Sabtu, 14 Julai 2012

Maher Zain Dah Jadi Pelakon???


Persona Insya Allah buatkan Maher zain terima tawaran jadi pelakon
Jadi pelakon dalam satu sinetron InsyaAllah 40 episod
Bakal ditayangkan sempena bulan Ramadan di tiga saluran serentak
iaitu SCTV (Indonesia), Astro Oasis dan Mustika HD (Malaysia)
selain boleh ditonton oleh pelanggan Astro di Brunei.

Insya Allah merupakan kisah perjalanan Maher Zain
bertemu sahabatnya, Fadly vokalis kumpulan Padi
[pertama kali berlakon setelah 16 tahun bergelar penyanyi]
di Indonesia dan dalam kembara tersebut,
dia berhadapan dengan pelbagai kisah kehidupan.

Maher Zain penyanyi kelahiran Lebanon berkerakyatan Sweden itu
bergelar pelakon buat pertama kali dalam hidupnya
Maher Zain satu-satunya orang asing dalam produksi tersebut
SETIAP episod sinetron Insya Allah merupakan kisah kehidupan berbeza
dan tidak disambung pada episod seterusnya
yang aku sangat teruja sebab nak tengok lokasi di Anyer
yang mengambil masa empat jam untuk sampai dari Jakarta
dengan dua jam terakhir perjalanan itu perlu meredah
jalan separuh siap dan berlubang teruk.
tapi…kawasan tu adalah pantai yang indah…
ingat lagi lagu Ratu Jazz Sheila Majid “Antara Anyer dan Jakarta”
Fuhhhhh! Itu yang buat lebih teruja sebenarnya!





4 ulasan:

zaty luvlianncez berkata...

kalo btol wajib tonton nie :)

eelobor berkata...

tok berapo nok mahir lah mano lagi nih

anyss berkata...

Zaty: Selamat datang...dakupun teruja nak tonton tapi waktu siarannya petang. sempat ke tidak tah nak nengok musim puasa mcm tu ;)

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu x mahir pong tak po benda ni ;)