Memaparkan catatan dengan label kenaikan harga barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenaikan harga barang. Papar semua catatan

Sabtu, 14 September 2013

Bajet 2014 dan Kata Menteri Belanjawan


Bajet 2014 dibentangkan bulan depan. Semua orang dok teruja tunggu apa bakal berlaku. Mana arah tuju dan langkah kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi serta ekonomi negara.

Ikut kata menteri memanglah mereka kata bajet 2014 nanti bakal menekankan bantuan bukan berbentuk pemberian wang tunai untuk meringankan beban golongan menengah bawah. Kononnya sekarangnya RM24 bilion subsidi bahan api ditanggung kerajaan hanya dinikmati golongan kaya dan menengah atas. Golongan marhaen macam aku ni dok melongo je tengok keselesaan hidup orang lain. Itu yang kena jual kerepek raya tu…nak kaver mana yang tak cukup terutama KEREPEK musim perayaan. Paling tidak, dapatlah juga kami beraya dengan kerepek.

Dikatakan pemilikan rumah khususnya rumah mampu milik, penyediaan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak serta ekonomi inovasi dan kreativiti sebagai pelaburan masa depan, turut diberi perhatian dalam bajet belanjawan 2014.

Bila petrol dan diesel naik 20 sen, mencanak pulak nilai hartanah seperti rumah naik. Nampak macam kecil je 10-15 peratus tu, tapi untuk rakyat marhaen macam aku, meleleh je la air liur nak beli sekangkang dua tanah buat kebun tanam serai halia bagai. Nak beli rumah mewah semi D atau bangle, apalagi istana, memang tak payah mimpi melainkan pergi ngorat lelaki kaya tak ada waris…ada sesiapa tak kat sini? Sila lapor diri ya…daku nak ngorat. Kalau Berjaya, tak perlu fikir lagi apa akan jadi 20 tahun akan datang…. Tak payah dah jual diri!

Aku ni, matematik tambahan pun gagal, apalagi nak analisis ekonomi Negara dan dunia. Tapi, paling tidak aku tahu jugalah beberapa janji yang tak tertunaipun terutama dalam bab penurunan kadar bayaran cukai. Macam mana aku sedar? Sebab aku kira secara manual…aku tak klik klik online yang Nampak macam canggih tu tapi kita tak sedarpun macam mana cara depa kira. Andai kalian kira secara manual, kalian akan tahu betapa tingginya peratus bayaran cukai pendapatan tahunan yang kita kena bayar.

Kalau boleh memang nak Nikmati faedah Bajet 2014 sepenuhnya, namun berikanlah kami yang tak berapa nak ke atas ni tarik nafas sikit. Walaupun ramai kata petrol yang naik 20 sen SAHAJA itu masih mampu didepati dek rakyat marhaen sekalipun, kasihanilah kami dengan bermacam cukai yang kena potong ni. Cukai jalan tu memang sah lah kena bayar. Cukai pendapatan pun bukannya kami nak lari. Namun, kalau makan di KFC pun kena bayar cukai, paling tak boleh blah bila ada cukai perkhidmatan di kedai satey layan diri…layanannya tak seberapa, premisnya taklah bersih mana tapi cukainya tak pernah kurang dari RM3 dengan harga sateynya dah jadi 70 sen secucuk. Aku sebenarnya hidup di German ke Malaysia?

Di German, nak masuk tandas kena bayar RM3.60 (tukaran semasa ketika itu) tak apalah. Tandasnya nak golek baring pun boleh. Alas duduk mangkuk jambannya automatik dibersihkan tiapkali digunakan, siap dengan anti septic segala. Di tempat kita? Harapkan masuk jamban RM2 tapi bau tak payah cakap, siap tersumbat lagi.

Errrr aku tahu, lepas ni akan ada yang kata “pi lah dok German!”

Sejuta tahun dari sekarang pun Malaysia tak akan maju kalau begitulah tahap pemikiran kita. Tapi itulah…nak buat macam mana. Kepimpinan melalui tauladan. Memang suratan takdir Allah taala lah segala apa yang berlaku di langit dan di bumi ini. Petrol dan harga barang melambung naikpun suratan Allah jualah adanya. Maka bersyukurlah kita kerana masih lagi hidup di Negara yang aman walaupun dalam sehari berlaku lima enam kejadian pecah rumah atau ragut di bangi ni.

