Pernah tak rasa malu dengan keletah anak-anak di khalayak ramai? Kita rasa macam kita tak pernah ajar berbuat sesuatu perkata sebegitu. Pernah alaminya?
Anak sapalah tuh!
Adik perempuan aku pernah cerita, anaknya (umur 2-3 tahun ketika itu) ketawa terbahak-bahak melihat budak lain seusianya jatuh. Kejadian berlaku di pasaraya. Kata adik, dia rasa macam nak sembunyi muka dalam beg plastik ketika tu. Malu sangat kat orang keliling. Entah kat mana anaknya belajar buat begitu. Tak ada siapa yang ajar pun!
Masa aku ke klinik panel dalam usaha mengumpul MC hingga pernah terpaksa menunggu lebih 5 jam semata-mata nak dapat MC tu, seorang budak lelaki seusia anak buah aku itu juga ketawa dengan kuat bila tengok aku bertongkat. Kemudian dia berkata “sakit ler tew,”.
Tindakannya buatkan air muka maknya berubah merah padam. Aku buat-buat tak nampak sahaja maknya, kalau aku pandang kang dia rasa bersalah pulak. Tapi aku buat pura-pura sakit depan budak tu sambil kerutkan muka.Siap mengaduh-ngaduh lagi.
Cara tu buatkan budak tu datang dekat dengan aku dan pandang kaki aku. Mukanya juga berkerut-kerut, macam dia pulak yang sakit. Bila mak dia suruh dia bukakan pintu untuk aku, cepat-cepat dia pergi buka pintu tu. Bersungguh-sungguh dia buka hingga ternganga luas, beri laluan untuk aku keluar. Kemudian dia melompat-lompat gembira bila aku ucapkan terima kasih.
Budak-budak dan anak-anak belajar dari persekitarannya. Walaupun mereka hiperaktif, cergas dan tidak duduk diam…usahlah “dipadanmukakan” atau ketawakan mereka bila jatuh, kena marah, atau kena hukum. Mereka belajar dari apa yang mereka alami, apa yang mereka tengok. Itulah juga yang akan dilakukannya.
Jadi, usah salahkan anak bila suatu hari mereka bereaksi sebegitu, kerana itulah yang pernah mereka alami atau saksikan.Bagi mereka itu tidak salah. Tak ke muka kita sendiri yang malu kemudiannya?
PssssT: Macam pelik je bila aku yang belum ada anak ni cerita tentang kemahiran keibubapaan huh u huh u.
16 ulasan:
nak tambah sikit...
bila jatuh marah lantai,marah tangga.
anak tak mahu makan,acah org lain suruh makan.
pengajaran apakah yg disampaikan pada anak anak..
kata nabil...lu fikirlah..hehe.
Mendidik itu payah. Tak kira anak sendiri or anak org. Berdoa Allah kurniakn kesabaran dan ilham demi kebaikan semua..amin2
Apa salahnya berkongsi cerita wpun belum ada anak. Memang hitam la muka mak budak tu ya..
Siapa yang mahukan anaknya jadi biadab kan... :)
Tengah nk ingat2kan ada tk anak2 buat mcmtu huhh
Acik pernah juga..tapi pasal makan..kalai pi rumah sedara mara ke adik beradik ke..masa makan..kan orang selalu tanya..sedap tak dik..dia boleh jawab..sedap lagi mak masak..uish..tak lalu makan acik lepas tu..macam kita pulak yang ajar
kadang2 kita tak ajar anak kita gitu
tapi dia belajar daripada persekitarannya
cabaran ibu bapa zaman kini
haritu anak bungsu saya
dia ckp teacher kat nursery dia gedik
teacher tu cite kat saya
adehhhh terus mintak maaf kat teacher!
Mokjadeandell: zaman dulu2 buat gitu tak apa, bila anak2 tak dengar cakap terus cubit dan suruh duk diam2.
Zaman sekarang...hu hu hu hu sendereylah jawab hu hu huh u
Ayu: Bukan semua orang boleh jadi ibu bapa cemerlang. Teori dan praktikal tak sama...
Azieazah: Memang nampak benar air muka dia berubah...kalau saya tak berlakon depan budak tu, tak tau macam mana nak cover dia dah
Kakcik: semua ibu bapa mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak, namun ada ketika nasib tidak menyebelahi. masa anak2 sebesar itu, masih belum terlambat lagi untuk ubah tapi perlukan usaha keras sebab dia dah pandai menjawab mcm2
kak ida nyanyi sunyi: tak payah ingat2 kot...yang lepas biarkan berlalu. anak2 yg dah besar cara tanganinya pun dah lain
Diana: seorang rakan saya tak beli TV kat rumah sebab nak elak pengaruh buruk TV. tapi bila anak2 masuk sekolah...persekitaran tetap mempengaruhi.
Acik Erna: bab gitu tak adalah sampai boleh merah muka ibu bapa. boleh lagi sengih. Mungkin kita boleh terangkan cara jawab yg lebih sopan n jaga hati tuan rumah & terangkan kenapa kena jawab mcm tu.
anak2 sekarang memerlukan rasional mengapa mereka perlu lakukan begitu.
Elly Nadyra: yang penting Elly pun kena terangkan semula kat dia kenapa tak boleh cakap begitu. kenapa kena hormat cikgu. kenapa cakap gitu dgn org lebih dewasa tu nampak tak sopan.
persekitaran sangat byk mempengaruhi terutama di sekolah. sebab tu kena selalu tanya anak2 apa yang berlaku di sekolah. masa tu boleh terangkan kepada mereka apa yg berlaku tu ok ke tak
Kids will be kids. Yang penting kita beri mereka peluang untuk memperbetulkan "kesilapan" mereka.
Catat Ulasan