Selasa, 15 Mac 2011

Email penipu mengaku LHDN

Jepun masih lagi tidak henti dengan gempa. Entah berapa kali sehari dengan gegaran yang ada masa kuat, ada masa perlahan. Tsunamai yang membadai negara matahari terbit itu jumaat lalu masih lagi belum hilang kebahnya. Hari ini, loji nuklear di Fukushima telah meletup. Tahap rediasi yang ada di Jepun sudahpun melepasi tahap yang selamat. Jangan main-main dengan radiasi nuklear...ni bukan nak takutkan sesiapa, tapi sendiri sudah takut! 3200 diistiharkan sebagai mangsa korban ini termasuk yang masih hilang.

Berita harian pun dah minta maaf dengan karikatur atromennya yang dianggap memperlekehkan nilai kemanusiaan. Errrr artist u…dah minta maaf ke belum? Artis tu ada keluarkan apa-apa kenyataan media tak? Ada jumpa wartawan melodi tak? Alaaaa kisah sorang artist yang buat lawak tak berapa nak lawak pasal tsunami di Jepun tu…ada tak? Ada dia buat kenyataan kat mana-mana tak yang dia minta maaf? Kat blog ka…kat twitter ka…kat facebook ka…ataupun kotlah dia sms Lisa Surihani ka… Lisa, dia ada twit U tak? (errr…nape aku nak menyibok pasal artis tu, aku sendiripun tak tahu…)

Minggu lepas memang kalut dengan musibah serata dunia. Itu belum kira lagi huru hara yang dicipta manusia sama ada nak mintak DNA ataupun nak mintak ghadafi dan pemimpin dunia lain turun sedekahkan kuasa. Itu kisah dunia yang tersangkutnya hanya secalit dalam kehidupan aku. Ada kesan tetapi kesan itu tersayat di minda yang baru sedikit turunnya ke hati.

Hari ini, tengahari tadi…aku terima satu email yang pernah aku terima tahun lepas. Email dari Lembaga Hasil dalam NegeriLHDN minta bayaran sebanyak Rm700. Fuyoooooooooooooooo Rm700 tuuuuuu…kalau pergi tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa, entah patah lutut aku dok beratur beli tiket nak habiskan banyak tu!

Ini rupanya email yang aku terima tu...siap dengan lambang rasmi LHDN lagi tu!



Dengan gaya ala-ala panda berkungfu gayung patani, terus aku klik kat link diberikan. Bersemangat betul nak bayar rm700 tu…tak sabar nak serahkan jiwa ragaku kepada malaysia nan tercinta ini. Takat rm700 untuk cukai, apalah sangat kan hu hu hu cintaku melebihi nilai RM700 la la la

Cantik tak laman web ni? Teruja tak nak bayar? Cuba perhatikan alamat laman web ni…pelik tak? Memanglah pelik kalau laman web penipu! Pantang betul aku dengan penipu macam ni! Huh! Darah dah naik ke kepala ni…

Bila klik ke link bank rakyat atau cimb di bawah, inilah rupanya;


Kalau masih lagi GEDIX nak tanya tu...ini je dia jawab;


Ini sebenarnya laman web rasmi LHDN. Perhatikan alamat web berkenaan:


Sebenarnya, sebelum aku buat semua aktiviti klik-klik itu, setelah mengesan kepelikan alamat laman web berkenaan, aku terus telefon LHDN bahagian pertanyaan / cadangan / aduan di talian 1-300-88-3010 dan berkomunikasi dengan pegawai bertugas. Menurutnya:


Bermula hari ini lhdn menerima beberapa aduan dan pertanyaan tentang ini dan seorang (pada masa perbualan itu berlangsung) telahpun terpedaya dan kehilangan rm700.
Jadi, rakan-rakan semua…email berkenaan sebenarnya email tipu. Email spam. Email dari perompak. Aku dah hubungi lhdn sendiri dan sahkan dengan mereka tentang perkara ini. Sila jangan terpedaya!

Setengah jam kemudian, aku semak semula laman web tersebut dan semua link yang ada, sudahpun tidak dapat diakses. Tahniah kepada LHDN dengan tindakan yang cepat itu. Moga tak ramai yang terpedaya.

Pesan dari pegawai lhdn tersebut:

“pihak kami tak akan hantar email minta dilakukan bayaran sebegini. Semua urusan rasmi yang dilakukan lhdn adalah melalui surat menyurat, walaupun lambat sedikit tetapi lebih selamat”
Kepada rakan-rakan semua, sila sebarkan hal ini agar lebih ramai orang akan tahu dan tidak terpedaya dengan penipuan cara sebegini.

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Aduhai...tak cukup memabayar cukai secara sah, ada pulak penyangak yang nak dapatkan cukai secara mudah dari orang ramai, ya? :(

Cetusan berkata...

Wayang buat sendiri,lah lah

Tieah Madian berkata...

Tak pernah dapat lagi.. Huhuhu.. Kalo yang dari maybank selalulah..



Entry Terbaru 1 : Isu Ultraman, Power Rangers, Doraemon Dan Tsunami
Entry Terbaru 2: Loji Nuklear Jepun Meletup Dan Pencemaran Radioaktif Berlaku?

anyss berkata...

Kakcik: Itulah...dia kaut dulu dari LHDN

anyss berkata...

Zz: Jommmmmm

anyss berkata...

d_tieh: ramai orang ada email di Malaysia ni...kena tunggu giliran la la la

eelobor berkata...

bagus molek dio, siap talipom sdiri nah kor lhdn. nie baru yolor

ieda berkata...

kasihan dan sedih dgn nasib rakyatr jepun .. skrg nie ancaman nuklear pulak ... huhuh semoga mereka sabar hadapi semua ini ..
hermm LHDN .. ape nie .. sebenarnya sapa yg tipu .. ?? pelik lah

anyss berkata...

eelobor: kena sahkan dulu betul tidaknya baru sebarkan...mana tau kot2 memang LHDN betul yang email, kang dah naya tu...Selagi cerita tak SAH, mana boleh tulis ;)

anyss berkata...

Ieda: Itulah...kesannya kita tetap akan rasa juga sedikit sebanyak terutama dari segi ekonomi. Kesan nuklear tu...benda tak nampak, kita tak tau sangat

Itu email SPAM yang mengaku dari LHDN, mintak bayaran. Sebenarnya email tu tipu je...LHDN tak pernah keluarkan email macam tu. Dah ada yang kena, tak pasal2 hilang RM700

gadisBunga™ berkata...

ramai betul yang nak jadi penyangak profesional zaman sekarang ni...

anyss berkata...

GB: Sangat banyak cara mereka gunakan untuk pedayakan mangsa...