Jumaat, 10 Disember 2010

Perempuan suka berangan?


Orang kata (orang yang kata ya...aku tak kata) orang perempuan ni suka berangan. Betul ke? Agak-agaknya apalah yang perempuan suka angan-agankan tu ya?

Entri ni adalah entri tanpa penyelidikan, jadi...sila jangan percaya. Aku senaraikan apa yang perempuan suka angankan ya...ini bukan untuk semua perempuan, hanya perempuan-perempuan tertentu sahaja. Sila abaikan andai tak termasuk dalam anganan anda hu hu hu amaran yang tak boleh blah ya...

1. Jadi puteri
Selalu aku nampak kanak-kanak perempuan suka berlakon jadi puteri. Pakai mahkota. Bawa tongkat sakti macam dalam cerita putera puteri orang puteh kat tv. Kemudian nyanyi-nyanyi kat buaian macam Normala Omar menyanyi lagu “Pohon Beringin” menyeru sang putera raja la la la... kiranya macam Amy Mastura dalam filem Puteri Impianlah tu ya...

2. Jumpa putera raja
Kalau ada puteri, mesti ada putera. Putera rajanya mestilah kacak bergaya...mmmm macam Shahrukh Khan ada tak? Tak pun macam Ahmad Mahmud dalam cerita hitam putih dahulu kala hu hu hu ....tapi orang sekarang impikan putera kacak macam Dafi, pandai nyanyi dan senyum yang manis ;)

3. Terkenal dan menjadi pujaan ramai
Menjadi terkenal dan pujaan ramai juga antara anganan yang selalu masuk dalam impian sang gadis ayu. Terkenal ni tak semestinya satu malaya kenal, kalau terkenal dan menjadi ikutan, pujaan dan idola serta kegilaan kat sekolah pun dah cukup. Asal saja dia melintas...peeewittttttttttt berdengung siulan mengikuti tiap langkahnya. Asal saja dia senyum, fuhhhh! Gugur berkeping-kepinglah hati sang jejaka yang menjadi pujaan, yang memujanya...termasuk yang sengaja dihindarinya.

Ini juga yang sering dipaparkan dalam banyak drama tv...ingat tak drama Siti Kelembai tu? Rasa nak popular, jadi ikutan dan ramai kawan buatkan si Tasha sanggup berbuat apa sahaja hingga jumpa bomoh. Mmmmm semua orang pernah remaja (aku kan baru 18 tahun 3 hari), musim urat mengurat ni memang tak akan tertinggal dalam diari hidup. Walaupun tak sepopular mana, namun setiap orang akan rasa seronok kalau ada peminat yang tersendiri walaupun peminatnya itu sekadar setengah orang. Setengah???

4. Hidup mewah dilayan 40 orang dayang
Ini juga antara yang ramai orang suka berangan. Aku pun nak juga. Tinggal kat rumah besar. Ada kereta mewah. Hidup mewah. Dayang-dayang buat semua benda termasuk hidang nasi. Kalau boleh nak aje suruh suap ya. Nak kunyah makan pun malas.

Nak pergi melancong, guna jet peribadi. Nak makan angin, guna je kapal layar.

Betul ke seronok hidup begini?

Biasanya, orang yang terlebih kaya berbanding orang lain ni tidak begitu menikmati hidup. Yang ada hanya dayang-dayang sahaja. Dayang-dayang ni akan setia kalau bayar gaji mahal. Agaknya, mereka yang kaya raya dan terkenal ni ramai kawan tak? Naik jet pribadi seorang diri, hanya ditemani pembantu pribadi berbayar. Kalau tak bayar, alamatnya seorang diri. Naik kapal layar pun dengan pembantu pribadi yang berbayar itu. Kalau tak bayar, sendirilah juga jawabnya. Wah! Deritanya. Nak ketawapun susah kan. Kita pun tak tahu ketawa orang yang ada sekeliling kita tu ikhlas ke tidaknya. Adakah juga sebab dibayar? Apa-apapun, ia tetap indah untuk diimpikan.

5. Beli seisi dunia

Bahagian ini nampak macam seronok. Beli sahaja apa pun yang nak. Beli jet, kereta spot, kapal layar, pulau, istana...duniapun kalau boleh nak beli. Kalau dah kaya raya, manalah nak beli barangan yang berjenama entah apa-apa. Dah tentu nak pakai pakaian ada jenama, melancong pun tempat yang berjenama, berkawanpun dengan orang yang setaraf jenamanya...tak kanlah nak kawan dengan aku yang bersepah entah mana-mana ni hu hu hu agak-agaknya, makan pun berjenama jugak tak? Mmmmm gamaknya, kalau aku tetiba jadi kaya macam tu (namapun angan-angankan?), adakah aku dapat lupakan sambal belacan dan tukar dengan cheese? Lupakan budu dan tukar dengan sos? Ohhhhh daku akan menderita tanpa sambal belacan dan budu, percayalah!

Betul ke perempuan suka berangan? Lelaki suka tak berangan? Apa agaknya angan-angan lelaki?

Mmmmmm dah letihlah berangan macam ni. Cukuplah ya berangan untuk kali ini ya. Kita sambung berangan lain kali pula. Banyak kerja belum siap lagi ni, kalau asyik berangan aje, entah bila nak jadi nyata. Dalam novelpun belum tentu dapat nyatakan impian tak masuk akal ni. Mmmmmm apa angan-angan aku ya? Ohhhh taklah besar sangat, sekadar nak jadi Duli yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong je hu hu hu angan-angan tak boleh blah!


PssssssT: Masa kecil dahulu aku tak sempat nak berangan semua ini, sebab dah perlu berkerja bantu keluarga. Sekolah rendahpun dah kena masak nasi (guna dapur kayu, comot je muka kena arang). Siap masak nasi pergi kebun getah cari kayu api...mmmm macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah pula hu hu hu ...namun, semua itulah buatkan kita lebih tekal hadapi onak duri kehidupan. Rasa tanggungjawab sudah terlatih sejak kecil.

