Isnin, 2 Julai 2012

Banjir Kilat Di Bandaraya George Town, Penang


Petang tadi aku cadang nak pergi Pesta Floria yang berlangsung
di Putrajaya sejak Sabtu lepas, tapi…langit nampak gelap
kalau pergi juga pun, mesti tak cantik gambar-gambar
jadi aku tunda je niat tu…hujan akhirnya turun
tapi hanya 5 titik je timpa bumbung rumah

Rupanya, hujan lebat berterusan lebih 2 jam sejak pukul 12 tengah hari
turun di Penang, bukan di Bangi…akibatnya,
beberapa batang jalan utama di George Town terputus akibat banjir kilat.
antaranya Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Logan,
Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.
sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.5 meter tetapi
tiada penduduk dipindahkan,
ratusan kenderaan pula terperangkap dalam kesesakan selama hampir 4 jam.

seorang wanita cacat anggota terperangkap di dalam kediamannya
dalam kejadian jam 1.44 tengah hari itu, air naik sehingga ke paras dada
anggota bomba terpaksa memecah masuk pintu rumah wanita
berusia 40 tahun untuk mengeluarkannya tanpa mengalami kecederaan.
Dia ditumpangkan di rumah jirannya sehingga air surut.

Rumah seorang penduduk di Jalan P Ramlee, Lee Eng Hong, 60, pula
mengalami kerosakan apabila banjir kilat itu turut membawa lumpur.
dia tidak sempat menyelamatkan kereta serta motosikalnya
kerana banjir berlaku dengan cepat dan memasuki rumahnya.


2 ulasan:

eelobor berkata...

pesta kat putrajaya tu sampai bila yer akak?

anyss berkata...

Eelobor: Ahad ni hari akhir. Nak pergi hari keja, baru senang nak lompat2 amik gambar n x ramai orang...