Selasa, 23 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Pertama

Entri ni berkaitan sambutan AIdiladha yang kami sambut. Apa yang aku tulis ini hanya relevan untuk keluarga kami sahaja, mungkin berbeza dengan keluarga lain di Kelantan. Namun, ini antara gambaran bagaimana kami menyambut kehadiran Aidiladha yang semua orang kata kami sambut dengan meriah. Hakikatnya, aku sendiri tidak tahu kat mana meriahnya itu kerana sambutan sebegitu telah sebati dalam keluarga kami. Peringatan: entri ini akan jadi panjang dan dimuatkan dalam entah berapa entri.

Apa yang menyebabkan AidilAdha lebih meriah di Kelantan;

Pertama: Perantau Balik Beraya. Sesak Itu Indah

Anak Kelantan suka merantau. Tak tahu setakat mana benar tidaknya. Yang pasti, aku sudah tinggalkan Negeri Serambi Mekah Cik Siti Wan Kembang itu pada 1993, hingga kini boleh dikatakan sudah menetap di Bangi. Walaupun Serambi Mekah itu tenang untuk dihuni, aku lebih memilih untuk bermastautin di Selangor. Ramai orang kata, di sana ketandusan kerja. Untuk aku, boleh sahaja aku ke sana, masih ada ruang. Namun paling utama, agak sukar untuk aku berkerja dalam suasana dan cara hidup masyarakat Kelantan yang lebih banyak toleransi itu. Bagi aku, kerja tetap kerja. Semasa berkerja, aku perlu tumpukan dan serius dengan kerja aku, sedangkan jika di sana, kerja adalah sebahagian daripada hidup. Barangkali aku yang tak reti nak bermasyarakat kot hu hu hu

Sebelum hari raya lepas, aku berkesempatan ke pekan untuk bayar bil letrik. Di TNB itu, aku perlu beratur beberapa minit kerana satu kaunter sahaja yang buka. Maklumlah, esoknya hari raya, ramai yang dah bercuti. Staf di kaunter tersebut ramah melayan pelanggannya. Siap urusan pembayaran, dia akan bersalaman (sempena raya kot) dengan semua pelanggan perempuan (staf itu perempuan) ketika mengembalikan keratan bil. Andainya aku yang berada di kaunter itu, adakah aku akan buat begitu? Jawapannya dah tentu TIDAK, sebab aku nak kejar masa untuk kurangkan masa beratur setiap pelanggan. Dan aku, dah pasti akan dilabelkan sebagai “tidak mesra pelanggan” bila berkerja di sana. Itu baru satu kes. Belum campur lagi jika berlaku pertentangan pendapat dan cara pelaksanaan sesuatu. Bagi aku yang pernah berkerja dalam organisasi swasta sebelum ini, boleh sahaja terima maki sekiranya kerja yang aku buat itu tidak menepati piawai, tetapi kemudiannya masih lagi boleh bergelak ketawa dengan orang yang maki aku itu (kalau betul aku yang salah) ketika makan tengahari. Kalau aku boleh terima maki, bermakna aku juga boleh maki orang lain bila piawai tak sampai. Kerja adalah kerja, hal bersosial tetap sosial. Namun di sini, masihkah akan begitu andai tersalah tinggi suara sedikit kala menegakkan pendapat? Anda faham tak maksud aku? Maksudnya; dah naik suara sekali, akan tetap dipandang tak mesra alam sampai bila-bila walaupun yang salah tu bukan kita. Aku kan baran, mana boleh selamanya berlemah lembut dan bersopan santun. Sekali dua bolehlah. Kali ketiga, darah sudah didih wooooo…

Bila Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Rabu, aku bayangkan mesti tak ramai orang akan balik. Dah tentu jalan tak jem macam biasa. Namun sangkaan itu sangat meleset sama sekali. Adik dari Sijangkang balik pada malam Aidiladha dan terpaksa bermalam dalam kereta di Genting Sempah sementara menanti jalan lancar semula. Jam 10 pagi hari raya, dia masih berada di Gua Musang. Terpaksalah orang lain yang mewakilkan dia untuk niat Akikah tersebut. Kalau nak tunggu dia, entah jam berapa baru sampai. Alamat tak tumbanglah lembu itu.

Aidilfitri tahun lepas, aku terpaksa patah balik ke Bangi setelah jem teruk di lebuh raya Karak, boleh baca kat Travelog Raya Siri Satu dan Travelog Raya Siri 2: Aku yang lambat balik. Boleh juga nikmati kisah Raya Aidilfitri tahun lepas di Travelog Raya Siri 3: Bila musim Raya dan perjalanan balik Bangi semula di Travelog Raya Siri 4: Balik KL

Setiap kali raya, memang kami perantau-perantau ni akan bersesak dan bergembira dalam jem maha hebat. Ada kala sesak itu berlaku kat tengah hutan pun. Dan sesak itu pula, bukan hanya berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan Serambi Mekah sahaja, tetapi bermula sejak di Genting Sempah lagi, berlarutan hingga Raub, Lipis, Gua Musang, Kuala Krai dan seluruh negeri. Setiap kali hari raya, dianggarkan lebih sejuta kenderaan akan masuk ke Kelantan. Berlaku pertambahan yang mendadak sedangkan jalannya tetap serupa. Paling lebarpun hanya dua lorong sahaja.

