Isnin, 16 Julai 2012

Tarikh Tengok Anak Bulan Ramadan


Wahhhhhh! Cepat betul masa berlalu
tak sedar pun setahun berlalu, macam baru aje
bersesak jem teruk balik kampong halaman sambut Aidilfitri
tetiba Khamis nanti nak tengok anak bulan Ramadhan lagi
yaaaa….dah nak puasa
memang teruja, namun risau pun ada sebab masa cepat benar berlari
aku masih terhegeh-hegeh terkial-kial mengejar duniawi
aduhaiiiiii!

kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
istiharkan Khamis nanti bersamaan 19 Julai 2012
adalah tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan tahun ni
di 30 tempat di seluruh negara

Tempat untuk melihat anak bulan adalah;
di Pontian Kecil Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;
Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Pulau Angsa, Kuala Selangor;
Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman;
Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;
Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan;
Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak;
Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;
Bukit Tanjung Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands;
Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan;
Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan
tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan
pada malam itu juga tarikh permulaan puasa
yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen

Mmmmm netah bila tercapai untuk skodeng tengok sendiri anak bulan
mesti lagi teruja untuk puasa esok harinya tu kan?

Tak sabar nak puasa…
banyak azam nak kena laksana sempena puasa tahun ni
banyak harapan nak kena capai ni
moga-moga tahun ni dapat mendulang sebaik mungkin
InsyaAllah, asal ada usaha, asal ada keinginan dan kehendak
Hasrat yang baik moga-moga dipermudahkan

Selamat menjalani ibadah puasa ya...

Walaupun TRW, Kelantan The Red Warriors
Juara Liga Super dan Piala FA 2012  ohhhh piala yang sangat bermakna tu
dapat cuti sehari walaupun belum menang, akan beraksi menentang
kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers, QPR
TRW Kelantan lawan bola dengan Queens Park Rangers QPR
yang ala-ala atromen taro gitu pada 20 Julai di Stadium Shah Alam
jam 9.15 malam…jangan risau ya kalau nak pergi tengok
solat sunat terawih berjemaah akan diadakan dalam stadium
sebelum sepak mula…harapnya cara begini akan dilakukan pasukan lain juga
bukan apa, main bola tetap main bola, tambah lagi bulan Ramadhan...
sokong pasukan bola tetap sokong
usah lupa pula kewajipan yang kena laksana. Tak gitu?

Apa lagi? Gomo Kelate Gomo je lah!
Gomo…jange tak gomo!


Tiada ulasan: