Khamis, 5 Julai 2012

Uncle Seekers direman 4 hari


Sebelum ni 30 individu membuat laporan polis berhubung penulisannya
yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor
padahal sebelum tu terdapat lebih 60 entri di blognya
uncle seekers menulis tentang kerabat, Tengku Mahkota dan Sultan Johor
mungkin orang tak sedar kot masa tu
aku pun pernah lepak juga di blog dia, saje nak tengok trafik blog
kalau pergi blog orang lain, glamer macam manapun
tak lah setiap saat ada orang masuk
tapi kat blog dia ni...pergerakan masuk visitor tak berhenti
macam gerakan jarum saat pada jam...kagum gilerrr!

malam semalam, uncle seekers dan teman wanitanya
dah ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya
jam 9.45 malam di Tol Senawang, Negeri Sembilan
untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Polis dah dapat perintah tahanan reman empat hari
pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas 
bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel
dalam blognya yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.
perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah
blog uncleseekers.blogspot.com itu
dibacakan Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret di Johor Bahru

sebelum ni blogger uncle seekers pernah menimbulkan kontroversi
bila menulis tentang bekas permaisuri Agung Siti Aishah,
kemudian memaparkan entri-entri berkaitan tafsir mimpi
yang ada antaranya melibatkan penyanyi nombor satu negara
Datuk Siti Nurhaliza


4 ulasan:

eelobor berkata...

ambo follow crito dio gitu2 jah uncle nih.... tok berapo minat lah mano nga dio...

anyss berkata...

Eelobor: sama jugak...sekali skala je baca, itupun bila ada isu. tak de aura positif kat situ, karang ion2 positif dlm minda berkurang, hati jadi tak bersemangat pula ;)

Unknown berkata...

glem ya blog dia?
tadi layan tv9, berita jam 7.30mlm..
nampak aweks dia cunnn, putih.. heheh

anyss berkata...

Ayu: Tak de maknanya glem dengan cara gitu hu hu hu cer lah baca...orang Johor patut baca kot. ore kelate tak payah la baca hu hu hu