Khamis, 9 Disember 2010

Segmen Mari Masuk Senarai BlogLarian

Aku pun nak masuk acara marathon jugaklah. Ni gara-gara promosi Jieda lah ni…Terima kasih ya Jieda, tulis entri pasal ni, kalau tak, memang aku tak tau hu hu hu

1) Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/


2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

Saya suka berblogwalking kerana
  1. Boleh tarik trafik: orang kata blogwalking boleh tarik pengunjung baru ke blog kita. Kalau kita dah melawat blog mereka, ramai yang akan membalas balik kunjungan. Jadi, trafik akan meningkat.
  2. Boleh tambah lebih ramai kenalan baru walaupun secara maya. Kalaupun kita tidak suka keluar, tidak semestinya tak punya ramai teman. Jadinya, rakan-rakan secara maya juga boleh ditambah dengan kunjungan sebegini. Malah, rakan maya ini tentunya lebih istimewa kerana tidak melibatkan jarak dan masa. Walau di mana sahaja berada, kita masih mampu untuk bersahabat secara maya.
  3. Eratkan silaturrahim sesama insan. Walaupun dikenali secara maya, acara jelajah blog sebegini mampu eratkan hubungan sosial sesama insan. Kita boleh saling kenal mengenal, berinteraksi dan berkomunikasi walaupun hanya secara maya.
  4. Membaca blog-blog lain sebagai sebahagian daripada pengalaman hidup. Membaca pengalaman orang lain juga boleh menambah pengalaman tentang kehidupan. Banyak cerita tentanghidup, berita, peristiwa semasa dan sebagainya boleh dikongsi dengan pembaca blog yang lain.
3) Follow Bloglarian (Siap!)

4) Tag 3 orang atau lebih rakan
Nak tag semua pembaca blog ni…sila serbu ke BlogLarian dan buat tag ya…


5) sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment
Dah beritahu kat sini…aci tak tuan tanah? Kira halallah ya…

6) Tinggalkan link post anda di comment entry ini... (yaaaa dah buat)


7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..
Terima kasih

8) tiada tarikh tutup buat masa ini
Tak payah tutup, boleh?

Sabda Cinta Tidak Lagi Melafazkan Kata



Katanya;
Apa salah berkongsi
Bukankah eratkan silaturrahim
Dekatkan hubungan ummah
Kukuhkan perpaduan umat
Teguhkan muhibah pengikut junjungan

Katanya tidak salah berkongsi
Sayang tak akan luak, malah kian subur
Cinta tak akan berkurang, malah kian ranum
Rindu tak akan habis, malah kian membara
Ingatan tak akan luput, malah kian kuat

Katanya lagi;
Aku tak akan dustai setiap janji
Tak akan lupa untuk sentiasa saksama
Dan berpegang teguh dengan lafaz akad
Menerima dia bukan bermakna kasihku padamu
Telah lupus
Namun ertinya
lebih menghargai seluruh pengorbanan suci
biar kau lakukan tanpa sudi

Andai sebegitu banyak manisnya
Aku benar-benar tak mengerti
Mengapa ramai jauhi
Biar ditawarkan payung emas berjuntai mutiara
Meneduh indah langit di Syurga

Hari ini,
Seorang lelaki terkedu tanpa sempat
Ucapkan sayang
Seorang wanita tidak lagi mampu
Tabahkan hati tanpa menguasai
Sedangkan wanita yang dikhianati seorang lagi itu
Hanya memandang tanpa rasa
Tanpa cinta,
Kerna dia teramat tahu
Payung bukanlah miliknya
Menumpang bayangpun tidak lagi mampu

Apabila cinta telahpun mati
Dek setia yang dikhianati
Masihkah ada sebab untuk terus menanti
Selain teduh mata anak-anak
Menahan langkahan kaki

Selasa, 7 Disember 2010

Bila Hijrah Itu Awal Muharam Yang Dinanti

Aku sambut ulangtahun kelahiran dua kali setahun. Dua kali??? Tak pernah dibuat dek orang kan? Tak apa orang lain tak buat, yang penting aku buat hu hu hu

Aku tak pernah sambut ulangtahun kelahiran dengan upacara tiup lilin atau potong kek. Kalau nak potong pun, aku beli yang dah siap dipotong. Paling meriahpun, aku masak pulut kuning, makan dengan serunding daging atau ayam masak pedas. Yumy! Ampun ya…tahun ni tak ada…paras vitamin M dalam darah berada pada kadar yang sangat tinggi!

Aku bangga sambut dua kali setahun. Tahun Masihi dan tahun hijrah. Lagi bangga bila setiap kali sambutan mengikut kalendar Hijrah, seluruh umat manusia di muka bumi ini menyambutnya (manusia Islam sahaja). Aminnnnnn meriahkan sambutan ulangtahun kelahiran aku. Siap cuti umum lagi di Malaysia kan? Bangga tak? Mestilah bangga…

Biasanya, tiap kali tiba tarikh indah tersebut, aku akan menyorok ke mana-mana tempat bersunyi diri dan hati…mengenang apa yang patut, menambah apa yang perlu, kemudian bangkit semula dengan semangat yang lebih waja. Dan kali ini, azamnya nak kerja dengan lebih rajin lagi (walaupun hakikatnya aku dah habis daya dan upaya nak kerja lebih kuat…namun, aku tetap akan lakukannya). Dengan hasrat yang aku sendiri tidak pasti mampu lakukan atau tidak itu., aku kongsikan juga sebuah puisi tulisan penyair tersohor dunia seperti di bawah…


