Isnin, 1 Oktober 2012

Aku Dah Mula Senyum Panjang Hari Ni...

Terima kasih sangat-sangatlah dengan bajet 2013
Sangat mesra rakyat hingga semua orang tersenyum lebar
Walaupun ramai orang kata Bajet 2013 adalah belanjawan pilihanraya
Dah tentu para pemimpin besar tanahair kita menafikan
Dengan tegas dok kata Bajet ini adalah tanda prihatin mereka;
Yang dah biasa hidup mewah terbang guna Jet Pribadi
Soping di gedung-gedung mewah tengah kota metropolitan dunia.
Takat cekodok jagung dalam tin macam Cik Bintang mampu buat tu
Tak ada dalam senarai mereka
Jadinya, bajet sebegitu adalah bajet untuk rakyat
Rakyat marhaen macam aku ni…

Jadi berbondong-bondonglah rakyat marhaen macam aku ni
Ucapkan juta-juta billion million terima kasih
Dengan bajet yang sangat mesra rakyat itu
Bagaikan sebelum ni aku tak pernah bayar cukai
Ye lah…banyak sangat yang rakyat marhaen macam aku ni dapat
Dalam bajet tahun depan tu termasuklah bonus tahunan
Yang dah bagi tu pun kira samalah walaupun baginya pada tahun 2012
Nak bagi rakyat marhaen macam aku ni sedar diri dan buka mata
Betapa prihatinnya pemimpin mereka selama ni

Tambah prihatin lagi bila ada BR1M yang ayah tua aku
Nun di kampong negeri paling miskin sana dengan tergigil-gigil bertongkat
Beratur nak dapatkan RM500 tu…lalu tersengih-sengihlah ayah tua aku tu
Kena temuramah di TV dengan gembira sebab muka masuk TV
Manakala adik bujang aku yang belum kahwin tu pun
Berlumbalah tekan minyak kapcai buruk dia isi borang
Untuk dapatkan RM250 walaupun duit banyak tu dia tak mampupun
Nak beli telefon 3G untuk dapatkan rebet RM200 tu
Aku yang tak mampu pakai telefon 3G, memang tak akan dapat rebat tu
Lalu makin papa kedanalah aku ketinggalan teknologi 3G
Yang jadi kebanggaan dunia itu

Pagi tadi, senyum aku jadi makin lebar
Pertama kali sarapan aku seorang harganya hamper RM10
Terima kasihlah…dah cakap pun supaya kurangkan gula
manis memang kurang tapi harga tak kurang!


13 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Apa nak buat, taik kambing pun dah tak berapa nak bulat... ;-)

Kakzakie Purvit berkata...

Semua sudah dibentang, suka-tak-suka kenalah senyum tak kira meleret ataupun senget - siapa yg kisahkan.

Tahun depan bentang lagi..

Unknown berkata...

tambah botak kepala ini..
senyummmmm

anyss berkata...

Kakcik: hu hu hu terkang2 zaman kecik2 dulu...selalu nampak taik kambing, skrg ni...nak jumpa kambing pun susah ;)

anyss berkata...

Kak Zakie: Lamanya nak kena tunggu bentang lagi tahun depan ;)

anyss berkata...

Ayu: Nasib baik pakai tudung ;)

Cetusan berkata...

bonus sampai sampai,,

Cetusan berkata...

Kite bujang buleh rm 250 jer

eelobor berkata...

skrip sama setiap akan akan sentiasa berulang.....

mak encik | SZ berkata...

hihihihi...
pandai anysss buat "ulasan bajet" ...

saya dapat lah tang bajet untuk anak sekolah rm100 tu ... ngan voucher buku..heee

NM02 berkata...

alhamdulillah, biar tak banyak janji ada...kan...

ReM berkata...

Seronok dapat duit bajet. Kalau boleh setiap tahun dapat.

pena rozie berkata...

Senyum jer la....