Isnin, 1 Oktober 2012

Azam Baru, Wajah Baru...


Macam dah lama sangat tak menulis dengan hati kat sini
Semacam je rasa bila tengok blog
Sabtu lepas tetiba aku tukar kaler blog
Dah jadi biru...redup mata memandang, sejuk hati di dalam
Harapnya lepas ni, hati jadi menggebu-gebu nak tulis blog
Paling tidakpun selalu buka blog
Kemudian pandang je entri yang dah lepas hu hu hu

Kalau ada yang perasan, aku jugak dah buang iklan kat blog ni
Dah bosan. Masa tampal dulu, dah cakap dengan Cik Bintang
“hanya untuk tiga kali tebus dengan nuffnang je...”
Belum sampai tiga kalipun, aku dah buang...
Nasib baik sempat tebus kali ke 3 hu hu hu

Bila dah buang iklan nuffnang, maka tak dapat lagi tengok trafik blog kat situ
Jadinya aku tengok kat statistik di blogger je
Terpandang pulak satu link, terus aku klik
Dan sampai ke sini....



Nak baca keseluruhannya, boleh baca di Old Vs New Song song
Jangan lupa skrol ke bawah dan baca juga sidebar
 termasuk nama blog dan tajuk-tajuk entri...

Errrr...macam pernah tengok kan?
Tapi di mana ya? Hu hu hu hu bila ingat semula, terus aku gelak
Gelak sensorang...tergolek guling-guliangan kat lantai
sebab memang dok lantaipun masa baca entri tu...

Kalau kalian nak tahu Entri asalnya, sila baca Lagu Lama Vs Lagu Baru
Mmmmm ni kerja enche Google rupanya
Di terjemahkan entri tu jadi sebegini rupa

Alahaiiiii!




4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik pernah buang iklan Nuffnang tapi lepas tu pasang balik. Kalau buang pun tak jejas apa2 rasanya sebab kat blog kakcik tu Nuffnang pun malas nak letak iklan... ;-)

Tanpa Nama berkata...

cantik ape color biru!.... salam kenal Tq follow KA 7 dah follow u back juga 438

anyss berkata...

Kakcik: masa letak dulu kononnya nak tau mcm mana boleh dapat duit. Bila tak ada target...main2 je lah. Patutnya saya target utk beli banglo barang sebiji dua kan dr blog ;)

anyss berkata...

Kesuma Angsana: terima kasih...pilih yg paling simple je, tak sakit mata. Tak nak berat loading juga.

438 jugak? ish! jarang berlaku dlm sejarah tu ;)