Jikalau kau bekerja dengan rasa cinta
Engkau menyatukan dirimu dengan dirimu,
Kausatukan dirimu dengan orang lain, dan sebaiknya,
Serta kaudekatkan dirimu kepada tuhan.
Dan apakah yang dinamakan bekerja dengan rasa cinta?
Laksana menenun kain dengan benang yang ditarik
Dari jantungmu,
Seolah-olah kekasihmulah yang akan mengenakan kain itu.
Bagai membangun rumah dengan penuh kesayangan,
Seolah-olah kekasihmulah yang akan mendiaminya
Di masa depan.
Seperti menyebar benih dengan kemesraan, dan
Memungut panen dengan kegirangan,
Seolah-olah kekasihmulah yang akan makan buahnya
Kemudian.
Paterikan corakmu pada semua benda,
Dengan nafas dari semangatmu pribadi.
.
.
.
.
Kerja adalah cinta yang mengejawantah.
Dan jika kau tiada sanggup bekerja dengan cinta,
Hanya dengan enggan,
Maka lebih baiklah jika engkau meninggalkannya,
Lalu mengambil tempat di depan gapura candi,
Meminta sedekah dari mereka yang bekerja dengan sukacita.
Sebab bila kau memasak roti dengan rasa tertekan,
Maka pahitlah jadinya dan setengah mengenyangkan.
Bilamana kau menggerutu ketika memeras anggur,
Gerutu itu meracuni air anggur.
Dan walaupun kau menyanyi dengan suara bidadari,
Namun hatimu tiada menyukainya,
Maka tertutuplah telinga manusia dari segala
Bunyi-bunyian siang dan suara malam hari.

~Kahlil Gibran~


Sempena sambutan Awal Muharam, tahun baru Hijrah dan sambutan ulang tahun kelahiran aku yang gah ini hu hu hu, jom kita sama-sama kerja keras. Sama-sama majukan umat. Sama-sama majukan negara Malaysia nan tercinta ini. Jom berhijrah!

Selamat ulangtahun kelahiran untuk diriku sendiri ;)

Isnin, 6 Disember 2010

Cara Kawal Marah


Aku telah ditakdirkan lahir dari keturunan yang panas baran. Pemarah. Tak takut orang. Degil. Keras kepala. Pongah. Bengkeng. Gedebe. Agaknyalah, tak ada siapa pernah istiharkan semua itu. Ayahku baran, begitu juga arwah datuk. Menurut arwah datuk, moyangku juga begitu. Semuanya darah pendekar. Dan darah itu mengalir dalam tulang belulangku.

Bangga ada juga, rendah diripun ada. Bangga sebab tak pernah rasa takut kepada manusiapun. Rendah diri sebab adakala tahap panas baran tu buatkan orang tak selesa terutama bila “akalku hilang” sedetik dua bila setan berjaya hasut di telinga. Bila sedar khilafnya diri, mmm memang ada rasa menyesal, namun orang kata terlajak kata memang tak boleh nak delate balik. Hanya, berusaha baiki diri pada masa hadapan.

Kalau ikutkan, panas baranku ini dah banyak kurang berbanding masa belajar dahulu. Maklumlah, darah panas...setan cucuk sikit je dah latah. Lelakipun aku bantai, tak ada rasa gerun atau takutpun. Bila umur dah bertambah macam sekarang ni (tetap 18 tahun 2 hari sejak beberapa tahun lepas), sedikit sebanyak dah berjaya kawal diri dari marah hinggakan ada pula orang sakit hati dengan aku yang lebih banyak mengalah, menyerah dan buat tak kesah walaupun jelas sekali bukan aku yang salah. Mereka tak suka aku dibuli. Sedangkan, sebenarnya sangat sukar untuk jadi tak peduli sebegitu. Perlukan latihan yang berpanjangan.

Bukan mudah untuk belajar jadi penyabar, menerima seadanya dengan seisi kehidupan dan bertolak ansur walaupun orang lain yang salah. Ambil masa juga. walaupun begitu, aku lakukan beberapa perkara secara berterusan. Berikut aku nyatakan bagaimana cara untuk kawal kemarahan bagi orang yang baran macam aku. Mana tahu, ada manfaat untuk anda;

1. Perlu sedar sebenarnya “Tak cun pun bila marah”
Ada tak sesiapa yang bertambah jelita dan rupawan ketika marah? Maklumlah, kalau dah marah tu...kulit hitam berukar merah, mata sepet boleh jadi bulat (belum termasuk warnanya yang juga jadi merah menyala...tak ubah macam Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam), hidung gelap pun nampak cerah, pipi suram tiba-tiba sahaja bertukar merah jambu. Cantik kan?

Setiap kali marah, ingatlah bahawa kita memang tak cun bila marah sebegitu. Kalau kulit gelap gelita macam akupun boleh nampak kesan perubahan warnanya, campur pula dengan biji mata yang tajam, bulat dan bersinar-sinar renung orang macam nak telan (errrr...bayangkan je kalau Mr. Bean yang marah hu hu hu), hidung jadi pink kat atas puncak tu sejemput sahaja, kening pula bergerak-gerak dah jadi macam kening Ziana Zain...adakah wajah kita yang serba kekurangan itu akan terlihat rupawan dan jelita?

Setiap kali marah, setiap kali nak jerkah orang, setiap kali nak naik angin...ataupun dah ternaik angin sikit, cuba-cubalah bawa bertenang dan ingati bahawa “memang tak cun pun bila marah”. Bila dah ingat begitu, cubalah langkah seterusnya ini...

2. Istifar, kemudian tarik nafas
Dah sedarkan “tak cun kalau marah”? Istifarlah. Ingat bahawa syaitan cukup suka bila kita marah. Iblis akan ketawa tergolek-golek kerana berjaya buatkan kita naik angin. Bila kita dah istifar, dah sebut nama Allah, dah minta “dijauhkan dari syaitan yang direjam”, gelak iblis dan setan itu akan terhenti tiba-tiba. Tak sempat habis depa tu dok nganga gelakkan kita. Tetiba je dia tarik muka masam dan menraung-raung kesedihan sambil menjerit “Hampeh! Ingatkan dah boleh gelak!” hu hu hu

Tarik nafas panjang-panjang. Penuhkan oksigen dalam ruang dada dan kosongkan fikiran seketika. Sekurang-kurangnya tiga saat. Oksigen yang mengalir ke sel-sel dalam otak dengan kapasiti yang cukup akan buatkan anda lebih rasional. Jadinya, tak mustahil anda kemudiannya mampu untuk tersenyum ketika ini walaupun wap marah tu masih lagi bersisa. Orang yang tak berapa nak baran dah boleh atasi marah pada tahap ini. Namun, kalau jenis baran tu melampau-lampau...anda masih lagi perlukan langkah seterusnya.

