Sabtu, 27 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Ketiga

Entri ini adalah sambungan entri terdahulu di Pertama: Perantau Balik Beraya. Sesak Itu Indah, Kedua: Acara Qurban Dijalankan Secara Persendirian

Aidiladha juga disambut dengan meriah di Kelantan kerana;

Ketiga: Walaupun Tak Mampu Pergi Haji, Ganti dengan Qurban

Semua orang Islam bercita-cita untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Ada ke yang tak nak? Sila angkat tangan ya kepada sesiapa yang tak mahu pergi ke sana biarpun hanya sedetik.

Walau bagaimanapun (ceeeewah formal bebenor pulak lah ayatnya!) Bukan semua orang ditakdirkan mempunyai keupayaan dari segi kewangan, fizikal dan mental. Macam aku sendirpun, walaupun orang nampak selalu sahaja pergi merata ceruk Malaysia (dunia belum habis ceruk lagi pergi…hanya dua tiga inci sahaja pernah jejak), namun semua itu dengan urusan kerja. Bila namanya pergi sebab kerja, maka perbelanjaannya Kerajaan Malaysia yang tanggung. Hakikat sebenar, aku masih belum layak untuk menunaikan umrah atau haji kerana: masih dikelilingi hutang piutang. Hutang belajar belum bayar, hutang yuran pengajianpun masih tertunda seribu (sahaja) tetapi awal tahun depan akan menjadi dua ribu pula sebab dah mula semester baru, hutang itu hutang ini…kalau ikut perkiraan aku…hingga 2018 baru separuh hutang berjaya aku langsaikan. Itupun setelah membayarnya dengan gigih setiap bulan dengan jumlah yang tetap.

Jadi, bagaimana nak jejak kaki di Tanah Haram itu? Nak jual tanah (macam yang selalu orang kita buat), aku hanya ada beberapa pasu tanah sahaja di depan rumah. Itupun dah tanam bunga. Ada 6 pasu lagi masih kosong belum isi tanah. Buat loan? Berhutang lagi! Layakkah orang yang dikelilingi hutang macam aku ni mengerjakan umrah dan haji?






Bila tak mampu untuk mengerjakan Haji atau Umrah, sebahagian besar daripada kita akan melakukan ibadah Qurban. Banyak hikmahnya. Tinggi nilainya bila dilakukan dengan ikhlas. Janganlah pula jadi ibadah qurban macam dalam cerita Habil dan Qabil pula ya…semua orang memang dah tahukan kisah tu? Jangan kata Habil dan Qabil yang pernah tayang di tv3 tu sudahlah ya! Nak kena luku tu!

Apa yang aku nak ketengahkan di sini adalah, ibadah Qurban yang dilakukan ini BUKANnya GANTI ibadah Haji, iaitu tak payah pergi haji. Maksud aku di sini adalah, kita tak mampu nak pergi Haji setiap tahun, tetapi kita mungkin mampu untuk laksanakan ibadah Qurban ini kerana kosnya tidaklah setinggi nak pergi haji. Karang ada pulak yang kata aku sebarkan ajaran sesat pulak kang…ni bukan ajaran dari Kerajaan Langit ya.





Bila lakukan ibadah Qurban, saat paling syahdu adalah semasa niat, iaitu ketika darah binatang korban tersebut mengalir dan proses jual beli yang berlangsung sebelumnya. Masa melapah, memasak atau makan tu tak rasa apapun. Rasa kenyang je kalau terlebih makan. Kalau zaman aku kecil dahulu, mungkin masa itu ramai yang berpendapatan rendah, sangat seronok bila musim Aidiladha ini. Walaupun kami tidak mampu lakukan ibadah Qurban, atau lakukannya sekali sekala sahaja, namun…mendapat daging pemberian orang lain memang sangat mengujakan. Dapatlah merasa sekali sekala makan daging yang elok sedikit berbanding kalau beli sendiri. Hanya daging-daging yang berkualiti rendah (berurat-urat), lemak (ayah dan abang sangat sukakan lemak berwarna kuning hingga sekarang) dan bahagian yang orang lain tak suka seperti kaki, yang mampu kami rasa.

