Isnin, 22 November 2010

Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

Awal kan aku balik kampung untuk sambutan Aidiladha kali ni. Asalnya nak balik pagi-pagi buta pada Sabtu sehari sebelumnya tetapi hidup ini memang penuh dengan kekalutan. Banyak perkara belum sempat aku selesaikan menyebabkan aku tunda perjalanan sehari lewat. Itupun aku kemas barang pada tengah malam Sabtu dan terbangun lambat keesokan harinya. Jam 6.30 pagi barulah aku bertolak. Jalan raya dah banyak kereta pada masa tersebut.

Aku memang tak suka jem dan banyak kenderaan di jalan raya. Apa nak buat, salah sendiri juga. Masa alarm berbunyi jam 4.05 pagi, aku tarik selimut semula. Akhirnya terbangun jam 5.30 pagi bila Amir Hanif kejutkan. Kelam kabut juga aku bersiap. Sudahnya, aku tak sempat menikmati matahari terbit di kawasan perbukitan Bukit Tujuh. Huh! Hilang nikmat balik kampung seketika.

Aku selamat tiba di pekan Ketereh pada jam satu setengah tengahari lebih kurang. Merayau di pekan seketika sebelum singgah di rumah kakak ipar, ambil Ain dan balik rumah. Lebih kurang jam 2.30 petang baru sampai di rumah dengan jayanya buatkan Mek dan ayah tak terkata sebab aku tak beritahupun nak balik. Jahat kan anak depa ni hu hu hu

Sebelum paparan tentang Meriahnya Aidiladha di Kelantan aku lepaskan di sini, entri kali ini aku akan tampal gambar-gambar tentang awan gemawan yang sangat cantik menemaiku sepanjang perjalanan balik kampung pada Ahad 14 November 2010 yang lalu, dan perjalanan ke Bangi semula pada 19 Novemver 2010.

Jommm kita jamu mata tengok awan gemok bak biri-biri kat tengah padang ragut ni…rasa macam nak berhenti setiap inci jalan untuk ambil gambar. Kalau tak, dua haripun belum tentu sampai kan la la la








Hujan mula turun


Ni perjalanan balik bangi pula…walaupun pagi nampak mendung, tetapi tengahari sikit dah muncul awan gemokkk…









Dah nak sampai Raub



Awan dah mula berat. Nak hujan.


Sampai je Genting Sempah, jalan mula sesak. Ada kemalangan. Pertama kali boleh ambil gambar dalam terowong. Fuhhhh bising bukan main. Sakit telinga.




Lori melintang jalan. Lorong arah Kuantan terpaksa dibuka memberi laluan kepada kenderaan dari Karak ke KL menyebabkan kenderaan yang nak ke Karak terpaksa ditutup seketika. Jem panjang juga…tapi taklah panjang sangat. Dan hari kemudiannya hujan dengan lebat hingga Cheras. Selamat tiba di Bangi jam 5 petang. Huh! Penat!


PssssT: Adik balik kampong pada Selasa malam (malam raya). Katanya jalan sesak lebik kronik berbanding raya Aidilfitri lepas. Ingatkan bila Raya tengah minggu, ramai yang tak balik…rupanya “Ramalanku Tidak benar Belaka”… Nasib baik aku balik awal kan, kalau tak sangat tidak mustahil untuk aku balik pada pagi hari raya lagi sekali hu hu hu

10 ulasan:

eelobor berkata...

hehehe, mula2 baca tajuk pelik jugok. dah tngok gmbr bru paham. hihihiih

nabilah_2908 berkata...

menintai langit... ;)

cantiknya gamabr awan2 tu...sy pun suka tgk langit...kdng2 dok dgn adik..teka awan tu bentu apa...hehe.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
HOME MADE KUIH BAKAR

Aanas berkata...

gemok gemok sungguh 'biri2' itu. heheh... letih kan kalau journey dah la jauh, tak smooth pulak tuh.. boleh kejang2 urat saraf.. :)

Tanpa Nama berkata...

Hti kat jalan... safe driving... besa la tu jem sana sini... tapi kat kawasan tu memang sesak skit masa time2 sibuk beraya kan..
www.friscodaniel.com

anyss berkata...

Eelobor: hu huh u suspen ya ;)

nabilah: selamat datang. best kan tengok langit...sampai lupa nak nengok rumput lak hu hu hu bahaya tu

Aanas: tu la pasal...nasib baik ada awan gemokkkk teman

friscodaniel: Selamat datang. Memang hati2 YANG, tak bawa laju pun...bukannya bawak Merz @ Lombhoginni...

semua tempat sesak rasanya bila raya

azieazah berkata...

Wow! cantiknya biri biri gemok itu..

hmmm dok terfikir sapa yang sebenarnya drive keta nih...

anyss berkata...

azieazah: hu hu hu drive sendiri...keadaan selamat baru ambik gambar ya...lagipun kamera sekarang ada anti gegar, takat gerak sikit2 tu gambar masil chumil ;)

kusut berkata...

fuh suke la nengok awan gemuk2 gitu. nice sungguh

zeqzeq berkata...

jika cuti lebih 2 ,3 hari jalan ke Pantai Timur memang jem tak kira raya atau tak..
ramai org dah ada kereta.

hotel KB bawah RM100 penuh..

anyss berkata...

Kusut: hilang kusut di kepala kan ;)

Zz: kena plan betul2 waktu bertolak. Sbb tu saya suka bertolak sblm subuh dan solat subuh di Genting Sempah.