3. Tahan nafas seketika di dada sebelum lepaskannya
Dah tarik nafas panjang-panjang kan? Ok, sekarang tahan seketika nafas kat dada. Beberapa saat pun dah ok tetapi kalau boleh buat lebih lama, lagi baik. Janganlah pula tahan sampai anda pula habis nafas. Kang tak pasal-pasal kena telefon ambulan pulak. Tahan takat 10 -15 detik (ikut kemampuan) pun dah cukup.
Tarik nafas, tahan seketika dan hembus nafas ini dilakukan secara berulang-ulang hingga anda dapat rasakan panas hati, marah, geram atau panas dada tu dah habis. Paling kurang dah semakin berkurang berbanding sebelumnya.

4. Ubah cara duduk
Andai saat itu anda sedang berdiri, bila dah sedar sedang marah, maka duduklah. Kalau tengah bercekak pinggang, luruskan tangan anda. Kalau tengah duduk, baringlah kalau rasa sesuai. Namun, kalau dikhalayak ramai, tak payahlah baring pula ya. Kang tak pepasal datang cop mohor baru pulak....opsssss! apa lagi kalau bukan terbakar fius hu hu hu

5. Beredar dari tempat itu dan buat sesuatu yang boleh kurangkan marah seperti makan aiskrim. Jangan shooping pula ya, karang papa kedana nanti. Makan tu pula, janganlah sampai ikut perasaan. Habis sebaldi aiskrim telan...itu bukan makan namanya. Itu dah sampai tahap mentekedarah!

Nak makan pun kena pilih juga. pilihlah benda-benda yang sejuk macam aiskrim. Macam ABC ke, cheese kek ke, coklat ke, atau yang manis macam bubur, macam pengat ke, ...ohhhh yummy! Jangan pula pilih makanan yang berjenis panas dan pedas. Karang makin bertambah meningkat pula suhu badan.

Makan sampai kenyang sudahlah ya...berhenti bila dah sendawa dua kali. Jangan terlalu ikutkan hasutan iblis, makan sampai tersadai tak boleh bangun. Itu bukan ubat, itu dah tambah penyakit. Kalaupun nak lepaskan gerampun, berpada-padalah. Masa nak makan tu pun, silalah makan dengan doa ya...baca Bismillah. Mulakan dengan nama Allah, barulah setan tak ikut makan sama dengan kita.

6. Ambil wuduk, baca al-qur’an
Dah makan satu baldi aiskrim pun masih lagi belum hilang hangat hati? Ambillah wuduk. Moga-moga siraman air wuduk mampu sejukkan hati, bukan sahaja kulit. Dah ambil wuduk tu, akan lebih baik kalau baca al-Qur’an. Biasanya aku suka baca surah yassin. Marah orang ke, tengah sedih ke, tengah geram ke...tak ada semangat ke...baca yassin boleh ubat hati aku ni. Nak nangis sambil baca yassin pun ok aje...kalau orang tanya nape nangis, selain jawab “tengah cuci mata” bolehlah juga bagi alasan ingat kat orang yang dah pergi, walaupun sebenarnya tengah rawat hati sendiri.

7. Mandi
Andai hati masih lagi belum sejuk dengan wuduk, dengan baca al-Qur’an...campur juga dengan bazir air mata secupak dua bila menangis tu, pergilah mandi. Mandilah lama-lama sikit. Habiskan air sekolah dua. Sambil mandi tu bolehlah sental bilik air sampai kilat. Maklumlah masa tu tengah geram, jadi bila sental tu...sehabis upaya tenaga kita guna. Dah sental bilik air, sambung pula dengan basuh baju dua tiga baldi. manual punya!

Aku pernah sental bilik air jam 2 pagi dan basuh baju entah berapa besen hanya sebab tersangat kecewa, marah dan sakit hati dengan komputer yang telah TELAN semua kerja aku selama setahun. Banyak woooooo fail-fail yang hilang tu, dah lah nak kena hantar cepat, semuanya habis dan lenyap begitu sahaja. Pada masa itu aku merempat kat rumah kakak. Abang ipar hanya komen “Baguslah! Marah selalu pun tak apa”
Cissss! Murka betul beta bila tahu hal itu. Huihhhh ada ka patut. Tau la masa tu kami tak mampu nak beli mesin basuh, usahlah dera daku sebegitu sekali. Macam bawang putih lak aku kena dera hu hu hu

8. Tidur
Wuduk dah ambil, al-Qur’an dah baca, mandi pun sudah...andai masih lagi belum reda rasa marah itu, pergilah tidur. Kalau ada penghawa dingin, pasang dengan suhu paling rendah. Baring dengan tenang dan tutup mata perlahan. Cubalah untuk tidur walaupun akhirnya hanya memaksa diri sahaja. Kalau berjaya tidur, bila bangun nanti...fikiran akan lebih tenang. Lebih segar. Agaknya bantal dah serap hawa panas marah kat dalam dada tu kot hu hu hu

Bab tidur ni, amat jarang-jarang untuk aku paksakan diri kerana kebiasaannya aku memang tak cukup tidur. Asal jumpa bantal sahaja, terus hilang dan ghaib ke alam baQa...alahai! Jadinya, sebelum tidur tu, kenalah baca doa tidur dulu...baca ayat-ayat yang patut sekurang-kurangnya 3 Qul.

9. Elakkan daripada jumpa punca kemarahan itu sehingga fikiran waras semula.
Selagi belum bersedia untuk bersemuka dengan punca kemarahan itu, usahlah cuba untuk bertembung. Sedapatnya, cubalah elakkan. Orang kata, undur bukan bermakna kalah...hanya susun strategi. Mmmmmm macam nak pergi perang pulak!
Namun, bila aku dah benar-benar bersedia, raksasa pun sanggup didepani hu hu hu apalah sangat takat ular sawa si anakonda. Namun, pada saat itu, sudah semestinya kepala dan fikiran kita dah waras. Dah boleh dikawal. Kita tidak lagi akan dikuasai emosi dan syaitan.

