Keputusan peperiksaan STPM dah diumumkan. Tak lama lagi SPM pulak. Adik-adik kita ramai yang kalut mencari peluang melanjutkan pelajaran ke aras yang lebih tinggi. Baguslah kalau macam tu, nak jadi Negara maju rakyatnya perlu tingkatkan taraf pendidikan.
Macam-macam yang adik-adik dan anak-anak kita itu boleh rangcangkan dalam hidup ni. Macam kita dulu juga. Terkial-kial cari maklumat. Untungnya zaman sekarang, maklumat berada di hujung jari. Tempat belajar juga kian bertambah. Pilihan utama memang nak masuk universiti, terutama IPTA. Kalau tak dapat, akan ke IPTS dengan tajaan PTPTN juga. Tak dapat lagi, berduyun terjah masuk kolej.
Ada juga memang pilih IPTS terutama bagi kursus-kursus tertentu yang tidak begitu popular di IPTA. Ada juga yang mengejar tempat nak belajar. Sudah setkan dalam kepala nak masuk IPTS tertentu kerana reputasinya.
Nak pilih tempat sambung belajarpun dah pening kepala. Nampak sangat banyak pilihan kan? Sampai tak tahu mana satu nak pilih. Kalau zaman dulu tu…memang tak banyak pilihan sangat. Habis STPM, habis selekeh minta Maktab Perguruan atau universiti (Iklan untuk memohon Kursus lepasan Sijil Perguruan (KPLSPM ) pun dah keluar. Kepada adik-adik yang berminat nak jadi cikgu, jangan buang masa lagi).
Dulu mana ada IPTS. Sesiapa yang masuk maktab perguruan atau universiti, kira macam “menjadi calon paling hot untuk jadi menantu”. Semua orang sengih macam iklan ubat gigi bila jumpa, mana tau tetiba sangkut boleh jadi menantu. Sekarang ni, boleh aje ke IPTS, kolej-kolej yang buat attachment program dengan universiti luar Negara, malah…ada yang terbang terus ke luar Negara. Ada juga kolej komuniti.
Mengejar kecemerlangan bukan hanya di IPTA atau IPTS sahaja. Dengan situasi semasa kini, pengangguran agak tinggi dikalangan siswazah lepasan IPT, ramai adik-adik mula beralih arah kepada pendidikan bersifat kemahiran. Bidang kejururawatan, teknikal, tukang masak, seni, design dan sebagainya menjadi pilihan. Benda-benda bersifat kemahiran seperti ini sangat berharga dan sukar untuk diperolehi kecuali dengan latihan yang berterusan. Jadi, peluang untuk mendapat kerja yang terbaik memang sangat cerah. Sangat tinggi. Tak semestinya keluar universiti baru jamin masa depan.
Pilihlah apa yang sesuai dengan diri sendiri. Buatlah pilihan yang terbaik; baik untuk diri, baik untuk kerja nanti, kemudian menyukai apa yang nak dibuat itu. Pada masa yang sama, kena juga tengok keputusan peperiksaan. Gabungkan semua sekali. Harapnya nanti, bila dah tamat belajar dan dapat kerja, semuanya dilakukan dengan ikhlas. Ingat, kerja juga satu ibadah. Kalau kita tak suka kerja kita, macam mana kerja itu boleh menjadi sebahagian daripada ibadah kita (Errrrr macam berleter pulak hu hu hu)
Masa masih panjang. Kepada adik-adik yang dah dapat keputusan peperiksaan seperti STPM dan dah isi borang permohonan ke mana-mana IPT, semester baru bagi sesi 2011/2012 hanya bermula pada awal bulan September 2011. Pastikan isi masa yang panjang ini dengan perkara yang dapat membantu dan memudahkan kelancaran pembelajaran bila dah daftar di IPT nanti. Jika tidak mahir IT dan komputer, masa inilah sesuai untuk pelajari beberapa program asas komputer seperti power point, excel, words, spss, meningkatkan kemahiran mencari maklumat, kecekapan menaip dan sebagainya.
Juga usah lupa untuk mengikuti kursus Bahasa Inggeris kerana dasar universiti pada masa akan datang akan menambah bilangan kredit untuk subjek Bahasa Inggeris. Belum terlambat lagi untuk mengasah bakat dan kemahiran berkenaan. Nanti, bila dah mula belajar di universiti, adik-adik juga yang senang.
Bila dah dapat masuk universiti nanti, belajarlah rajin-rajin. Usah bazirkan peluang yang ada. Ingat juga betapa ramainya rakan-rakan yang lain tak dapat masuk universiti walaupun mereka sangat teringin. Kita yang bertuah dan beruntung ini perlu lakukan apa yang terbaik buat diri bermula dari sekarang. Kalau dah nyawa-nyawa ikan baru insaf dan belajar dengan rajin semula, ada masa keinsafan itu tidak beri apa-apa makna kalau dah kena tendang dari universiti.
2 ulasan:
adik2 yg tgh tercari2 arah lepas spm and stpm mmg sesuai sgt baca entri ni! sangat bagus. :)
Huhuhu..
Dah lama tinggalkan alam persekolahan ni.. Ngee :)
Serius, zaman lepas spm ke stpm ke, dua2 saya tak tahu nak buat ape..
Entry Terbaru : Rahsia Tentang Tidur Yang Perlu Anda Tahu
Catat Ulasan