Selasa, 2 November 2010

Bila Rindu Apa Nak Buat?


Bila tengah rindu, nak buat apa ya? Kat bawah ada beberapa perkara boleh dibuat hilangkan rasa rindu. Tak kesahlah rindu kat siapapun. Mak ka, ayah ka, marka ka, sahabat ka, seteru ka, musuh ketat ka, hantu raya ka...opsssss! sesape ajelah.


1. Baca blog
Kalau dulu, baca diari. Sekarang ni zaman dah canggih...baca blog pulak. Macam-macam cerita ceriti kita tulis kat blog terutama blog yang bersifat pribadi. Siap ada gambar segala. Sambil-sambil mengumpat kak Jenab sebelah tu, terkadang terbabas jugak kita tulis pasal hal-hal peribadi. Hal pergi dating di kampung orang asli ka, panjat Bukit Broga mengendap datok angkasaawan tengah buat penggambaran kahwin tu ka...cerita kena belasah masa tengah menonton perlawanan bola ka...macam-macamlah yang kita tulis. Paling tak tinggal tentang cerita makan. Siap gambar segala kita tempek kat blog. bila ulang tengok balik...huh! macam tak sangka la pulak kita yang tulis macam tu....ish! ish! Ish! Nasib baik kita tak buat entri cerita porno. Kalau tak, penat nak menjawab sebelum meniti titian siratul mustakim nanti. Buleh pekdah!, orang kelantan kata.

2. Tengok gambar lama
Dah berhabuk kan album kita. Dulu-dulu memang pakai album. Sekarang ni pakai telefon je untuk simpan gambar. Ataupun dalam hardisk lap top. Tak pun, ramai juga simpan gambar secara maya. Mmmmmm kat mana tu? Bahaya tau simpan gambar scara maya ni, kang tak pepasal diperdajal kat orang, terlucut semua kain baju kang susah pulak.

Tak kiralah kat mana anda simpan, bila rindu, biasanya orang tengok gambar. Gambar masa kecik, gambar masa sekolah, gambar masa menang bola (mmmmm bola tengah panas sekarang ni kan....), gambar kat tepi pantai...pendek kata, gambar macam-macamlah. Setiap keping gambar itu ada cerita yang tersendiri. Jadi, bila tengok gambar tu, muka mesti berseri-seri kalau tengok gambar yang membahagiakan, lucu dan lawak segala, akan cemburut dan tarik muka entah berapa belas kalau gambar tu tentang sesuatu yang kita tak suka. Apapun, semua dah jadi kenangan, mana boleh marah lagi kan? Mmmmm jangan tengok gambar lucah dahlah ya...aku tak bertanggungjawab sepenuhnya dengan kerosakan susila anda itu. Tak ada kaitan dengan aku, dengan blog aku ni...

3. Dengar lagu

Kalau musim raya, lagu Balik Kampung memang laju je kita nyanyi sepanjang jalan balik kampung halaman. Bila tengah merindu sakan macam hilang identiti diri, bolehlah nyanyi lagu-lagu jiwang kesukaan kita kan. Pilih je lah lagu apapun yang kita suka, ingat lirik dan suara kita merdu untuk dendangkannya. Jangan menyumbangkan lagu sedia ada dah lah ya....tak pepasal pulak taufan Megi yang dah berlabuh di China tu patah balik sini pulak ;)

Lagu jiwang asyik mahsyuk memang banyak di Malaysia ni. Indonesia lagi banyak. Lagu Mencintaimu (Dadadi) pun merdu jugak sampai ke telinga. Tak pun pasang je lagu Maher Zain... Insya Allah ka, Thanks You Allah ka, Baraka Allahu Kama, Allahi Allah Kiya Karo...apa-apa lagu ajelah yang suka. Tak suka lagu Maher, boleh juga pasang lagu...sepohon kayu, ingat jugak nak mati kan hu hu hu


4. Makan
Makan memang best, tambah lagi kalau hadap tomyam. Dapat pula jenis seafood punya...fuyoooo takat Aizat ka, Dafi ka...Hujan ka...memang tak peduli punya. Lanyak je banyak-banyak. Satu mangkuk besauuu punya! Hirup sekali dengan kuah!

