Semalam tidur jam lima pagi, hari ini jam 7.30 pagi aku sudah bersesak ke majlis perasmian konvokesyen UKM ke 38 di DECTAR UKM. Adussssss, bukan seseronok orang nak terima ijazah lantaran setiap tahun kami perlu berarak dan duduk berjam-jam dalam majlis rasmi penuh protokol sebegitu. Bermula hari ini, sidang terakhir Selasa minggu hadapan. Tahun lepas, aku ponteng berarak. Tahun ni paksakan diri juga untuk ikut sama lantaran ada teman dari Aceh yang sambut hari gemilangnya pagi ini.
Malas nak tulis panjang-panjang, beberapa gambar sebagai perkongsian.
Mmmmm bila gamaknya boleh jejalan naik kereta tanpa nombor plet macam ni ya? Tuanku tak sudi ajak dinda ke? Aduhaiiiii sekalipun cukuplah!
Kepada peminat fanatik Faisal Tehrani, tuan haji muda ini sudah bergelar Doktor. Namun, usah mintak ubat dengan dia ya...nanti dia bagi panadol walaupun anda sakit rindu hu hu hu
Andai anda nak tengok perjalanan majlis ini, ada disediakan siaran langsung bagi setiap sidang, boleh tengok kat sini.
Nanti anda juga boleh muat turun rakaman berkenaan sebagai kenang kenangan, tapi ambil masa sikit untuk pihak penganjur muat naik dahulu. Kena banyak bersabar dulu.. Canggih kan...tak macam dulu. Kena tempah rakaman video. Dahlah mahal...muka kita nampak sesaat sahaja hu hu hu (itupun kalau nampak).
Kalau nak beli belah di tapak pesta konvokesyen, bolehlah singgah ke Tapak Pesta Konvokesyen di hadapan Dewan Gemilang. Macam pasar malam. Bolehlah kalau nak beli baju raya ;). Gerai ni memang jadi tumpuan ramai si manis.
4 ulasan:
tumpang gembira tgk gmbr pn jd lah
seronok sakan le kan
Eelobor: masih ada 2 hari lagi untuk sama2 rasai kemeriahan suasana di UKM ;)
Sharinginfoz: Selamat datang. Kalau konvo sendiri, memanglah seronok. Konvo orang yang kita sayang, juga seronok. Namun, andai konvo semua orang...sedikit tumpang seronok ;)
Catat Ulasan