Waaaaa soalan suku tahun 2011. Tahun lepas dah bayar zakat pendapatan ke? Sekarang ni masing-masing nak isi borang cukai pendapatan. Ada yang kelam kabut cari dan selongkar semula gudang-gudang lama, gerobok dan peti rahsia yang menyimpan segala jenis resit untuk dilampirkan (sila simpan untuk rujukan ya) dalam borang cukai pendapatan.
Aku dah terima penyata cukai untuk tahun lepas. Taklah banyak…maklumlah, pendapatanpun tak sampai empat belas juta, jadi zakat pendapatanpun sen sen ajelah. Yang boleh tolak dari bayaran cukai pendapatan pun sen-sen jugaklah.
Ingatnya nak tambah jumlah zakat pendapatan yang akan dipotong setiap bulan. Walaupun gaji aku tak naik banyak sebab TAK PERNAH cemerlang pun, paling tidak naik juga seposen dua. Jadinya, zakatpun kenalah naik juga.
Bila belek-belek borang kecil yang disertakan bersama penyata zakat tahun lepas, aku ternampak sesuatu yang pelik tertulis dengan huruf dalam saiz yang agak besar juga (Cuma huruf je kecik, kalau guna huruf besar, jenuh sakit mata nak baca). Jom kita tengok apa ke bendanya yang besar sangat tu…
Haaaaaaa Nampak tak? Nampak tak? Tulis besar macam tu pun masih tak Nampak, kena pergi tambah POWER speklah tu (peril diri sendiri sebenarnya).
Faham tak apa maknanya tu? Aku ambik masa berminggu-minggu jugalah untuk faham. Maklumlah, dulu sekolah atap je (bukan pondok), jadi bahasa tahap tinggi nip ayah sikit nak faham. Penat dok fikir sampai urat saraf dalam kepala aku dan mengembang dan menguncup sesuka hati dia je, aku pun dail je pusat khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor 03-55227777. Comel je kan nombor dia ni.
Kagum betul aku dengan kecekapan pihak khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor (LZS), dua kali dering je mesin betina terus jawab “Terima kasih kerana menghubungi khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor. Anda akan dilayan sebentar lagi”.
Aku ingatkan macam telefon satu syarikat penerbangan tu…perlu tunggu satu jam sebelum manusia berkomunikasi dengan aku. Rupanya, tak sempat nada dering ke tiga, talian sudah diangkat dan aku terus dilayan. Layanan VVIP lagi tu…
Menurut pegawai yang bertugas di pusat khidmat pelanggan Lembaga Zakat Selangor tu, “sesiapa yang membuat potongan gaji atau bayaran zakat melebihi daripada jumlah sepatutnya kerana mahukan rebat untuk bayaran cukai tahunan daripada Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) atau dalam bahasa mudahnya tidak mahu membayar PCB cukai, mereka tidak boleh menuntut dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana terlebih bayar jumlah zakat berkenaan” Errrr berbelit tak ayat tu?
Sebenarnya, pegawai tu memang dah terangkan kepada aku dengan penuh beria-ria sekali supaya aku faham, tetapi…otak aku ni tak tepu kot bab ni, sampai sekarang masih lagi tak faham dan kelabu asap. Walau macam manapun, apa yang dimaksudkan dengan perkara di atas ini adalah;
Aku akan terangkan dalam bentuk contoh ya rakan-rakan…errrr bolehlah gitu ek. Contohnya gini;
1. Aku bayar zakat pendapatan RM100 padahal sebenarnya zakat aku tu hanya RM50 je. Sebab tak mahu bayar PCB cukai, akupun bayarlah RM100. Kononnya, baik bantu orang Islam berbanding bayar cukai.
2. Bila LHDN kira semula semua cukai (termasuk bonus, pendapatan sampingan dan sebagainya…er kita biasanya lupa kan nak letak terima bonus ke apa dalam borang cukai tu), didapati aku masih lagi berhutang dengan LHDN RM200 contohnya.
3. LHDN akan cari aku dan mintak balik RM200 tu…masa ni aku pun ngelatlah tak nak bayar. Jadi, aku akan kata yang sebenarnya aku dah bayar lebih tang zakat tu. Aku pun suruh LHDN pergi mintak dengan LZS untuk baki lebihan zakat berkenaan. (Errrr…boleh ke gitu? Tak tahulah pulak aku boleh dibuat benda-benda begini sebab setahu aku, kan dah ada penyata dari LZS, semua tu kan isi dalam borang cukai. Bahagian ni sebenarnya aku tak faham, iaitu bagaimana orang boleh pergi klaim semula dengan LZS dengan alasan “dulu sengaja potong lebih nak ngelakkan rebat”).
Itulah ceritanya. Menurut Pusat khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor yang aku temubual dua hari lepas, ramai dikalangan umat Islam di Negara kita buat macam tu. Itu yang mereka mendapatkan pandangan mufti tentang hal ini.
Jadinya, kepada rakan-rakan yang pernah ngelat cukai dengan cara ni, nasihat aku: gunalah cara lain nak ngelatpun. Sebenarnya banyak bahagian dalam cukai pendapatan tahunan kita tu boleh ngelat. Tau tang mana? Nanti aku buat entri baru hu hu hu
Apa yang aku boleh simpulkan kat sini adalah: Pusat Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor Memang No 1. Siapa kata perkhidmatan jabatan perkhidmatan awam di Malaysia teruk sampai tahao zero? Ini contoh yang terbilangnya. Syabas LZS! Keduanya, berzakat itu bersihkan pendapatan kita. Dari duit gaji itulah kita sumbat mulut sendiri sampai buncit, mulut anak isteri, ibu bapa, adik beradik…malah peminta sedekah yang kita jumpa di stesyen LRT dua tiga bulan atau dua tiga tahun lepas. Kalau itu fungsinya, nak ngelat tak? Nak tak? Haaaaaa sila jawab sendiri…
3 ulasan:
Faham faham.. Dan setakat ini gaji saya tak dikenakan cukai pun.. Hahaha..
Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan
gaji kecik jer tak kena cukai pendapatan pun ngn LHDN... hihihi
saya faham..hehe..yang kelakar ialah orang yang bayar lebih semata-mata nak mintak rebet dari zakat..
bukan ke zakat tu rukun islam..yakni kita melakukannya kerana suruhan allah.mintak rebet zakat ibarat meminta semula allah memulangkan wang yang telah kita niatkan lillahitaala.
lainlah cukai..itu undang2 buatan manusia...
Catat Ulasan