Kematian Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29,
di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya,
malam kelmarin telah diklasifikasikan mati mengejut oleh pihak polis
ditemui tak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah,
yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota
di dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam
ketika bersiap untuk berbuka puasa.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat,
lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.
Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan
dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB)
sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati
tidak ada unsur jenayah dan Polis sudah merakam percakapan
dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran.
Menurut jiran, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam,
menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
Mungkin berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan
Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun
[ada akhbar kata anak lelakinya berusia tiga tahun, mana yang betul?]
dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir
yang sempat dicatat mangsa sebelum ditemui meninggal dunia
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian
tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau
menghubungi Rakan Cop Polis Selangor,
talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.
TERKINI:
Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher
mangsa & lebam di tubuh.
kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan, kerana membunuhmaklumat lanjut boleh baca di
blog Maziduldan blog En. Hazrey
pihak polis mengesahkan bahawa kematian mangsa akibat dijerut,
bukannya menggantung diri...
bukannya menggantung diri...
kepada anda yang terlalu lancang menyebarkan komen dan buat fitnah kering
anda lebih tahu dari daku apa yang perlu dilakukan...
semoga Ramadhan memberi rahmat kepada kalian
semoga Ramadhan memberi rahmat kepada kalian
Komen aku:
Pagi ni banyak benar komen-komen dan pendapat hakim tak bertauliah
tentang kes ni, macam-macam spekulasi juga ditimbulkan
tak kiralah apapun sebab, punca atau kejadian sebaliknya
pada bulan Ramadhan yang mulia ni,
ada baiknya kita tidak panjangkan lagi dengan pelbagai spekulasi.
semuanya dah jadi, kita dah tak boleh ubah apa-apa, namun
kita masih lagi boleh ubah agar tidak terjerumus ke arah
menghukum orang lain sedangkan apa yang kita nyatakan itu
kita sendiripun tidak tahu apa sebenarnya.
kita juga tak mampu nak tentukan diri sendiri sama ada ke syurga
atau sebaliknya, jadi sudah tentu kita juga tidak tahu
bagaimana penyudahnya arwah ini di sisiNya.
sesungguhnya rahsia Allah hanya Dia yang tahu
dan Dia jugalah paling tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Entri ini lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri,
sekiranya beri kalian pengajaran, Alhamdulillah.
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.
14 ulasan:
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui....
Eelobor: Logik akal kita tak mampu mentafsir sekian banyak rahsia Allah...
Apapun penyebabnya - hanyalah sekadar penyebab. Yang pasti, masanya untuk kembali sudah tiba.
Semoga rohnya tenteram di sana.
kakcik: DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali...
rahsia Allah dimana dan bagaimana cara kita akan mati.. semoga roh aruah ditempatkan bersama orang soleh.
Anaa: Selamat datang, selamat jalani ibadah puasa. Aminnn! semoga rohnya dicucuri rahmat
Kita doakan agar roh arwah ditempatkan bersama2orang2 mukminin..
Salah atau tidak, akhir nanti akan ktia ketahui..
Die mmg mati mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling..aku dgr cter from penduduk damansara damai.
salam..
takziah buat keluarga arwah
moga rohnya bersama org2 yg beriman
Nur: selamat datang...selamat berpuasa. Aminn. doakan yang terbaik. andai mahkamah manusia terlepas, mahkamah Allah akan terbela dan sempurna.
salam..
moga rohnya dicucuri rahnat
ShatiQ: selamat datang, selamat berpuasa.
Masih dalam siasatan, kita tunggu apa keputusannya.
walaupun penduduk setempat lihat jasad tergantung, tetapi mereka tak nampak apa berlaku sebelum "tergantung di kipas" itu. Ada baiknya kita serahkan dan tunggu siasatan pihak berkuasa.
Maiyah: selamat berpuasa kak.
semoga rohnya dicucuri rahmat. aminnn.
salam kenal..
kesiannya.. hidup berumah tangga ni mmg banyak perlu sabar kan..
Catat Ulasan