Khamis, 31 Mac 2011

Mengejar Biri-Biri Gemok Di Lereng Gunung

Mek kata aku suka berangan. Memangpun aku suka berangan. Sejak kecil pun aku suka berangan dan hidup dalam khayalan sendiri. Angan-angan yang tersemat sejak kecil hingga kini masih belum terlaksana sepenuhnya. Entah bila akan tercapai.

Aku mengangankan;

Berada di kawasan pergunungan yang menghijau lereng gunungnya. Ada sekumpulan biri-biri puteh gemok yang sedang meragut rumput. Dan aku akan lari-lari ganggu biri-biri makan rumput sambil kutip bunga-bunga rumput. Bayangkanlah keindahannya. Kedinginannya. Nyamannya. Cantiknya. Boleh lari-lari dan golek-golek atas rumput sambil kutip bunga rumput. Dihiasi langit yang membiru pula. Fuhhhhhhhhh!

Ada sesiapa nak ikut aku golek-golek guling tepi gunung. Errr...kenapa Khirtik Roshan belum muncul nyanyi lagu Kaho Na pyar Hai lagi ni?

Oppsss!! Ini hanya angan. Bukan mimpi. Berangan tak payah bayar kan?

10 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Hahahaha.. Sape tak suka berangan kan? Aku pun suka yg amat.. Konon2 nak jadi org yg femes lah, nak jadi kaya lah.. Ngee :)

*Angan2 Mat Jenin kan..

!eNa PnG berkata...

bestkan kalau angan-angan leh jadi kenyataan...

JunAina berkata...

angin2 kekadang menjadi motivasi pada diri kita tapi memang bestlah kalau dapat berangan ni lagi best kalau tiba2 angan2 kita menjadi kenyataan!

salam ukhwah...
terjah dari blog eelobor...

jom jalan2..
http://juneaina.blogspot.com/

ieda berkata...

hahahhah berangan jgn sampai lupe dunia realtiti dik .. ekekek sbb kalau berangan x dpt takut suffer jewww :))

Anaasuria berkata...

haha, memang di alam fantasi sungguh.. memang boleh bayangkan lah.. :)

anyss berkata...

d_Tieah: senang je nak jadi femes...buat sesuatu yang pelek sikit, femeslah. Tengok cikgu shida, tak pepasal masuk TIBI, kuar radio hu hu hu

anyss berkata...

!ena: memanglah best...lagi best kalau jadi realiti

JunAina: selamat datang. Nak berangan sekejab kat sini pun boleh hu hu hu errr separuh dari angan2 tu dah nyata. Hanya tengok je dari jauh...Khirtik pun tak datang nyanyi hu hu hu

anyss berkata...

ieda: berangan untuk meriahkan kehidupan agar lebih ceria. 50% angan2 tu dah tercapai. Cukuplah dulu. Kalau berangan Khirtik yang nyanyi....payah nak jadi nyata, takat tersepak Pasha sanda tu adalah

anyss berkata...

aanas: separuh dah nyata cukuplah. selebihnya kenalah tengok filem hindi hu hu hu

iDAN berkata...

boleh capai anganan itu jika kita berusaha ke arah itu.... tapi janganlah sampai berangan nak peluk bulan... payahlah!