Jumaat, 20 Ogos 2010

Apabila Berbuka Puasa Itu Adalah Membuka Selera


Sejak mula Ramadhan, aku berbuka secara sangat sederhana. Itu aku katalah. Setiap hari, hidangan berbuka aku hanyalah kurma, air kosong, cekodok bawang dan buah. Itu sahaja. Cukuplah untuk isi tembolok tanpa membazir. Sahurnya kadang-kadang nasi, banyak kalinya hanya kurma dan air kosong sahaja kerana terbangun jam 5.30 tepat. Ada masa terlajak hingga jam 6 pagi, memang sah tak sempat sahur.

Hari ini, ajak Cik Bintang Membuka Selera di
Puri Pujangga, UKM. Bufetnya memang boleh tahan dengan hanya RM30 sebatu jemala. Kalau ada sesiapa nak berbuka di sini, boleh telefon 03-8921 3361/3362 untuk buat tempahan. Tak pasti website mereka selalu kemaskini ke tak.

Malas nak tulis banyak-banyak, tengok gambar ajelah ya...





Buah celup coklat...yummy!

Labu sira (lamanya tak makan!) dan lepat labu

Murtabak

Roti John...dah lama ngidam. Memang puas hati. Tambah sampai 2 kali 4 ketul tu..

ABC...mintak kacang banyak-banyak. Ikan bakar lupa nak snap, dah kenyang...terus lupa!
Kalau setakat nak berbuka puasa sampai tak terbangun, tak payah berebut serbu hotel bintang-bintang, sinipun dah lebih dari cukup. Tempat selesa, tak sesak, ada surau yang sediakan telekung lagi. Bolehlah cuba ya...aku tak dapat apa-apa bonus untuk promosi percuma ni. Hanya sedikit perkongsian sahaja.

8 ulasan:

eelobor berkata...

nak pegi jauh sgt, hehehhe. tp dh kira ok ngn harga tuh. menu pun pelbagai. mesti sendat x boleh nk bgn lps mkn kan?

anyss berkata...

Eelobor: Kata Cik Bintang, saya terlalu dera perut dengan makanan tak berkhasiat kerana isi dengan cekodok sahaja. Hari ni, saya dera perut dengan semua jenis makanan khasiat...still boleh bangun tapi, payah! hu hu hu sangat sadis!

NAZ berkata...

yeahhh jauh lahhh tapi makanan dia perghh tgk pun kata sedap kalau makan mesti maww haha

anyss berkata...

Naz: tak lah jauh sangat...masih lagi di Malaysia hu hu hu manalah tau kot tetiba Naz nak banjer Nis lak hu huhu kecik puri Pujangga, stadium UKM yang dok ada sebelah tu saya tadahkan hu hu hu

azieazah berkata...

Wow! Memang pilihan yang tepat nih. Seronok kan, dapat jamu selera dgn harga mampu, berbanding pegi hotel bayar mahal tp adakala tak kena dgn tekak.

Pastu sambil makan adalak yang potpet komplen. Tak pasal2 marah orang di bulan posa. huh!

anyss berkata...

Azieazah: Puri Pujangga ni kira macam hotel juga, tahap 3 bintang. Depa baru je siap renovation sblm puasa, promosi tak sempat masuk internet pun. Hanya kain rentang kat UKM je...orang area bangi dan UKM je tahu.

Kalau bufet hari biasa, utk lunch RM15 tu pun memang dah puas hati. Sebab tu berani bidan terjun je berbuka kat sana. Sampai sekarang masih lagi teringat-ingat lagi Roti John yang sedap tu...

tempat pun selelsa macam hotel banyak bintang. Sangat sesuai nak buat buka puasa ramai-ramai dengan kengkawan dan keluarga ----> mcm terlebih promosi lak ni ;)

terokai seni berkata...

3o hengget, banyak tu kalu bli kat pasar malam... dijamin sedap ke? sebab kat bazar blom tentu sdodap

anyss berkata...

Cemomoi: Ikutkan tekak saya yang biasa telan cekodok rentung ni, memang teramat sedaplah. Tapi, kalau orang dah biasa makan kambing panggang, dah tentu tak pandang. Maklumlah, taraf hotel 3 bintang je

Tambah-tambah lagi sekarang ni orang sibuk pasal sijil halal. Kat sini pemerintahannya di bawah UKM Holding