Dah habis tomyam, pekena pulak ABC atau pun air cendol yang ada aiskrim kat atas tu. Penuh dengan kacang merah dan jagung manis dalam tin. Campur pulak susu pekat manis, gula melaka...santan lagi tu. Mmmmm tak payah cerita apa-apa dah...habis semangkuk baru angkat muka.

Mmmm tetiba je rindu nak makan cekodok pisang (buatan sendiri). Macam mana ni? Pisang memanglah ada 3-4 biji yang dah lebu dan sesuai buat cekodok, tapi...kapasiti malas ni tersangat tinggi lah pulak. Adusssssssss!

5. Tidur
Ini yang paling aku suka buat. Kalau migrine aku akan tidur. Kalau bosan pun benda ni juga aku buat. Kalau letih, sedih, kerja banyak pun tidur jugak...ish! ish! Ish! Payah dah nak ubat penyakit suka tidur ni. Marah kat orang pun tidur, tak ada mood pun cari bantal, malas apalah lagi kan. Aktiviti ni kira macam terapi paling mujarab bagi aku. Kalau dah bangun tetapi sisa-sisa penyakit tu masih ada (tak kiralah malas ke, marah ke, tak de mood ke...) maknanya dah kroniklah simptom tu. Perlu rawatan pakar.

Eh, jommm lah. Dah ngantuk ni.... rindu dah ilang dah. Gut nite! Eh! Bukan dah siang ke?

9 ulasan:

IMANSHAH berkata...

kalau rindu p lah jumpa

Amni berkata...

suka makan dan tidur kalau rindu.. huhu... kadnag2 nangis masa mandi atau doa masa solat.. hahah...

eelobor berkata...

suka dengar lagu iklan dalam tv pasal minyak masak "alif" yang mana bermula.....bila rinnndu...cintamu suci abaaadi, ku pejam mata memandang....kau di sisiku... hihihi

Cetusan berkata...

cara yang saya tak pernah buat samada mujarab atau tau..bagi lelaki rindu seseorang..jika sedang pakai kainpelikat (pakai seluar belum ada TIP).. balikkan kilasan kain pelikat(kaki bawah naik jadi kilasan (bulat diperut, yang atas terbalik kat bawah..) kemudian turun ke tanah pijak tanah lepas itu naik semula..

azieazah berkata...

Semua yang tersenarai di atas adalah yang sangat besttt...! Mujarab gitu, esp part makan tuh. Perhhh Cendol youuu!

Tambah lagi ler, bagi yang sedang bercinta pastu terputus plak, bila rindu pi ler tepi pantai, tengok ombak ker, tengok pokok ker, tulis nama kat pasir kerrr..

anyss berkata...

imanshah: Nak kena jumpa ek?

Amni: menangis pun terapi juga walaupun bukan semua orang mampu menangis. Namun, menangis masa solat tu memang yang terbaik ;)

anyss berkata...

Eelobor: Best kan lagu tu...nak je wat rington telefon. Satu lagi lagu iklan yang best "Save egg"...comel je :D

anyss berkata...

ZZ: Petua baru ni...bila ZZ nak buat?

Azieazah: Ohhhh cendol...yummy! dah lama tak makan cendol. Entah mana nak cari yang sedap...

Kalau putus cinta, janganlah menyendiri kecuali untuk berfikir. Kalau nak anyam kenangan je, baik tak payah. Karang setan cucuk...terjun sungai pulak!

Nina berkata...

kalau saya rindu biasanya saya sibukkan diri,tp ada satu tahap yang dah tak tahan sangat saya akan nangis jugak..