Cakap banyakpun tak guna, bukan salah takdirpun…salah diri sendiri juga tak mahu jadi ahli politik. Tak nak bertanding pilihanraya dan jadi menteri. Kalau tak, kan mudah!

Kalau aku jadi menteri, entah-entah setiap hari harga petrol dan diesel naik. Sesiapa yang bantah, aku hantar je ke Syiria atau Mesir supaya golongan yang tak setuju ni reti bersyukur. Paling tidak mereka boleh mati syahid menegakkan agama Allah. Ya dak?

Okeh, berangan tak payah bayar! Sebelum lebih panjang lagi aku melalut…baik aku letak tanda TITIK je kat sini. NOKTAH.




Isnin, 1 Oktober 2012

Aku Dah Mula Senyum Panjang Hari Ni...

Terima kasih sangat-sangatlah dengan bajet 2013
Sangat mesra rakyat hingga semua orang tersenyum lebar
Walaupun ramai orang kata Bajet 2013 adalah belanjawan pilihanraya
Dah tentu para pemimpin besar tanahair kita menafikan
Dengan tegas dok kata Bajet ini adalah tanda prihatin mereka;
Yang dah biasa hidup mewah terbang guna Jet Pribadi
Soping di gedung-gedung mewah tengah kota metropolitan dunia.
Takat cekodok jagung dalam tin macam Cik Bintang mampu buat tu
Tak ada dalam senarai mereka
Jadinya, bajet sebegitu adalah bajet untuk rakyat
Rakyat marhaen macam aku ni…

Jadi berbondong-bondonglah rakyat marhaen macam aku ni
Ucapkan juta-juta billion million terima kasih
Dengan bajet yang sangat mesra rakyat itu
Bagaikan sebelum ni aku tak pernah bayar cukai
Ye lah…banyak sangat yang rakyat marhaen macam aku ni dapat
Dalam bajet tahun depan tu termasuklah bonus tahunan
Yang dah bagi tu pun kira samalah walaupun baginya pada tahun 2012
Nak bagi rakyat marhaen macam aku ni sedar diri dan buka mata
Betapa prihatinnya pemimpin mereka selama ni

Tambah prihatin lagi bila ada BR1M yang ayah tua aku
Nun di kampong negeri paling miskin sana dengan tergigil-gigil bertongkat
Beratur nak dapatkan RM500 tu…lalu tersengih-sengihlah ayah tua aku tu
Kena temuramah di TV dengan gembira sebab muka masuk TV
Manakala adik bujang aku yang belum kahwin tu pun
Berlumbalah tekan minyak kapcai buruk dia isi borang
Untuk dapatkan RM250 walaupun duit banyak tu dia tak mampupun
Nak beli telefon 3G untuk dapatkan rebet RM200 tu
Aku yang tak mampu pakai telefon 3G, memang tak akan dapat rebat tu
Lalu makin papa kedanalah aku ketinggalan teknologi 3G
Yang jadi kebanggaan dunia itu

Pagi tadi, senyum aku jadi makin lebar
Pertama kali sarapan aku seorang harganya hamper RM10
Terima kasihlah…dah cakap pun supaya kurangkan gula
manis memang kurang tapi harga tak kurang!


Khamis, 28 Julai 2011

Apa Boleh Dibeli dengan RM10 Hari Ini



Ini kisah hari Selasa lepas
hari pasar malam di negeri Bandar Baru Bangi ni
disebabkan belum sarapan
walaupun dah jam 5 petang
(kalaulah niat puasa kan elok!)
aku menapak juga ke pasar malam
berbekalkan RM10

nekad dalam hati
hanya sejumlah ini sahaja akan dibelanjakan
untuk hari ini. Nekad!
dan juga beli barang basah beberapa hari
sebelum puasa
Dapat tak?

Boleh ke bawa RM10 ke pasar malam
dan berangan nak beli macam-macam keperluan
hingga seminggu?
macamlah tak tahu harga petrol dah naik
letrikpun dah naik , melompat-lompat bil rumah aku bulan lepas
harga barangan dapur juga dah naik
hanya hujan sahaja malas nak turun
lalunya, masih lagi berangan?

