Sabtu, 12 Mei 2012

Kelantan Dapat Cuti Sempena Piala FA???


Aku malas nak ulas panjang-panjang,
Nanti jadi Hasbullah Awang pulak, lagipun…
Errr macam tak kena je kalau aku ulas huh u hu
Jadi aku tampalkan ajelah kerata berita yang aku ambil dari Metro ya:

KOTA BHARU: Keputusan sama ada penjawat awam dan swasta di negeri ini akan diberi cuti peristiwa khas sehari atau sebaliknya, berikutan kejayaan pasukan bola sepak Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini, akan diketahui pada mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu depan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu. Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus menerusi laman sosial kononnya kakitangan awam dan swasta Kelantan bakal diberi cuti peristiwa selama sehari atas kejayaan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil, 19 Mei ini.

Sebelum ini, penjawat awam dan swasta di Kelantan pernah diberi cuti peristiwa apabila Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2010. Mereka juga mendapat cuti peristiwa apabila pasukan Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama di sini, Dr Zainuddin berkata cuti peristiwa yang diberikan sebelum ini ialah bagi memberi peluang dan keselesaan kepada peminat bola sepak Kelantan pergi ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka.

"Jika tidak diberi cuti, kebanyakan penyokong akan menghadapi masalah untuk pulang bekerja pada keesokan harinya yang merupakan hari bekerja," katanya bahawa kerajaan negeri akan mempertimbangkan perkara itu. – BERNAMA

Kalau baca status FB Tan Sri Anuwar Musa
Khabarnya 3 ekor lembu akan ditumbangkan di Stadium Bukit Jalil
Pada hari berkenaan, khusus untuk anak-anak Kelantan
yang sampai awal (jam 1-4 petang) dan berkampung di sana
Fuhhhhhh! Hari Ini Dalam sejarah tu
Mana ada pasukan lain buat begitu
Meriahlah pulak…macam nak raya!

Dijangkakan 60 ribu rakyat Kelantan akan terpekik pekik di Bukit Jalil
Pada hari berkenaan…fuhhhhh mesti hebat
Mesti meriah, Mesti besttttttttttttttt….semuanya MERAH je Nampak
Jangan lupa lagu dikir ya

Aku? Kalau ingat aku tengok depan TV
Masa tu rasanya aku balik kampong, jadi…
Sorak je lah sana dengan Ain huh u hu


KEMASKINI:

Belum sempat sampai Hari Rabu pun lagi,
Keputusannya dah ada...
Cuba pergi tengok wall FB Tok Guru Nik Abdul Aziz kalau tak percaya
Kat Utusan Malaysia pun dah keluar ceritanya
Aku tampalkan aje kat sini ya:


Piala FA: 20 Mei cuti peristiwa di Kelantan

KOTA BHARU 13 Mei - Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 20 Mei ini sempena kejayaan pasukan "The Red Warriors" melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby pada Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata, keputusan memberi cuti tersebut tanpa mengira sama ada 'Si Kijang' kalah atau menang adalah sebagai hadiah kepada penyokong terutamanya bagi ribuan peminat dari negeri ini yang akan turun ke Bukit Jalil.

Abdul Fatah berkata, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu penyokong terpaksa tergesa-gesa pulang selepas perlawanan memandangkan Ahad adalah hari bekerja bagi negeri ini.

"Menteri Besar mahu perkara ini diumumkan awal bagi membolehkan penyokong merancang perjalanan dengan sempurna.

"Cuti peristiwa ini juga adalah sebagai rangsangan dan titik mula kepada kejayaan seterusnya dalam Liga Super, Piala Malaysia dan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Kita berharap penyokong yang akan memenuhi kerusi stadium berkelakuan baik dan dapat menjaga nama negeri Kelantan," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Kota Darulnaim di sini, hari ini. - UTUSAN


Puashati???
Dah boleh pergi beli BAJU MERAH
jom rama-rama kita pakat sorok sapa abis soro



2 ulasan:

eelobor berkata...

untuk 3-4 tahun kebelakangan nie, final tahun nie ambo tgk dumoh jah. hahahaha, apapun tahniah kepada kerajaan negeri yang dijangka bakal (Insya Allah) mengumumkan cuti peristiwa pada hari ahad 20 Mei, tidak kira menang atau kalah perlawanan tersebut. kerajaan berprihatin.... semoga anak2 kelantan yg dtg menonton perlawanan akhir, dapat pulang ke kampung halaman pada hari ahad tanpa ada sebarang kejadian buruk yg berlaku

Kakcik Seroja berkata...

InsyaAllah pada 24-27 Mei ini kakcik akan berada di KB. Tapi, waktu tu orang sana tak bercuti pulak, kan? Eh... Kelantan kan cuti hari Jumaat? :)