Dari bukit ke bukit menyusur hutan


Kami yang dah terbiasa alami kesesakan ini, boleh dikatakan sudah bersedia fizikal dan mental. Maksudnya di sini, kami memang dah tahu akan sesak teruk, hanya tak boleh jangka teruknya itu hingga tak bergerak ataupun masih lagi boleh bergerak 30kmj atau 80kmj. kami juga perlu menerima kenyataan bahawa perjalanan kami yang lebih 300km itu tanpa kemudahan R&R kecuali di Gua Musang. Negeri Pahang yang makmur itu luas ya sayang, sebahagian besar masa kami berada di negeri itu, sementara perjalanan di negeri DarulNaim paling lama pun 3 jam sahaja (kalau sesaknya sedikit dengan kelajuan 80kmj) untuk sampai di Kota Bharu. Jadinya, perlu tahu area mana terdapat kedai makan untuk isi tembolok, masjid dan surau untuk buang isi tembolok yang melimpah itu pula sambil singgah untuk Jamak dan Qasar.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa perjalanan kami ke kota bharu sebenarnya tidak melalui lebuh raya selurus dan seluas lebuh raya utara selatan, tetapi menggunakan jalan negeri. Ayat mudahnya adalah: jalan kampung. Jalan itu pula dua hala. Ada masa jalannya lurus, ada masa bengkang bengkok. Ada masa landai dan rata, masa yang lain perlu tekan minyak sikit bila mendaki bukit.

Melalui jalan inilah kami meredah negeri pahang yang luas dan mengharung gua musang hingga ke Kota Bharu. Perjalanan itu lebih mudah dan selesa andai tidak ada kenderaan berat seperti lori, bas dan kenderaan berat yang lain. Bila ada kenderaan berat, perjalanan akan jadi perlahan terutama ketika mendaki bukit. Sangat sukar untuk memotong kenderaan berat apabila jalannya sempit dan berbukit. Itu belum lagi campur dengan masyarakat tempatan di kawasan tersebut yang keluar makan angin. Payah woooooo nak potong; dah lah dia punya kereta dok tengah-tengah jalan, bawa pula 60kmj…adusssss bila kita orang nak sampai ni. Perjalanan kami jauh, ratus-ratus km, kalau mengekor belakang depa ni, bila nak sampai?


Taklah panjang sangat ekor kat belakang…nampak tak kat cermin sisi?

Kemana sahaja pergi, memang akan sesak terutama jika terdapat lampu isyarat. Bila musim perayaan sebegitu, tak perlulah ke Kota Bharu, memang akan susah nak masuk. Buat penat je. Betul ke sesak itu indah? Entahlah! Biasanya tiap kali balik kampung, aku jarang sangat keluar semula ke pekan atau kota bharu. Semua keperluan untuk persiapan raya aku beli siap-siap di bangi termasuk tomato. Jadinya, dah masuk rumah, malas nak keluar lagi kecuali kalau benar-benar perlu sahaja.

Kalau dah begitu keadaannya nak balik raya, adakah tak terasa meriah? Bukan sahaja meriah dengan pesta lampu brek, tetapi juga…sesekali balik kampung mesti nak jumpa sanak saudara dan sahabat handai. Namapun lama tak jumpa. Masa inilah jalan sakan, beraya sakan dan ziarahi keluarga sambil bersesak sana sini. Sebab itulah, masa aku selalu balik dengan abang ipar, kakak dan anak buah dahulu…kami sentiasa sahaja bawa bekalan yang macam-macam; macam nak pergi berkelah. Maklumlah budak-budak kan, kalau lapar bukannya tahu tahan, terus nak makan. Kalau jem kat tengah hutan tu, bukannya dia orang reti ada kedai makan ke tidak. Bila ada bekal, tak sempat sebut lapar, aku dah buka taperware hu hu hu …ampunkanlah daku ya, perangai macam mak sikit; bawak bekal segala.

Bila balik seorang, agak malas sikit nak bawa bekal; hanya air mineral sahaja. Biasanya akan beli coklat sahaja di stesen minyak dan makan sambil nyanyi lagu hindi (tak pun dikir barat) sepanjang perjalanan. Bukannya orang tahu suara sumbang ke tidak, aku sorang je dengar. Aku lebih suka makan bila sampai rumah nanti.

