Ada orang rasa nak muntah tak tengok tajuk tu? Hu hu hu ampunkanlah daku ya…aku ambil keputusan untuk tak akan ambik kesah pun dengan semua itu hari ni. Aku nak nikmati keindahan naik bot dengan Ady Putra yang ganteng ni sepenuhnya.
Usah ditanya pulau apa dan mana letaknya, memang rahsia. Nanti ramai pulak paparazzi serbu kami, tak pepasal masuk melodi pulak kena terjah hu hu hu. Bersama kami masa tu adalah tiga orang kanak-kanak pintar, aku pun tak pasti macam mana budak-budak ni boleh interprem dalam aku punya cerita…kacau daun betul. Apa yang pasti cik abang Ady putra ni yang jadi jurukemudi bot, manakala aku pulak kena jadi pembantu dia, sambil kena jaga budak-budak tu. Hish! Memang betul-betul kacau daun…ish! Bepulang aku nak menggedik depan Ady Putra pun dah kurang. Apaaaaa daaaaaaaaaaaaaaa!
Rupa dia yang lagi macho dari ni, tak ada ke?
Hari tu langit membiru dan cantik. Matahari tak terik tapi angin bertiup sepoi sepoi bahasa. Laut jernih dengan warna kehijauannya memang sangat cantik. Nyaman dan indah. Dah pasti, lebih indah bila bersama jejaka ganteng walaupun hanya Ady Putra. Nasib baik Ben Ashaari tak interprem dalam aku punya cerita. Hu hu hu usah muntah dulu ya ;)
Naik bot bersama Ady putra, di tengah laut pula (ada ka bot tengah darat?, bukan macam kapal kat Melaka tu ya ish! Ish! Ish!) memanglah seronok walaupun ada lagi 3 orang budak kat belakang tu dok kacau daun. Rasa macam dah berlakon dalam drama purba pulak…dengan hero pojaaan Malaya. Entah macam mana, tetiba je muncul seorang lanun (huh! Tu yang tak tahan tu…sorang je lanunnya, terlepas kapal ke Somalia kot! Nak nompanglah tu!), bawak senapang klasik macam filem Pirate tu…gaduh sana sini dengan Ady putra, aku jugak yang kena tembak.
Hish! Kena tembak pun tak rasa sakit tu…hebat betul. Apa taknya, bila lanun dah jatuh laut berlawan dengan sang hero, dia datang sebelah aku kemudian kata “You akan okey, jangan risau…I ada dengan you”. Fuyooooo renung matanya yang redup itu merenung macam dia renung Pasha Sandha pulak. Daku terkasima, kekanda!
Masa tu dah malam (wow! Macam lama lah pulak adegan lawan melawan lanun tu…)
Gagah perkasa dia lawan lanun, macam Hang Tuah pulak!
Fulamak! Tak pasal-pasal dalam hati ada taman hu hu hu Oh kekandaku, Ady Putra…jatuh ke laut pun tak apa kiranya begitu bagai dikata (Aku tak tau berenang tau, kalau jatuh memang confirm aku akan ukur berapa meter kedalaman laut tu…timbulnya sehari kemudian hu hu hu). Dah sampai darat, terhendap-hendaplah kami menceroboh pusat PLKN yang entah mana satu, hantar budak-budak tiga orang tu. Mmmm macam seludup masuk ikut pintu belakang.
Bila mereka tu dah berjaya masuk dan sertai ahli lain dalam kem tu (yang lain semuanya besar-besar dah, 3 orang ni je budak sekolah rendah), aku pun nak beredarlah dari situ. Alih-alih, tinggal aku sensorang je. Mana perginya hero Malaya ni? TAdi, bukan main lagi kata nak teman aku? Huh! Tak boleh harap betul!
Kalutlah pulak aku cari dia. Nak panggil kuat-kuat tak boleh, karang orang tahu pulak aku ada situ. Ngendaplah sana sini cari dia, tapi tak ada. Frust betul aku. Macam mana nak balik ni? Kan pulau…aku mana reti bawak bot. Wehhhh luka kena tembak ni macam mana? Siapa pulak nak ubatkan? Hish! Mudah betul lupa janjilah dia ni!
