Khamis, 11 Oktober 2012

Suara Tanpa Wajah


Fuhhhhhhh! Tajuk pun...macam entri seram pulak! Entri ni bukan pasal hantu ya...mentang-mentang malam ni malam Jumaat, terus je nyebut pasal hantu ya. Cubalah fikir positif sikit...baca yasin ka, baca ayat al Kahfi ka...zikir ka, dok panggil hantu mantu pulak, dah macam saluran TV kat Malaysia ni. Asal malam Jumaat je tayang drama hantu. Asal malam Jumaat je, tayang filem hantu...gamaknya hantu ni hanya hidup malam Jumaat je kot hu hu hu ampunnnnnn! terleter pada mukadimah entri pulak hu hu hu!

Aku kerap ditanya mengapa tak ada muka aku di blog, di FB...

Ada yang aku jawab secara terperinci, ada yang aku jawab dengan gurauan “buNga tu lebih cantik dari muka aku”.

Aku tak boleh like FB mazidul sebab syaratnya perlu ada “wajah” asli, bukannya bermukakan bunga biar secantik manapun bunga itu. Pinggan tak retak, nasi tak dingin...dah tuannya tak hendak, aku memang sedar diripun. Jadi tak payahlah aku like like FB tersohor itu.

Aku memang tak gemar letak muka comot ni kat blog atau FB. Memang sedar diri comot. Kecomotan aku itu akan mempengaruhi keseluruhan gambar. Gambar yang sepatutnya indah itu, jadi tak indah sebab ada muka aku kat situ. Boleh bayangkan?

Namun, andai kalian pernah baca entri aku yang lepas, sebenarnya masih terselit juga aku kat dalam beberapa keping gambar. Biasanya gambar pemandangan tu penuh dengan kehadiran aku yang kecil sekonet je tak nampak mukapun kecuali ada yang sudi guna kanta pembesar. Dah tentulah gambar tu bukan nak tayang perabut sebab aku letak gambar pemandangan indah.

Errrr...sebenarnya rumah aku tak ada perabutpun, sebab tu tak tayang. Kalau ada perabut mewah, gamaknya TERtayang jugak hu hu hu

Sebab utamanya tak mahu terjebak lagi dengan peminat misteri yang lebih banyak menyusahkan dari menyenangkan. Aku dah alaminya. Aku dah rasa macam mana sengsaranya. Risau nak datang kerja, tidak tenteram balik rumah kerana segala gerak geri bagai diperhatikan. Fobia tau! Trauma!

Sebab tu aku mudah risau bila ada rakan-rakan muat naik gambar yang ada muka aku secara maya. Sangat risau. Namun, ada masa aku kena akur yang aku tak mampu untuk paksa orang supaya tidak muat naik muka comot aku ni. Comot pun comey jugak kot hu hu hu alahaiiii! Terperasanlah pulak!

Terpulanglah kalau ada yang rasa aku suka main sembunyi-sembunyi. Maklumlah, masa kecik dulu, tak sempat nak main, dah tua nak senja macam ni baru mula nak main. 

Namun aku sedar tentang satu perkara: tanpa wajah di dunia maya, aku dianggap "tidak boleh dipercayai" dan kehadiran aku "diragui" keikhlasannya. 

Terpulang! Aku tak ganggu sesiapa...kalau kalian rasa terganggu, bukan salah aku kan? Daku hanyalah sekuntum bunga dahlia di facebook dan seekor katak hijau di blog. bukan sesiapapun.

 

11 ulasan:

Bro Framestone berkata...

Nak jadi peminat misteri boleh?

azieazah berkata...

Frens forever!!

zino berkata...

Memang mistri kalau tak ada wajah tapi itu hak masing masing

anyss berkata...

Bro: hu hu hu siapa yg misteri ni sebenarnya? Sejak ikut gaya Bro marzuki gadek...dah x misteri jadinya ;)

anyss berkata...

Azieazah; InsyaAllah...andai tulus ikhlas, hati akan menilai biarpun tanpa rupa...ceeeewahhh!

anyss berkata...

Abah zino: Orang yg tadak rupa ni biasanya tak la lawa manapun...hu huh u

Unknown berkata...

one day kita pasti jumpa!!

Unknown berkata...

insyallah satu hari kita pasti jumpa..

anyss berkata...

Nyanyi sunyi: insyaAllah...bersunyi-sunyian kita jumpa ya ;)

akuzle ayu berkata...

Ambuih! Kona2 punya stetment.. Har3.. So pd pemahaman sy cik puan ini tersangatlah comey n jelita mcm Cik Ta Che Wan.. Laaariikksss!

anyss berkata...

Mama Iffah: La la la tak cari makan Cik Ta