Selepas lakukan 9 langkah ini, kiranya anda masih lagi belum waras, maknanya memang bapak kepada bapak iblis sedang bertapa dalam dada anda. Sila mandi bunga campuran air bacaan yassin setempayan ya...Ish! ish! Ish! Kebal benarlah pulak setan tu! Sila cari jalan untuk halaunya dari bertenggek dalam aliran darah anda. Serius, aku tak tipu!

Kalau aku, biasanya tahap 5 dah ok. Kalau belum ok lagi bermakna...masa tu tengah meroyan salah makan ubat batuk hu hu hu. Walaupun hanya sampai tahap 5 sahaja, namun langkah terakhir itu tetap aku amalkan. Selagi aku belum bersedia untuk bertembung dengan punca kemarahan itu, usahlah cuba-cuba untuk kail angin aku ni ya. Kelak, tiba saat aku dah bersedia ...fuyoooo, bapak kepada anakonda pun aku belasah tak henggat donia. Jadinya, kalau aku yang baran dari entah berapa keturunan ini pun boleh kontrol, tak kan anda tak boleh.

Cer dengar apa nasihat Ustaz Kazim Elias bab marah ni...



Sungguh tak comel bila marah. Cik Bintang selalu nampak aku marah, jadi dia lebih tahu betapa rupawan dan jelitanya aku kalau marah ;)


PssssssT: Selamat menyambut kehadiran tahun baru Hijrah. Selamat Hari Muharam untuk semua…jom makan cheese kek beramai-ramai!

Aku Dah Rapunzel, Kalian Bila Lagi?

Macam mana rupanya kalau anda punya rambut yang panjang? Paling panjang aku pernah ada rambutpun hanya hingga lepasi punggung sahaja. Kalau duduk memang cecah lantai. Simpan untuk 3 tahun boleh dapat sepanjang itu. Sekarang? Dah pendek hu hu hu!


Hari ni aku berkesempatan menonton Rapunzel. Beginilah sinopsisnya;

Sinopsis Rapunzel

Sepasang suami sangat gembira apabila isterinya hamil. Si isteri mengidam nak makan salad, jadi si suami masuk ke hutan untuk mencari salad tersebut. Malangnya salad berkenaan kepunyaan ahli sihir bernama Nyisari (Dah namapun ahli sihir,m memanglah jahat kan hu h uhu mana ada ahli sihir baik). Si suami dibenarkan mengambil salad berkenaan dengan syarat mereka perlu serahkan bayinya setelah lahir nanti. Si suami tiada pilihan lain, dia bersetuju.

Si suami cuba melarikan diri dari kampung tetapi mereka dihalang oleh si ahli sihir Nyisari. Dia telah menyihirkan rantai kepada kedua suami isteri itu; sekiranya mereka cuba lari lagi, rantai itu akan mencekik mereka. Apabila anak itu lahir, Nyisari telah datang mengambilnya.

18 tahun kemudian, anak itu telah besar dalam jagaan Nyisari dan diberi nama Rapunzel. Rapunzel tidak dibenarkan keluar rumah atau bermain di halaman, apalagi bergaul dengan anak-anak yang lain oleh ibu sihirnya (betul ke panggilan begitu? Hu hu hu). Semasa ibunya tiada di rumah, dia telah curi-curi keluar untuk bermain dengan anak gadis yang lain tetapi setelah mereka mengetahui siapa sebenarnya Rapunzel, mereka semua lari ketakutan (kan semua orang takut dengan ahli sihir). Ini menyebabkan dia menangis kesedihan.

Tangisan itu didengari oleh ibu bapa kandungnya. Mereka sempat menceritakan apa sebenarnya yang berlaku sebelum si mak sihir tiba-tiba muncul di situ (best betul jadi ahli sihir ni, boleh muncul mana-mana pun). Rapunzel kemudiannya dikurung dalam menara yang hanya mempunyai satu tingkap sahaja tanpa tangga untuk mendakinya. Ibu sihirnya telah sihirkan rambutnya jadi panjang, jadi bila ibu sihir itu datang, dia akan panjat rambut Rapunzel ke atas.

Satu hari seorang pemuda kacak, Dimas (anak pemimpin daerah) telah tertarik dengan kecantikan Rapunzel dan berjaya memperdaya gadis itu bawakan dia ke atas. Mereka berkenalan dan jatuh cinta. Dimas berusaha menyelamatkan Rapunzel dan ingin berkahwin dengannya. Bila ibu sihirnya dapat tahu Rapunzel bertemu Dimas, dia telah campakkan Rapunzel ke dalam perigi buta dalam hutan. Ibu sihir itu juga menunggu Dimas di menara, menyihir Dimas menjadi buta, kemudian mencampakkan Dimas keluar menara.

Dimas mencari Rapunzel berdasarkan suara nyanyian Rapunzel dari dalam perigi. Akhirnya mereka bertemu semula. Mata Dimas pulih semula setelah terkena air mata Rapunzel. Mereka akhirnya berkahwin. Rapunzel dapat bertemu semula kedua ibu bapa kandungnya, manakala ibu sihirnya datang buat kacau pada hari pernikahannya. Akhirnya ibu sihir itu dan Rapunzel jatuh perigi buta, tetapi Rapunzel selamat (pelik juga, tetapi dah namanya pun cerita dogeng, macam-macam boleh jadi).


Kat Malaysia, pernah juga ada versi Rapunzel ni dalam Mayang Mengurai;


Macam mana, meriah tak Rapunzel yang aku tengok kat TV3 dalam slot Cerita Dongeng tu? Alahhhh yang selalu TV3 tayang setiap Ahad jam 3 petang selepas siaran Nona? Lorrrr sape kata aku masuk panggung tengok animasi Rapunzel versi orang puteh tu? ini versi Indonesialah!

