Isnin, 9 Julai 2012

Rumah Ahli Korporat Dihujani Tembakan


Antara amukan suami isteri di Putrajaya dengan pedang samurai
yang berakhir dengan tembakan, cedera dan kematian
dan hujan peluru di rumah seorang ahli korporat
kepala jadi pening sekejab…macam mabuk neskepe ais pulak!

Polis telah temui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm
di rumah seorang ahli korporat akibat tembakan rambang suspek bertopeng
melepaskan tembakan secara rawak dalam kejadian di Subang Jaya SS19
kira-kira jam 4.45 pagi.
ahli korporat itu bersama keluarganya, dua orang tetamu
dan tiga pekerja sedang tidur.

Siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV),
seorang suspek bertopeng dilihat melepaskan tembakan rawak
mengakibatkan kerosakan dua buah kereta mewah dan
kesan tembakan pada dinding, tingkap rumah pula telah pecah.

Pengawal keselamatan bertugas di rumah mangsa menyangka
bunyi tembakan itu adalah bunyi mercun sebelum menyedari
itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis

Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat
mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971.

Komen aku: semenjak dua menjak ni aku rasa sangat tak selamat
risau kalau-kalau kejadian sebegini perlu aku depani
walaupun aku tak punya rumah mewah, kereta mewah atau
tak pernah hidup mewah…


2 ulasan:

eelobor berkata...

Insya Allah.... sentiasa berdoa mohon perlindungan daripada-Nya

Unknown berkata...

memang ganasss...

subhanallah..
ayu perhatikan, baca akhbar.. kek amukan.. smpai 2 kes.

belum lagi kes eksiden lori, muka surat berikutnya pun sama..

moga dijauhkan...