Apabila lakukan ibadah sebegini, terutama bila ada ahli keluarga terdekat dan jauh pergi mengerjakan Haji pada tahun tersebut, masing-masing akan berlumba-lumba untuk melakukannya. Ada yang buat ibadah Qurban untuk diri sendiri, untuk mak ayah, untuk aqiqah anak, kenduri arwah dan sebagainya. Maklumlah setahun sekali sahaja. Kalau boleh buat ramai-ramai, rasa seronok juga. Sebab itu jadi lebih meriah. Kat Mekah meriah dengan suasana baru, rupa bentuk bangunan baru dah meriah juga dengan orang juta-juta lemon, kat Kelantan meriah pula dengan sembelih lembu.




Di Kelantan, kesedaran untuk lakukan ibadah Qurban ni memang sangat tinggi. Walaupun kerja sendiri seperti buat bendang, menoreh atau berniaga kecil-kecilan, apabila sampai je bab melakukan ibadah Qurban ni, mereka macam tak kesah dan mampu aje. Kalau tengok rumah mereka, ada yang nampak nak roboh. Tak ada kenderaan pun, walau motor buruk (ada lagi ke yang tak ada motor buruk?). Menjual di Pasar Siti Khadijah tu pun kat tepi tangga sahaja. Bawa kelapa dua tiga biji, bunga kantan satu plastik, sayur-sayur kampung…habis sahaja hasil jualan untuk hari itu, mereka akan balik. Tak ada niatpun nak tambah lagi banyak-banyak untuk jadi kaya cepat (ini cerita mak cik aku, seorang janda. Dia berjualan hanya isi masa hariannya dan untuk keperluan harian sahaja. Nampak macam tak ada cita-cita tapi akaun dia lebih tebal dari aku sebab dia ada tanah getah yang orang lain usahakan. Hasil jualannya itu hanya untuk makan hari itu sahaja. Dia kena kerja sebab dah biasa kerja sejak muda)

Kesedaran untuk melakukan ibadah Qurban inilah menjadikan ramai orang di Kelantan menyertai acara ini. Sekiranya anda jelajah negeri Kelantan pada Aidiladha, anda akan temui ibadah Qurban ini dilakukan di merata tempat. Dibuat secara persendirian juga, bukannya diuruskan mana-mana organisasi di kampung atau daerah. Mungkin orang kampung pun dah tak larat nak tubuhkan AJK sebab kalau dikumpulkan semua satu kampung, berkemungkinan akan ada berpuluh ekor lembu atau kerbau (biasanya lembu) perlu dikorbankan. Letih tu. Boleh meninggal AJK nak uruskan.

Mengenang meriahnya Aidiladha, rasa sangat berbaloi untuk bersesak balik kampung walaupun hanya ditemani awan gemawan sahaja.

21 ulasan:

eelobor berkata...

tahun nie tak sempat nak buat qurban sebab dah last minit baru bagi tagu pak mertua. katanya dah tak de yang kosong. dia ckp tahun depan kalau nak qorban kena bagitau awal 3 bulan. tengok....meriah tak qorban di kelantan? kena booking 2-3 bulan awal

anyss berkata...

Eelobor: awalnya ayah kata seekor je lembu tumbang kat rumah kita orang, bila balik kampung, rupanya EMPAT. Nasib baik seekornya di bawa ke rumah jiran lain...

Semua tu gara-gara ayah tak sampai hati nak tolak hajat orang. Mula-mula seekor, kemudian dua, pas tu jadi tiga...last sekali empat. Kalau letak seekor lagipun akan tetap dapat sambutan (walaupun mungkin akan jadi tak cukup orang) sebab tak ramai yang sanggup sediakan lembu dengan harga rendah sebegitu. Pertanian kan perniagaan, ramai juga ambil kesempatan naikkan harga lembu...tak baik kan macam tu, mentang2 permintaan meningkat, kita susahkan orang untuk buat ibadah pula...

gadisBunga berkata...

dah 2 tahun raya haji jiran GB pesan suruh tolong amikkan daging dia. penuh peti sejuk kitorg dengan berkilo2 daging dia sebab dia balik kampung seminggu. daging kitorg pun banyak juga nak disimpan. huu~

anyss berkata...

