Ahad, 22 Julai 2012

Kedutaan Ditutup, Pelajar Diarah Pulang Dari Syria


Kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria
dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan
yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.

Kedutaan Malaysia di Syria ditutup serta merta manakala
penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air
atas faktor keselamatan berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria akan dimulakan segera
bagi elak kejadian tak diingini
Pemindahan diselaraskan Kementerian Luar Malaysia dan
Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Duta Besar Malaysia dan 4 orang pegawai kedutaan akan turut pulang
buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar diselesaikan.

Terdapat 138 rakyat Malaysia; terdiri daripada 128 pelajar
dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia
dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian telah membuka Bilik Operasi
orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570
untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahanpelajar di syiria

PsssT: baik juga mereka diangkut bawak balik dari Syiria,
Keselamatan diutamakan, nyawa tak ada harga…
sambil tu bolehlah berpuasa berhari raya bersama keluarga
kita doakan semua mereka selamat kat sana
doakan juga pergolakan di selatan Thai mereda
dan saudara kita di sana menjalani ibadah puasa
dengan lebih tenang





2 ulasan:

!eNa PnG berkata...

Mudah-mudahan balik dengan selamat semua warga Malaysia di sana termasuk sepupu saya...

anyss berkata...

Ena PnG: alhamdulillah, sebahagiannya dah sampai...moga2 yang lain juga akan sampai dlm masa terdekat.

Entah apalah nasib 7 orang yang tak mahu balik tu...kenapalah singkat sangat mereka berfikir. Nyawa mahal harganya, tapi...kita tak berada dalam situasi mereka...