Memaparkan catatan dengan label Dataran Merdeka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dataran Merdeka. Papar semua catatan

Ahad, 1 Ogos 2010

Bila Ogos Menjelma



Hari ni dah pun masuk bulan Ogos. Ada apa dengan Ogos?

Tak rasa semangat untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ni lebih membara ke?

Aku? Macam biasalah, tak pernah berarak kat mana-mana dataran bila tiba 31 Ogos sejak dilahirkan. Bukan bermakna semangat kemerdekaan itu tak ada, tapi aku ada cara sendiri untuk lebih memaknakan nilai kemerdekaan itu sendiri.

Jadinya, aku sangat sibuk sepanjang Ogos ini, namun aku tak pernah rasa sibuk untuk sentiasa menghayati lagi ini. Jom…sama-sama dengar suara penuh semangat penghibur yang pernah julangkan nama negara kat mana-mana ni.


Agak-anak, orang Eskimo pernah dngar tak lagu ni



pS: SEpanjang siang, bumi Bangi terisi dengan bunyi helicopter yang sangat sibuk lalu lintasnya. Depa sedang buat latihan untuk sambutan kemerdekaan kot...tetiba je terbayangkan berada di bumi orang... gamaknya, di bumi Palestin, lebih gawat lagi. Memang gawat pun, bukan gamak lagi...

Sabtu, 5 Disember 2009

Peluang Kedua




Bilakah kali terakhir anda memaafkan orang lain dan berikannya peluang kedua?

Selalu kita dengar tentang kata-kata ahli bijak pandai tentang memberi “peluang ke dua” kepada orang lain. Orang lain pun sama macam kita, ada masa terlalai, ada ketika alpa dan berbuat silap. Lantaran itu perlukan peluang ke dua.

Mampukah kita beri peluang ke dua kepada orang lain? Sebaik-baik insan adalah memaafkan kesilapan orang lain, itu kata-kata orang bijak pandai. Ada masa, bukan sahaja peluang kedua, malah entah peluang yang ke berapapun sanggup kita berikan kepada orang lain, lebih-lebih lagi orang yang kita sayang. Itu sepatutnyalah dan sebaiknya yang perlu kita beri. Maklumlah orang itu adalah orang yang kita sayang. Namun, berbaloikah? Berertikah peluang itu kepada mereka? Ataukah dipersia tinggalkan keping hati yang carik?

Ada cara tak nak maafkan orang, kemudian berikan dia peluang kedua? Ada cara tak nak ubati hati sendiri dan lupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini? Kalau orang itu memang benar-benar bererti dalam hidup kita, dah pasti kita mampu pujuk hati sendiri dan bersedia memaafkan silap tersebut (dalam kes ini dah tentulah silapnya itu agak menggugah hati kita, kalau setakat berebut cakelat je, baik lerr tak payah cakap...pujuk dengan seguni cakelat, dah tentu semua gaduh-gaduh manja itu akan berlalu). Maklumlah, dia kan orang yang kita paling sayang. Kalau setakat benda kecil sahaja, tanpa dia minta maafpun kita sudah maafkan dia. Kita dah lupaannya lebih cepat dari kilat. Lebih laju dari internet.

Bagaimana pula dengan orang yang timbangan sayang kita kepadanya tu tidaklah berat sangat, tidaklah sebesar mana, tidaklah sampai boleh “musnahkan hidup” kita kiranya dia tak ada? Bagaimana kalau orang itu hanyalah orang yang “adanya dia pun tidak menambah, perginya dia tidak jejaskan apa-apa”? Bagaimana kalau dia itu hanyalah aksesori sahaja dalam hidup kita? Hadirnya buatkan kita senyum lebar, perginya dia tidak pula menyebabkan kita menangis terguling-guling sepanjang Dataran Merdeka.

Perlukah peluang kedua? Situasi bagaimana perlukan peluang kedua? Andai hati terguris sakit, dada tercalar pedih, bagaimana mahu dibebaskan diri dengan kata maaf yang mencipta peluang kedua itu?

Entah mengapa terlalu banyak persoalan yang tak terjawab. Entah kenapa minda seakan tidak berfungsi lagi mencari jawapan. Bijakkah terus membiarkan persoalan berlegar tanpa kitar jawabnya? Mmmmm wahyu belum turun lagi. Hanya legarnya di kepala.