GB: Nanti agih2kanlah kat masjid ke, bagi jiran2 lain ka...daging kurban mana boleh simpan banyak2 ----> antara hikmahnya pun untuk sedekah kepada orang lain

KeCiK berkata...

Selain korban, lapah daging etc, satu lagi sesi yang yang seronok ialah takbir. Malam AidilAdha takbir rumah ke rumah, lepas solat fardhu dan berlarutan utk hari2 yang berikut. Lagi lama dari Aidilfitri.

In fact, sepatutnya sambutan Aidiladha patut lagi meriah dari Aidilfitri.

Nice weh! Sungguh nice!

:)

anyss berkata...

Kecik: yup betul tu...takbir raya sentiasa di kemundangkan setiap kali lepas solat. Namun, kat media massa (saluran tv dan radio), kadang2 je disiarkan. Kechiwa!

nas berkata...

wah..nice entri..aku pon dulu tertanye2 kenapa kelantan n terengganu meriah...rupe2nyer sebab mereka anggap ibadah kurban nie gantian kpd ibadah haji..hu3

anyss berkata...

Nas: salah satu darinya...ada banyak sebab lain (dah tampal dlm entri sblmnya. Jangan salah faham ya...kang jadi ajaran sesat lak)

ieda berkata...

indahnya ciptaan allah tidak setanding ciptaan manusia .. cita2 nak ke mekkah sentiasa ada .. ajal maut yg menentukannya ..:)

Penduga Arus berkata...

Umumnya.. rata2 negeri di Malaysia kurang meriah apabila tiba Hari Raya Eidul Adha.

Pengalaman saya semasa menuntut di Mesir, sungguh meriah dan suasana 'pengorbanan' amat dirasai.

anyss berkata...

Ieda: Kalau ada orang tak suka nak pergi sana, maknanya wayar kepala dia dah karat...

Kalau boleh pergi 2-3 kali setahun memang best kan

anyss berkata...

Penduga Arus: Tulislah di blog, kesian kami tang x penah jejak kaki kat Mesir ni, bukannya tau kalau tak de orang cerita

Mummy Nana berkata...

Dulu masa kat Mesia jiran sebelah rumah tu org Kelantan... tiap kali raya haji mesti balik kampung katanya lagi meriah dari raya puasa.....

Best kan kalau dpt tunaikan haji... takpe kalau kita ada niat Insyaallah satu hari Allah kabulkan... Itu impian mummynana jugak... Amin.

anyss berkata...

Mummy Nana: Ireland pun lebih dari ok kan...teringin2 nak sampai sana, belum terlaksana lagi.

InsyaAllah, murah rezeki akan sampai juga kita di sana. Menabung sikit2 sejak sepuluh tahun lepas, tapi bila sesak...serbu korek juga tabung haji. Orang kata, kalau dah sampai seru, tak kemana. harap2nya panjang umurlah untuk berteleku di hadapan kaabah. hajat di hati nak pi dengan mek ayah (dia orang nak pegi tahun lepas, dok sebut2 nak pi lagi)

zeqzeq berkata...

hutang janji CINTA dulu2 belum tunai heeee

zeqzeq berkata...

20 ekor lembu dah cukup hhe kan??

naik haji..10 ekor setahun

anyss berkata...

Zz: baik tunaikan...mana tahu si dia akan mintak di Padang Mahsyar

anyss berkata...

Zz: nak kenduri ke? sekor dah cukup hu hu hu

Sharinginfoz berkata...

semoga kita dipermudahkan untuk melakukan amal kebaikan

velasrizal berkata...

klo kt kelantan mesti meriah kan

Undian Pusingan Ke 3 Piala FA Inggeris 2010 ( FA Cup Third Round Draw 2010)

anyss berkata...

Salam,
sharinginfoz: insyaAllah...mudah-mudahan

Velasrizal: Ek? meriah eh?