Errrrrrr….ampunkan dakulah ya! Aku nengok versi Indonesia kat depan TV je.

Semua gambar dari Google.com

Ahad, 5 Disember 2010

Budak Kelantankah Berdoa Cari Jodoh dengan Jejaka Hensem?

Kelakar tak tajuk? Macam pelik sikit kan?
Entah kenapa, aura “doa cari jodoh” selalu sahaja memberi trafik kepada aku walaupun bukannya banyakpun. Namun, boleh dikatakan setiap hari. Malangnya, doa itu tak ada kat blog aku ni. Yang ada hanya Doa Cari Jodoh?

 
Betapa ramainya insan sedang berdoa untuk dapatkan jodoh…buat aku teruja untuk cari doa itu juga. Untuk kongsi di sini, agar pencarian mereka terhenti di sini. Sayangnya, Disember adalah bulan paling penuh aktiviti dalam kelendar aku. Bagaimana ni?

Tangguh dululah ya…lain kali, kalau ada kesempatan aku akan tolong carikan untuk pencari-pencari doa cari jodoh.




Sabtu, 4 Disember 2010

Aanas Tag Award

Dah lama tak kena tag. Aku paling tak reti nak jawab tag. Seringnya tag daripada teman-teman akan terbiar (Ohhhh ampunkan daku!) Walaupun ada juga yang aku jawab dengan segala susah payah. Bila siap, rasa semput dada pun ada.
Kali ni Aanas dah tag aku di blognya. Tag dan award serentak. Aku tampal kat mana tah award ni…boleh gantung kat tiang seri rumah tah? Hu hu hu hu Namun ada syarat-syaratnya kalau nak ambil award ni...



Syarat-syarat:

1. Jangan kerek.Ucapkan Alhamdulillah dulu, pastu thanks giver award ni

Alhamdulillah sebab sihat badan, lapang fikiran, tenang hati, damai jiwa, :) ... (ok sebenarnya yang tu aku salin dan tampal terus dari blog Aanas. Boleh kan?)

Terima kasih Aanas, bagi award ni...tetiba je rasa terharu. Rasa macam, daku sudah dihatimu (la la la)


2. Jangan kedekut, kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain ;)

Nak kongsi award ni dengan: SEMUA PEMBACA Saat kau Sentuh Hatiku (baru tak kedekut kan?)


3. TUJUH perkara tentang diri saya: (Tujuh je? Awatnya sikit sangat?)
  1. Suka jalan-jalan, makan angin dan melancong serata ceruk alam. Lagi suka kalau FREE je dapat menyelam dasar laut, mendaki gunung ganang, menjejalah segala tanah rata; menikmati dan menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah.
  2. Suka ambil gambar walaupun bukannya reti pun ambil gambar. Asal jadi gambar dahlah...walaupun sangat kagumi sesiapa yang pandai ambil gambar.
  3. Suka membaca, walaupun tak ada apa yang nak dibaca, tetap boleh baca dan telaah kulit gula-gula. Sangat suka beli buku, baca buku dan simpan koleksi buku. Kalau tak ada duit sesenpun, baik tak payah melintas depan kedai buku. Sanggup tak makan sebab beli buku.
  4. Sangat tak suka dengan perempuan yang nampak je comel, wangi dan bergaya tetapi hakikat sebenarnya pengotor, penyepah dan boleh hidup dalam semak samun macam sarang tikus. Anti sangat-sangat.
  5. Akan hormat orang yang tahu hormat orang lain. Kalau tak reti nak hormat orang, walaupun dah tua bangka, jangan terlalu aku akan hormat dia hu hu hu
  6. Sangat tinggi yakin diri. Walaupun sesekali menjunam sampai ke dasar laut, biasanya sekejab sahaja. Meroyan sehari dua, kemudiaannya akan teruskan semula apa yang perlu dilakukan dengan penuh keyakinan.
  7. Sekali kubilang sayang, akan selamanya sayang. Bila dah benci, hingga hujung nyawa benci itu merentap tangkai hati. Jadinya, usah tukarkan kasih sayang itu dengan benci...kelak, kalian jugak akan rugi ;)
Ohhhhh akhirnya selesai juga jawab tag ini. Ohhh Aanas…harapnya anda puas hati.

Selasa, 30 November 2010

Mmmm Nak Jadi Beruang Kutub Hari Ni

Semalam tidur awal, jam 11 malam dah lompat naik katil. Biasanya paling awal jam 2 pagi aku tidur. Itu waktu biasa untuk aku beradu entah berapa lama semenjak dua menjak ni. Namun hingga jam 12 aku masih lagi guling balik tak lelap mata. Tak tahu jam berapa terlena selepas itu.

Bila jaga pagi tadi, badan masih lagi lesu. Tanda-tanda tidur yang tak berkualiti. Sambung tidur semula hingga jam 9.30 pagi, masih juga lemah rasa badan. Kenapalah pulak nak malas-malas ni? Adakah aku juga seperti dia dan Dina?

Esok dan lusa ada acara rasmi di Hotel Equatorial (malas nak check balik ejaan hu huhu). Kalau aku tak pergi, akan jejaskan kerja orang lain juga.

Hari ini, izinkan aku seperti ini sepanjang hari;



Dan segar bugar semula selepas itu.



Pssst: Dah lama tak dengar Amir jerit meragam nak susu dan nak tidur.

Isnin, 29 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Akhir


Sebab ke Empat mengapa Aidiladha disambut dengan meriah di Kelantan kerana;

Ke Empat: Memasak Dan Jamu Kepada Tetamu

Apabila buat ibadah Qurban, ramai yang ambil satu per tujuh daripada seekor lembu. Maklumlah, kalau nak buat seekor, mana nak mampu kan. Jadinya, kalau anda buat ibadah Qurban di kelantan, anda akan menerima sejumlah satu per tujuh daripada seekor lembu Qurban tersebut. Semuanya. Kalau lembu itu gemuk dan banyak daging, maka banyaklah timbangan yang akan anda terima. Kalau lembu itu kurus kering, maka sedikitlah jumlah timbangannya.

