Khamis, 18 Oktober 2012

Bayi 8 Bulan Mangsa Dera Meninggal Dunia


Ada orang campak anak merata-rata, macam tak ada perasaan. Entah apa perasaannya masa mereka campak macam tu je bayi sendiri. Namun, sebab takut malu sebab status diri masih lagi “bujang” tapi dah ada anak...mmmm buang ajelah.

Tiap kali ada kes buang bayi, macam tak tahu nak kata apa. Begitu juga bila banyak kes dera. Pengasuh deralah, mak tiri deralah...paling sakit hati bila teman lelaki mak yang dera.

Di Batu Pahat, Seorang bayi berusia lapan bulan, Nur Irisyafida Balkis yang dimasukkan ke hospital Khamis lalu meninggal dunia jam 2.30 petang semalam setelah tidak sedarkan diri selama enam hari di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat. Bayi malang itu dipercayai didera teman lelaki ibunya. Dia mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.

Anak-anak sepatutnya dikasihi. Dia yang comel itu masih terlalu kecil untuk menderita sedemikian rupa.

Dah banyak kali kes macam ni jadi kan???

 

4 ulasan:

Yunus Badawi berkata...

Manusia berhati binatang. Kalau ya pun nak emaknya, janganlah didera anaknya yg tak berdosa tu. Org mcm ni mesti dihukum dgn hukuman yg berat.

Kakzakie Purvit berkata...

Ramai org yg nak anak kenapa tak jual aje bagi kita nie yg nak kan.. Daripada didera macam tu sekali. Kakak tak tahulah anyss bila jumpa/baca kes macam ini geraaaamm sangat.

anyss berkata...

YB: Tak tau nak kata apa...terlebih kata kang carut tak tentu hala pulak. Dah byk kes mcm mana, tak tau nape masyarakat kita x serik

anyss berkata...

kakzakie: Budak ni sangat comey kalau tengok gambarnya. matanya bersinar2...pipinya gebu geram nak cubit2