Isnin, 8 Oktober 2012

Pengemis Itu Lebih Kaya Dari Aku


Ya aku tahu…aku sangat sedar aku berasal dari negeri paling miskin
Perdana Menteri pernah umumkan satu Malaysia, negeri aku paling miskin
maka dah tentulah aku pun miskin juga
tapi miskin-miskin akupun, aku usaha sendiri untuk cari makan
maklumlah, taka da sesiapa nak sponser
tak ada sesiapa yang sanggup nak tanggung hidup aku nan miskin ni
ramai yang risau mereka turut terjangkit miskin sama macam aku

Jadinya, walaupun aku hidup berbelas tahun di negeri paling maju ni
aku masih juga miskin
hanya, belum tersenarai sebagai calon miskin tegar sahaja
tapi masih juga miskin…nak buat macam mana
memang dah nasib kami yang miskin ni
memang payah nak kaya kecuali “kaya dengan kemiskinan”
namun aku tetap bersyukur dengan setiap rezeki yang aku dapat
walaupun tak sebanyak mana, aku tak lah sampai meminta-minta
tak lah perlu mengemis dan menadah simpati orang ramai
sebab bagi aku, walaupun boleh meminta
kan lebih bagus kalau kita tergolong dalam golongan yang memberi?

Namun, aku tetap juga mengakui bahawa kemiskinan aku ini
lebih miskin dari pengemis…pengemis pun tak miskin macam aku
akupun tak ada simpanan tunai bawah katil sebanyak pengemis ni,
apalagi simpanan dalam bank…
dalam tabung haji pun lebih banyak surut dari bertambah,
entah bila boleh jejak kaki di Tanah Harampun tak tahu
namun ikut hukum, pengemis macam aku tak wajib tunaikan haji kan?


Hu huh u kalau kalian baca akhbar hari ni
Mesti dah baca betapa kayanya seorang pengemis ni;

Kisah berlaku di sebuah rumah kebajikan di Marang, Terengganu.
Seorang penghuni rumah kebajikan itu, sering curi keluar untuk mengemis,
menyimpan wang tunai lebih kurang RM15,000 di bawah katilnya selain
mempunyai tiga akaun bank berasingan dengan nilai simpanan RM60,000.
semuanya ditemui selepas dia meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.
pengemis yang kaya ini menggambarkan betapa baik hatinya masyarakat kita,
janganlah nanti negara kita dikenali sebagai negara yang kaya dengan pengemis pula.




2 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Betapa hebatnya negara kita... segalanya kelihatan manis dan cantik belaka. tak ada yg nak hirau - dia bukan paksa org utk memberi.

Sampai bila tak tahulah..

Unknown berkata...

wahhhh...
saya tamo komen ttg pengemis tu.. sbb saya rasa asalnya pengemis tu mmg kaya raya.

tapi saya sedar. saya ada kawan yang sangat kaya akhlaknya, budi bahasanya, kasih sayangnya.. dan dia adalah anyss...

thanks sbb awak tak miskinkan saya dgn persahabatan ini