Tengah dok mengomel dengan hati yang bungkam tu…aku dengar bunyi alarm. Huh! Awatnya cepat sangat dah siang ni? Aku cari Ady Putra pun belum jumpa lagi. Kacau betul!
Kenapalah dalam ramai-ramai hero Malaya, Ady Putra jugak yang datang ganggu tidur aku ya? Hu huhu kalau si Ady Putra baca, memang sah dia gelak tergolek-golek sampai masuk laut. Mmmmmm macamlah aku ni peminat nombor satu dia. Itu yang lagi hairan kenapa dia boleh interprem dalam hidup aku. Pelik betul!
Apa-apapun, terima kasihlah kat Ady Putra yang sudi main drama dengan aku dalam mimpi. Dulu arwah Hani Mohsin berenang dengan aku, kali ini Ady Putra pula. Kedua-duanya melibatkan laut dan air. Orang kata, kalau mimpi berkaitan air, sejukkkkk…maknanya, macam ada rezeki nak masuk. Masuklah duhai rezeki banyak-banyak…daku tengah kekempisan poket ni, tapi perut…entah kenapa lambat pulak nak kempis hu hu hu. Agak-agaknya, ada tak peluang aku berlari-lari di gunung harung padang rumput saujana dengan bunga-bunga rumput sedang berkembangan? Perlahan-lahan nyanyi lagu Kaho Na Pyar Rar Hay.
Ini sebenarnya mimpi orang tengah migrin teruk. Nasib baik bila dah bangun, kepala dah ok. Dan hari ni, aku tersenyum sendirian bila kenangkan mimpi singkat tu. Errrr ada sesiapa lagi sudi masuk dalam mimpi aku?
12 ulasan:
Alamakkkk jeles2!!! nak mimpi jugakkk.. ;)
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
aduhh dikkk ko buat akak terkasima .. sungguh2 akak bayangkan , reall wooooo ekekekek
encemm lah dia nie kannn leh tahan .. ada masa2 dia machoo sgt2 .. adehhh penyakit koo dah menyerang akak huhuhuhu
aku nak masuk dalam mimki jugak boleh? nak jadi ikan duyung. hehehh~
aku minat giler jugak dgn adi putra ni!!
kalau Ady baca, tolong jawab, Artis itu masih adakah darah keturunan MULUT BIBIR MERAH heee..
bibir tebal merah??pernah dengar tak cerita ini?..
mandi WAJIb
ngada kau mimpikan kekasih gelap ku...hikhikhik
MokYang nak masuk dalam senarai wanita yang sedang jeles!
Jiji: Hu hu hu hu sila datang dalam mimpi lain kali...nanti boleh masuk entri jugak la la la
Ieda: la la la hu hu hu kalaulah betul berkayuh bersampan macam tu huh! cair hati cewek malaya ek
GB: La la la jadi duyung comey jugak...nyelam-nyelam ke dasar laut
ZZ: sultan muhammad mulut merah saya pernah kaji masa sekolah dulu...salsilah keturunan kerajaan kesultanan kelantan mesti kena tahu...mana tahu kot ada peluang jadi permaisuri teraju negeri kelantan esok lusa...hu hu hu habislah kelantan dapat permaisuri macam ni la la la ---> berangan tak payah bayar ya
Adegan dalam entri ni tidak memerlukan MANDI WAJIB ya...ulang siaran tak payah mandi wajib hu hu hu
Mok Yang: la la la suker ati sesangat mampu buat mok yang jeles...tapi, tak yah jeles kot takat Ady Putra je pun. Kalau jadi permaisuri kelantan tu bolehlah nak jeles ;)
buat contes paling kacak lak..kacak bukan KECAK
ZZ: lelaki KACAK nak ke terima hadiah broach ;)
Catat Ulasan