Khamis, 25 Oktober 2012

Meriahnya Aidiladha di Kelantan


Orang kata, kemeriahan Aidiladha di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan memang tersangatlah meriah. Kalau tanya pelajar kita di Timur Tengah, walaupun mereka berasal dari Kelantan, mereka kata sambutan hari raya Korban di sana seperti Mesir lagi meriah. Lagi meriahhhh? Teringin sangat nak rasai kemeriahan itu...

Sepanjang hidup di perantauan berbelas tahun ni...mmmm bila bilang semula, baru sedar betapa lamanya aku tinggalkan negeri paling miskin itu dan menetap di negeri paling maju, beberapa kali juga sempat sambut hari raya Aidilfitri dan Aidiladha sendirian di Bangi. Tahu macam mana rasanya.

Bagi sesiapa yang nak rasai kemeriahan sambutan Aidiladha di Kelantan, sebenarnya kat rumah daku je pun, rumah orang lain mungkin bukan macam ni. Setiap tahun, beginilah suasananya. Bolehlah baca entri yang aku pernah tulis tahun lepas. Tahun lepas ek? Ye lah kot!


Walaupun cuti Aidiladha hanya sehari...ramai anak Kelantan serbu balik sanggup bersesak sepanjang hutan di negeri pahang.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin.



3 ulasan:

Dr K berkata...

Betul tu ..kawan saya org Kelantan pun cakap, dia lagi celebrate raya haji berbanding raya puasa

Murni Alfathunnisa berkata...

salam aidiladha anyss sekeluarga..

kat kelantan memang meriah. kedah pun tak kurang hebatnya. kesian orang duk penang...dapat tempias negeri berjiran saja.

Unknown berkata...

Dekat kelantan memang sangat2 meriah...