Hari ni dah pun masuk bulan Ogos. Ada apa dengan Ogos?
Tak rasa semangat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ni lebih membara ke?
Aku? Macam biasalah, tak pernah berarak kat mana-mana dataran bila tiba 31 Ogos sejak dilahirkan. Bukan bermakna semangat kemerdekaan itu tak ada, tapi aku ada cara sendiri untuk lebih memaknakan nilai kemerdekaan itu sendiri.
Jadinya, aku sangat sibuk sepanjang Ogos ini, namun aku tak pernah rasa sibuk untuk sentiasa menghayati lagi ini. Jom…sama-sama dengar suara penuh semangat penghibur yang pernah julangkan nama negara kat mana-mana ni.
Agak-anak, orang Eskimo pernah dngar tak lagu ni
pS: SEpanjang siang, bumi Bangi terisi dengan bunyi helicopter yang sangat sibuk lalu lintasnya. Depa sedang buat latihan untuk sambutan kemerdekaan kot...tetiba je terbayangkan berada di bumi orang... gamaknya, di bumi Palestin, lebih gawat lagi. Memang gawat pun, bukan gamak lagi...
3 ulasan:
semangat utk menyambut ramadhan lebih membara kut?
selamat menyambut ramadhan & juga erti kemerdekaan yang sebenarnya
alahai semangat juang juga yer sdri ini.
Eelobor: semangat sambut Ramadhan dalam entri lepas ;) entri ni sambut merdeka lak
ZZ: anak ore gedebe memang semangat dia lain skit. Kalau selalu tengok tempat orang, baru tahu macam mana nak cintai tempat sendiri. Moga2 Malaysia kucintai lebih aman dan damai...sentiasa, selamanya...ceeeewahhhhh!
Catat Ulasan