Ahad, 15 Ogos 2010

Bila Fauziah Latiff di Gaza, Obama Benar Bina Masjid...

Alhamdulillah, Ramadhan beri cahaya yang benderang. Bukakan hati Obama untuk bersetuju dan benarkan masjid dibina biarpun mendapat kecaman ramai pihak.

Kagum juga dengan si cantik ini...


Ehsan Inche Google.

Suaranya merdukan? Wajahnya cantik kan? Lakonannya hidup kan?
Dan aku...kerapkali tersedu tiap kali menatap redup matanya, tiap kali melihat teduh wajah dukanya. Dia benar-benar buatkan aku terbuai. Dan hari ini, bertambah lagi kekagumanku padanya.



Ketika orang lain mengah kekenyangan dek lambakan Bazaar Ramadhan di tanahair, dia berpanas dan sudi hitamkan kulit di tengah pergolakan Gaza. Pertaruhkan nyawa.

Siapa kata artis hanya sudi jadi pasu bunga bergerak dalam majlis gemerlap dengan kasut tumit tinggi dan gaun bling bling berlabuci sahaja? Dia dah buktikan yang dia boleh lakukan apa yang tidak ramai orang sanggup buat. Tabik spring! Fauziah Latiff, lain kali kalau nak ke sana, ajaklah aku sama. Nak ikuttttt!!!!

Ramadhan, beri banyak hikmah kepada insan. Bukakan pintu banyak hati. Namun, di tengah kemurniaan Ramadhan nan mulia ini, mengapa masih ada hati yang Allah tutup rapat hingga sanggup menjerumuskan diri ke lembah hitam?

Bukankah syaitan telah dikurung? Bukankah syaitan telah diikat? Lalunya, siapa pula yang ambil alih tempat penghuni Jahanam itu?

13 ulasan:

NAZ berkata...

mereka orang orang yang di luar dugaan :) kita entah bila lagi

eelobor berkata...

salam anyss,
elok ler artis pun buat kerja2 amal cam gitu. harap2 ramai lagi artis lain akan turut jejak selepas ini.

IMANSHAH berkata...

masih terkenang lembutnya suara jee dengan lagunya Enngan

iza~de~bintang berkata...

Wah pegalaman berharga, kalau ada peluang saya pon tingin nak pi jugak :)

Selamat berposa, nanti bukak posa ngan apa ya? :)

anyss berkata...

Naz: Kita juga berjuang dengan cara kita sendiri. Berjuang itu, tidak semestinya angkat senjata atau turut sama berada di sana...namun jika berpeluang ke sana, pengalamannya tetap tak sama.

anyss berkata...

Naz: Kita juga berjuang dengan cara kita sendiri. Berjuang itu, tidak semestinya angkat senjata atau turut sama berada di sana...namun jika berpeluang ke sana, pengalamannya tetap tak sama.

anyss berkata...

imanshah: Semua lagu-lagu Gee sedap didengar...merdu!

anyss berkata...

Iza~D~Bintang: Tak ada tiket AirAsia ke Gaza ;)

Selamat berpuasa ya...jom berbuka dengan cekodox rentung!

Anaasuria berkata...

siapa yang ambik alih tempat syaitan di bulan posa nih ??? hmm, rasanya tentu sekali manusia2 yang melakonkan watak syaitan... :)

anyss berkata...

Aanas: Bila dah biasa ikut setan, masa depa kena ikut ni pun...kita lak terjadi setan ---> boleh jawab macam tu? Oohhhhh moga2 satu detik nanti, Allah berikan hidayah untuk mereka kembali ke pangkal jalan, dan kita pula, moga2 diberikan nur agar tidak tergelincir dari landasan.

anyss berkata...

eelobor: artis akan jadi ikutan sebab dia orang ni public figure, memang sangat bagus kalau beri contoh yang baik sebegitu...

iDAN berkata...

Ada dua kemungkinan yang masih menggoda kita ke lembah hitam; nafsu dalam diri mungkin keduanya tetangan & bisikan syaitan itu masih ujud.

Nafsu bagi lelaki sekadar 1:9 tapi amat sukar dikawal, apatah lagi perempuan.

Tak diceriterakan syaitan itu diikat di mana; jika diikat di lembah maksiat kita gatal kaki melangkah ke sana mungkin tangan panjang syaitan masih menggamit; pujukan syaitan masih terdengar di hati hitam kita...

Mungkin!

anyss berkata...

iDan: Yerrr tak siapa tahu. Persoalan kena ikat tu belum ada yang rungkai secara panjang lebar hanya sekadar "bulan ramadhan syaitan diikat/belenggu"

Nafsu saya tak boleh kawal kalau berkaitan buku dan ambil gambar. Yang lain, insyaAllah.