Raya kali ini aku balik awal walaupun tertunda sehari kerana tak sempat siapkan banyak hal sebelum balik. Pagi-pagi Ahad dah balik. Agak ramai juga balik kampong hari itu, namun taklah jem. Boleh bawa 180k/j kalau nak. Aku tak bawa laju, hanya sekitar 100kmj hingga 120kmj sahaja. Hanya sesekali je terlupa nak tekan brek…bukan lajupun, 140kmj je hu hu hu. Itupun bukan selalu sebab ralit ambil gambar awan sepanjang perjalanan. Kalau bawa laju, mana boleh ambil gambar awan. Cantik awan yang memayung bumi sepanjang perjalanan kali ini, rugi kalau lepaskan peluang ni…cuba tengok semula dalam entri Aku kan balik sorang-sorang, tak ada orang sudi nak jadi pemandu terhormat. Gambar-gambar dalam entri ini aku selongkar entri lama masa sesak Aidilfitri lepas.

Jadinya, bila anda alami sesak sepanjang jalan yang perjalanan itu beratus km (taklah sepanjang jalan, biasanya kat tempat tertentu sahaja yang dekat dengan pekan atau simpang), adakah anda tidak teruja untuk sambut raya dengan meriah?

10 ulasan:

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

salam..

hai annieyss

syok nyer beraya lagi2 awak dh biasa jalan jauh2....

kampung kita dekat jer..jb gak,,tapikan..kalau laluan awak melalui pahang-kelantan...memang adventure abis...lagi2 layan selekoh..byk pokok2...

teringin lah nak drive sorang2 mcm awak

gadisBunga berkata...

sama. kalau nak balik ke arah utara time2 raya, kitorg akan plan cantik2 dan expect the worst dulu supaya tak terjejas mood nak travel.

zeqzeq berkata...

makan gaji tinggi mana kerja mana, asalkan sedar diri..
letak ego sekampung, bukanya masa melapah ada tukang buka topik politik..entah dia datang bagi upah melapah lepas itu jadi tukang cerita..jika tak pandai melapah belajar..kita belajar dari buaian sampai..nafas hilang..
generasi pemyembelih lembu berumur 60an..apa akan jadi bila tiada kursus sembelih lembu?? generasi 50 kebawah jarang yang pandai..

eelobor berkata...

saya boleh mengesahkan bahwa memang meriah sambut raya haji kat kelantan. hihihihi

anyss berkata...

Siti Ruhayu: memandu seorang untuk jarak jauh banyak cabarannya. selain keselamatan (sbb perempuan), mengantuk juga. dah tu tak leh tukar2 drive...

skali skala drive gitu oklah...dah selalu, boosan juga. Cuma untungnya, kita boleh start jam berapa pun kita nak, tak payah nak bincang atau pakat dgn sesapa

anyss berkata...

GadisBunga: penting tu...salah plan, kena sesak teruk, mmmood bercutipun boleh hilang

ZZ: betul tu...ganerasi masa kini, dah la tak reti nak lapah daging (potong pun x reti, apalagi lapah), pakat2 pi tengok je...pas tu komplen macam2 hu huh u

masa nak tombangkan lembu tu pun kecoh...tak mau masuk lecah dan selut sikit

anyss berkata...

Eelobor: tahun depan cakap awal2 kalau nak ikut pi beraya kat rumah di kelate, memang tiap tahun rumah kami jadi port sembelih. Ayah memang bela lembu...kalau tak, dia akan sakit (org dah biasa keja kuat sejak muda, mana boleh dok rilex je)

anyss berkata...

Eelobor: tahun depan cakap awal2 kalau nak ikut pi beraya kat rumah di kelate, memang tiap tahun rumah kami jadi port sembelih. Ayah memang bela lembu...kalau tak, dia akan sakit (org dah biasa keja kuat sejak muda, mana boleh dok rilex je)

Ibu n Abah berkata...

annies...
seronok baca pengalaman you balik kg.... kiranya mcm nonton drama pulak...
kami balik 2jam perjalanan pun dah mikir mcm2... apalagi kalau kena mcm u, ikut jln kampong....
masa kami tinggal penang.. nak balik melaka.. walaupun jauh.. tp ada highway... mudahkan bila ada highway berbanding dgn perjalanan u pulang ke kampong....
apapun... beraya di kampong sendiri
paling membahagiakan....

anyss berkata...

ibu n abah: hidup kena banyak bersyukur...walaupun amik masa berbelas jam untuk balik kampung musim raya, kami tetap syukur jugak sebab jalan dah banyak lurus berbanding 10 tahun lepas...dulu2, mesti muntah punya tiap kali balik sebab jalan berliku macam ulau kena katak (pukul) hu hu hu dan panjat gunung ganang.