Rabu, 4 Julai 2012

Malaysia Gagal, tapi Kelantan Menang


Walaupun Malaysia gagal ke pusingan akhir Piala AFC B-22
bila kalah dengan Myanmar 1-2 dalam perlawanan terakhir
pusingan kelayakan Kumpulan G di Stadium Thuwunna, Yangoon
jadikan Korea Selatan dan Myanmar layak secara automatik ke pusingan akhir,
tapi aku hepi je bila KELANTAN mengekalkan kedudukan pendahulu
Liga Super walaupun menang tipis 3-2 dengan Negeri Sembilan
di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam tadi.
Mohd Azlan Ismail menjaringkan gol pertama Kelantan minit ke-46,



Mohammed Ghaddar Mahmoud minit ke-63 dan



Indra Putra Mahayuddin mengukuhkan kedudukan lima minit kemudian.



Terengganu mengalahkan Kuala Lumpur 2-1
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu walaupun
minggu lepas kalah dengan Kedah 1-2
Johor FC mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah melalui jaringan
Mohd Syazwan Zainon dan sepakan penalti Mohd Haris Safwan Mohd Kamal
manakala gol tunggal Sabah menerusi Shahrudin Yakup pada minit ke-36.

Selangor seri 1-1 dengan Kedah, Perak tewas 1-2 kepada PKNS Selangor
manakala T-Team kalahkan Sarawak 1-0
mmmmm dah hujanlah kat luar, nak tarik selimut dulu ya
esok nak jadi awek bunga pulak la la la

2 ulasan:

eelobor berkata...

huhuhu....kaloh ambo trik nih!!!!

anyss berkata...

Eelobor: guano gamok tuh?