Selasa, 9 November 2010

Website Airasia Jem Kena Serbu

Bagi sesiapa yang serbu website Airasia.com kerana nak dapatkan tiket penerbangan percuma ke merata tempat untuk tahun 2011, memang dihurung sakit hati. Sebabnya? Jem. Hang. Tak boleh masuk, bukan sahaja terlalu perlahan namun, adakalanya terdapat masej yang tertulis laman web itu tidak wujud.


Aku pernah dapat tambang airasia RM0.99 sahaja pergi dan balik ke Alor Star beberapa tahun lepas. Kalau kali ini boleh dapat percuma ke mana-mana negara (Tibet tak sampai airasia ya?), bolehlah aku bermaharajalela sekejab makan angin sambil ambil gambar. Tengok negeri orang sangat best. Banyak yang boleh dilihat. Kalau untung sabut, boleh sampai ke mana-mana destinasi dengan harga yang murah (lebih seronok kalau percuma kan?), bolehlah melencong sekejab dari rutin harian.

Bagi sesiapa yang nak cekup peluang dapatkan harga tawaran yang menakjubkan ini, bolehlah ke laman web Air Asia. Masa masih ada. Siapa cepat dia akan dapat. Sebab itulah jem kan ;) apapaun, sila pastikan anda tahu maklumat berikut;

Booking Period : 9 November 2010 - 14 November 2010
Travel Period : 1 July 2011 - 10 November 2011

Jom ramai-ramai melancong. Opssss! Akupun belum tentu lagi boleh dapat tiket ni…tak boleh masuk dah. Kena tunggu esok lusa jugak ni. Selamat berebut ya ;)

5 ulasan:

abigemok berkata...

hahaha. mmg x dpt la nk masuk website diorg ni. haha. slmt berebut la kak :)

echah_syed berkata...

combi stay smpi kul 2am semalam pun jem jugak.baru dapat masuk pagi ni. dah settle dapat murah jugak la balik berpuasa dikg seminggu ogos tahun depan huhu... *lama lagi*

btw..alhamdulilah KK-PENANG around rm300 2 org.yezzaaa!

anyss berkata...

Kyuubi: Belum dapat lagi...kena kerja keras ni ;) Nak yang harga bawah 100 je hu hu hu

Echah: Tahniah kak...saya tunggu sampai jam 5 tapi tetap tak boleh masuk. baru nak mula balik ni ...ada yang dapat FREE tak?

terokai seni berkata...

ada lagi ke... nak gak join

anyss berkata...

Cemomoi: kena acu cuba try test lah dapat ke tidak. bergantung kepada nasib dan kesungguhan juga. kalau mudah putus asa, memang tak dapatlah. Sampai sekarang saya belum boleh masuk airasia secara mantap. sekejab-sekejab je dapat...tu pun harga dah banyak berubah setiap saat.