Disebabkan ramai yang melakukan ibadah Qurban ni, maka masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk diagihkan daging tersebut. Kebanyakan daripada mereka memasak dan kemudian menjamu tetamu yang datang. Ada juga membuat kenduri ringkas seperti kenduri arwah, bacaan yasin dan sebagainya. Bagi golongan muda belia pula, mereka akan ajak kawan-kawan dan diadakan acara membakar daging yang akan dimakan beramai-ramai. Ada juga yang buat acara bakar sate. Tak kurang pula yang memberi daging dalam bentuk mentah kepada orang yang berhak.

Tak kira apapun caranya, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Apa yang utama, ikatan dan ukhuwah semakin erat. Sambil bakar daging, sambil bercerita dan bergurau senda. Maklumlah masing-masing dah lama tak jumpa. Ada masa berjumpa dan meluangkan masa bersama rakan-rakan itu yang utama berbanding makan. Daging yang dibakar belum sempat angkat, dah pun hilang ditarik orang. Harapkan kenyang dengan makan daging bakar sebegitu, memang tak berapa nak kenyang berbanding menjamu masakan bersama hidangan nasi, tetapi ikatan dan kemesraan akan bertambah erat dengan cara itu.

Sekarang, sangat sukar untuk mencari orang yang benar-benar layak menerima daging Qurban. Ada masa, ramai yang mengambil kesempatan untuk buat kenduri arwah (memasak) atau buat acara keagamaan yang lain. Pada masa yang sama, sekiranya terdapat sahabat handai dan jiran tetangga yang mempunyai anak yang ramai, tidak melakukan ibadah Qurban, golongan tua yang sudah tidak upaya berkerja, mereka ini juga diberikan daging mentah.


Ke Lima: Hari Pertama Acara Qurban, Hari Kedua Baru Jejalan

Bagi yang menjalani ibadah Qurban, pada hari raya Aidiladha pertama, biasanya mereka akan lakukan ibadah Qurban tersebut. Selepas solat sunat Aidiladha di masjid atau surau, mereka akan ke tempat acara Qurban dijalankan. Ada yang jauh (biasanya mereka akan berkumpul dan ambil bahagian qurban ni bersama rakan-rakan atau saudara mara yang dekat. Jadi, walaupun jauh sedikit, mereka sanggup sahaja pergi.

Biasanya, sepanjang pagi hingga ke awal petang, dalam lingkungan jam dua ke tiga petang, mereka akan berada di tempat sembelihan lembu. Baliknya dengan jumlah daging tertentu. Untuk satu bahagian lembu, biasanya boleh cecah satu besen besar daging dan satu besen besar tulang. Belum masuk kalau ambik kepala atau kaki. Belum juga termasuk perut. Kalau dah termasuk 3 benda ini, akan lagi bertambah. Jadinya, hari ini masing-masing akan sibuk menguruskan daging kurban tersebut..

Bukannya sekejab nak uruskan semua daging itu. Potong besar-besar, tos dan simpan pun dah ambil masa juga. Apalagi kalau nak siapkan perut (usus). Kena letak kapur lagi. Nak kikis kaler hijau rumput rampai yang melekat kat usus tu lagi, kalau yang degil tu…kena celur pulak. Kikis lagi. Kalau kena perut kitab (usus yang dindingnya berlapis-lapis nipis- yang ni lagi best makan sebenarnya), lagilah mencabar minda. Kena selak setiap lapis itu, kikis sampai jadi putih (tak lalu nak makan kalau kaler hijau kehitaman tu masih ada…akan teringat kat isi usus lembu tu sebelum disembelih, tinggi betul imaginasi aku kan?), kemudian rebusnya pula hingga empuk.

Belum kira lagi nak kena kapak dan parangkan tulang belulang supaya jadi kecil dan dibuat sup. Belum campur juga acara masak memasak yang seadanya untuk tetamu dan sanak saudara yang bakal datang. Jadi, paling cepat semua itu selesai pun hingga hampir maghrib. Itupun kalau cekap dan cepat tangan bertindak. Kalau yang lemah gemalai macam aku ni, malam pun masih lagi terhegeh-hegeh potong daging untuk dimasak. Esok baru boleh makan kot! Semua ni dilakukan ahli keluarga sahaja kerana masing-masing sekampung kan melakukan ibadah Qurban. Setahun sekali tunjuk bakat memasak, memanglah lambat. Hari yang lain pakai order je belakang rumah (belakang rumah aku ada Secret Recipe)

Bagi yang tak berkorban tahun itu, mereka ni akan mula melakukan jelajah rumah sedara mara dan sahabat handai terdekat. Kalau rumah yang mereka singgah itu melakukan ibadah korban, mereka akan dijamu seadanya (bagi yang dah siap masak) atau dibekalkan dengan daging mentah untuk dibawa balik. Bagi yang lakukan ibadah qurban, acara beraya akan bersambung pada hari raya kedua atau selepas mereka menjamu masakan berkenaan kepada tetamu. Orang-orang tua pula lebih suka menunggu tetamu (golongan yang lebih muda datang menziarahi) pada ketika tersebut sehingga beberapa hari (perantau dah pergi semula), termasuk ayah. Bila kami semua dah balik KL barulah ayah dan mek dengan penuh sentimental dan loving couple akan ke rumah rakan-rakan dan adik beradiknya yang lain.

Ke Enam: Ziarahi Kuburan


Menziarahi kuburan juga dibuat pada hari Raya Aidiladha macam Aidilfitri. Maklumlah, bukan kerap pun kita balik kampung dan sempat ziarahi ahli keluarga yang dah pergi lebih dulu. Masa inilah kita luangkan masa ya.


