Jumaat, 13 Ogos 2010

Kata nan Tiada

pabila tiba satu detik
saat tiada kata mampu dilafaz
apa lagi dicoret
zahirkan rasa
selain termanggu di sini
memandang skrin kosong
diamnya aku
di sini
sendiri
bukan bererti
telah abadi
sekadar mencari detik terbaik
mencari diri
aku masih lagi di sini
mencari kata yang hilang

4 ulasan:

eelobor berkata...

minat tul dia ngn puisi & bergambar

anyss berkata...

Eelobor: ada saatnya, tidak perlu terlalu banyak kata-kata dengan berpuisi, ada masa yang lain kata itu jadi indah bila dirungkaikan jadi kisah.
Satu gambar ada ketikanya telah ceritakan segala tanpa perlu kata-kata...alamak, apa yang mengarut petang2 hari ni. Anggap saja mamai teringatkan cendol ya ;)

caluk@cencaluk berkata...

aku pun blank he he

anyss berkata...

Caluk: Bukan selalu ke ko macam tu? hu huhu best jugak kalau sesekali blank n blur...