Marhaban Ya Ramadhan
Selamat datang ya Ramadhan,
Kunantimu dalam simpuh malu
dengan wajah tertunduk
dengan pandangan jatuh ke lantai
Sesekali, jemari menyeka hujung selendang
melabuh tutupi muka
selindung duka
Selamat datang ya Ramadhan,
Kunantimu dalam simpuh malu
dengan wajah tertunduk
dengan pandangan jatuh ke lantai
Sesekali, jemari menyeka hujung selendang
melabuh tutupi muka
selindung duka
Tiada paluan kompang
Menyambut datangmu, Ramadhan
Hanya jendela kecil di sisi tingkap kaca
kukuak luas
menanti teduh rahmatMu pamit
menunggu dingin rahmanMu singgah
Di kamar sepi terselubung rintih ini
setia kutunggu dalam gemuruh memalu dada.
Akulah sang pesalah menunggumu
mohon pengampunan
Akulah sang pelarian menantimu
mohon perlindungan
Akulah musafir sesat dilautan dunia
mohon ditunjuki jalan tanpa liku.
Marhaban ya Ramadhan,
Tanganku terlalu kecil, menadah datangmu
Hati ini terlalu sempit, menanti saat dilapangkan
Jiwa yang terpalit debu ini,
menunggu detik dibersihkan.
Aku rindukan aku yang dulu
Dalam samar Ramadhan
menemukan benderang cahaya
dalam kilau Ramadhan
disuluhi wangi hidayah
Lalunya kali ini
Anugerahilah ia sekali lagi.
Bandar Baru Bangi
~ OgoS 2010~
Petang begini, seronok juga kalau dapat layan lagu-lagu merdu kan. Selamat menikmati ya!
Pssss: Selamat menyambut kedatangan Ramadhan, moga tahun ini kita boleh kumpul gunung. Mohon ampun maaf andai ada terkasar kata, tersalah bicara di ruang ini.
11 ulasan:
nice one :) selamat berpuasa
Naz: Selamat berpuasa juga...kumpul banyak2 bonus untuk tebus guna kemudian hari ya ;)
selamat menyambut ramadhan anyss
Assalamualaikum dan salam Ramadhan Anyss.
Indah puisinya, kakchik suka. Kakchik pun kadang2 berjiwa puitis juga :)
Selamat Menjalani ibadah puasa.
Eelobor: Salam Ramadhan. Sama2 kita puasa sebulan ya...jangan ciluk2 ;)
Kakchik: Wsalam warahmatullah. Salam Ramadhan untuk kak chik juga. Sama2 lakukan yang terbaik tahu ni...
Puisi boleh luahkan perasaan dengan kata yang terhad, tapi...bermakna.
harap ramadhan ini memberikan hidayah buat kita seme
Cemomoi: Aminnnnnn...mudah-mudahan tahun ini lebih baik dari tahun lalu, InsyaAllah.
Ramadanku semakin tua
seingatku sejak usiaku 5 tahun
aku telah berpuasa penuh
bilamana dicongak sudah pasti
hampir 50 kali ianya dilalui
dengan pelbagai ujian
Tahun ini nampaknya
diri semakin lesu dengan
ujian demam & batuk
berterawih terpaksa sendiri-sendiri
tak siapa menduga
Ramadannya bagaimana
Sukar juga nak berbuka dengan famili yang besar; dewasa jika dihitung telah berlima; dua lagi tu pun kalau dihitung dah 12 tahun ke atas. Cuma badannya cekeding.
Bila diintai dibena paling murah pun sekitar RM40 (bukan taraf hotel pun), jika dulu ada Restoran Nelayan buat tawaran RM20; ujudkah lagi Restoran ini,
Ofis Kak Mila pun nampaknya hanya kasi staf sahaja dalam banyak majlis termasuklah majlis berbuka puasa baru ini. Dia menolak.
iDan: Leo a.w.s dan sdr iDan mempunyai gaya penulisan yang sama...bercerita dalam puisi. Simple tapi dalam maknanya ;)
Catat Ulasan