kita hanya mampu berdoa mudah2an ada keajaiban..

JunAina berkata...

Anyss...doa..doa...dan doa...

anyss berkata...

mamawana: kita nantikan dengar sabar ya...kirimkan doa

anyss berkata...

kak ida nyanyi sunyi: kat FB dia...pi la terjah tengok semuanya huhuhuhuhu

anyss berkata...

Junaina: ya...usah putus asa untuk sentiasa berdoa