Ok, kita tengok siapa yang KENAAAAAAAA!

mula-mula tawaf pasar malam
nak beli makanan tapi tak tau nak beli apa
singgah di gerai nasi kerabu
ramai orang kerumun
nampak macam sedap
terliur benar tengok solok lada dan daging bakar
bila nampak lalatpun turut kerumun
tak jadi beli
Ampun! aku memang cerewet!

singgah gerai jual mehun sup
adik tu buat-buat tak nampak aje
maklumlah muka memang nampak macam makcik klener
yang tak ada duit...memang tak adapun, bajet RM10 je hari ni
tak jadi beli
terus ke bahagian barang basah
nampak rambutan segar dan elok
RM6 untuk dua kilo
tak cukup nak beli benda lain pulak
rambutan tidak mengenyangkan
lagi tambah dugal isi perut adalah
dah lah belum makan apa-apa lagi hari ini
kecuali air kosong

intai-intai sayur
paling murah 50 sen
itupun dua batang sawi je pun
ambil je lah seikat
cukup kot untuk 3 hari
ambil juga cili padi, tak sedap kalau tak ada rasa pedas
dah seringgit untuk satu piring
kemudian singgah tempat jual ayam
ambil suku ekor ayam yang kecil dah Rm3.90
(entah ayam entah burung gamaknya!)

sambil balik, singgah gerai mehun sup lain pulak
yang tak ada lalat
melayang RM3.50 untuk sebungkus
bila makan baliknya
masih ada ruang longgar boleh diisi lagi dalam perut
kira punya kira
masih berbaki RM1.10
persoalannya: dengan dua batang sawi
dan suku ekor anak ayam itu
berapa kali boleh aku masak untuk isi tembolok?

Mmmmm kena puasa Rejab sebelum Ramadhanlah nampak gayanya kan!
Itulah aku
yang berjaya belanjakan bawah RM10 di pasar malam
paling berprestej di dunia
Salam 1Malaysia!
Errrr bajet 2012 nanti, gaji aku naik tak?
tak pun, boleh dapat bonus dua bulan gaji tak?
Isssshhhh! sampai bila aku nak makan behun kicap je ni!

Rabu, 29 Jun 2011

Undur Ke Zaman Batu Semula

Kepada Peminat Unggas,
kenaikan harga ayam hingga RM1 sekilo memang tak masuk akal
Beberapa hari lepas, ikan naik harga,
sekarang ayam pula.
Sayur macam mana? Bila nak naik harga?

Akhirnya, makan nasi berlaukkan kicap kipas udang je lah jawabnya.
Ye tak?
Kalau kicap kipas udang naik harga, macam mana?
Nasib baik aku yang marhain ni suka makan mehun la la la
Mehun kicap ajelah jawabnya
Tak ada sayur
Tak ada udang atau sotong (kolesterol!)
Tak ada unggas (ayam)
Hanya urat mehun dan kicap

Sebentar tadi borak-borak, ngumpat dan gossip dengan sorang kawan
dia berkerja, ada perniagaan kedai makan dan
Guna kereta Honda
baru sahaja berhentikan maid
Dan potong talian ASTRO
Nak jimatkan kos hidup
Bil letrik mencanak dua kali ganda
Mmmmm bil letrik rumah aku belum jumpa cari
Mana hilang tah, atau ada orang baik hati tolong bayar?

Tetiba aku rasa macam
Nak hidup zaman batu semula
Tak payah ada TV dan computer
Tak perlu benderang dalam lampu guna aje pelita minyak tanah
Tak payah bersusah payah cari line streamyx
Tak juga payah berFB atau blog
Under ke zaman silamlah pulak!

Mmmmm belanjawan 2012 nanti
penjawat awam ada bonus dua bulan tak?
gaji naik tak?
hutang makin bertempek ni
barang makin mahal


PssssT: aku suka sangat-sangat kalau barang naik harga, baru nampak gaya hidup ada kelassssss. Adalah peluang untuk aku jadi warganegara berjenama sebab guna barang mewah. Kan ke barang mewah tu mahal harganya, macam beg gucci ka...kereta celica ka...sikit hari lagi ayam dah jadi barang mewah tu...aku suka! aku suka!