Mek di kuburan Bonda dan Ayahandanya…arwah Mak (nenek) dan gemulah Pak (datuk) akulah tu…


Cukuplah kot enam sebab tu kan? Letak banyak-banyakpun bukannya korang baca hu hu hu itu statement orang yang dah bosan nak tulis panjang lagi. Tak sempat sebenarnya ni. Tengah kejar banyak tarikh mati. Jadi, kira dah cukuplah ya entri pasal Hari Raya Aidiladha ni. Risau jugak kot ada yang termuntah bila membacanya. Muntah sebab bosan hu hu hu

Sabtu, 27 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Ketiga

Entri ini adalah sambungan entri terdahulu di Pertama: Perantau Balik Beraya. Sesak Itu Indah, Kedua: Acara Qurban Dijalankan Secara Persendirian

Aidiladha juga disambut dengan meriah di Kelantan kerana;

Ketiga: Walaupun Tak Mampu Pergi Haji, Ganti dengan Qurban

Semua orang Islam bercita-cita untuk jejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Ada ke yang tak nak? Sila angkat tangan ya kepada sesiapa yang tak mahu pergi ke sana biarpun hanya sedetik.

Walau bagaimanapun (ceeeewah formal bebenor pulak lah ayatnya!) Bukan semua orang ditakdirkan mempunyai keupayaan dari segi kewangan, fizikal dan mental. Macam aku sendirpun, walaupun orang nampak selalu sahaja pergi merata ceruk Malaysia (dunia belum habis ceruk lagi pergi…hanya dua tiga inci sahaja pernah jejak), namun semua itu dengan urusan kerja. Bila namanya pergi sebab kerja, maka perbelanjaannya Kerajaan Malaysia yang tanggung. Hakikat sebenar, aku masih belum layak untuk menunaikan umrah atau haji kerana: masih dikelilingi hutang piutang. Hutang belajar belum bayar, hutang yuran pengajianpun masih tertunda seribu (sahaja) tetapi awal tahun depan akan menjadi dua ribu pula sebab dah mula semester baru, hutang itu hutang ini…kalau ikut perkiraan aku…hingga 2018 baru separuh hutang berjaya aku langsaikan. Itupun setelah membayarnya dengan gigih setiap bulan dengan jumlah yang tetap.

Jadi, bagaimana nak jejak kaki di Tanah Haram itu? Nak jual tanah (macam yang selalu orang kita buat), aku hanya ada beberapa pasu tanah sahaja di depan rumah. Itupun dah tanam bunga. Ada 6 pasu lagi masih kosong belum isi tanah. Buat loan? Berhutang lagi! Layakkah orang yang dikelilingi hutang macam aku ni mengerjakan umrah dan haji?






Bila tak mampu untuk mengerjakan Haji atau Umrah, sebahagian besar daripada kita akan melakukan ibadah Qurban. Banyak hikmahnya. Tinggi nilainya bila dilakukan dengan ikhlas. Janganlah pula jadi ibadah qurban macam dalam cerita Habil dan Qabil pula ya…semua orang memang dah tahukan kisah tu? Jangan kata Habil dan Qabil yang pernah tayang di tv3 tu sudahlah ya! Nak kena luku tu!

Apa yang aku nak ketengahkan di sini adalah, ibadah Qurban yang dilakukan ini BUKANnya GANTI ibadah Haji, iaitu tak payah pergi haji. Maksud aku di sini adalah, kita tak mampu nak pergi Haji setiap tahun, tetapi kita mungkin mampu untuk laksanakan ibadah Qurban ini kerana kosnya tidaklah setinggi nak pergi haji. Karang ada pulak yang kata aku sebarkan ajaran sesat pulak kang…ni bukan ajaran dari Kerajaan Langit ya.





Bila lakukan ibadah Qurban, saat paling syahdu adalah semasa niat, iaitu ketika darah binatang korban tersebut mengalir dan proses jual beli yang berlangsung sebelumnya. Masa melapah, memasak atau makan tu tak rasa apapun. Rasa kenyang je kalau terlebih makan. Kalau zaman aku kecil dahulu, mungkin masa itu ramai yang berpendapatan rendah, sangat seronok bila musim Aidiladha ini. Walaupun kami tidak mampu lakukan ibadah Qurban, atau lakukannya sekali sekala sahaja, namun…mendapat daging pemberian orang lain memang sangat mengujakan. Dapatlah merasa sekali sekala makan daging yang elok sedikit berbanding kalau beli sendiri. Hanya daging-daging yang berkualiti rendah (berurat-urat), lemak (ayah dan abang sangat sukakan lemak berwarna kuning hingga sekarang) dan bahagian yang orang lain tak suka seperti kaki, yang mampu kami rasa.

Apabila lakukan ibadah sebegini, terutama bila ada ahli keluarga terdekat dan jauh pergi mengerjakan Haji pada tahun tersebut, masing-masing akan berlumba-lumba untuk melakukannya. Ada yang buat ibadah Qurban untuk diri sendiri, untuk mak ayah, untuk aqiqah anak, kenduri arwah dan sebagainya. Maklumlah setahun sekali sahaja. Kalau boleh buat ramai-ramai, rasa seronok juga. Sebab itu jadi lebih meriah. Kat Mekah meriah dengan suasana baru, rupa bentuk bangunan baru dah meriah juga dengan orang juta-juta lemon, kat Kelantan meriah pula dengan sembelih lembu.




Di Kelantan, kesedaran untuk lakukan ibadah Qurban ni memang sangat tinggi. Walaupun kerja sendiri seperti buat bendang, menoreh atau berniaga kecil-kecilan, apabila sampai je bab melakukan ibadah Qurban ni, mereka macam tak kesah dan mampu aje. Kalau tengok rumah mereka, ada yang nampak nak roboh. Tak ada kenderaan pun, walau motor buruk (ada lagi ke yang tak ada motor buruk?). Menjual di Pasar Siti Khadijah tu pun kat tepi tangga sahaja. Bawa kelapa dua tiga biji, bunga kantan satu plastik, sayur-sayur kampung…habis sahaja hasil jualan untuk hari itu, mereka akan balik. Tak ada niatpun nak tambah lagi banyak-banyak untuk jadi kaya cepat (ini cerita mak cik aku, seorang janda. Dia berjualan hanya isi masa hariannya dan untuk keperluan harian sahaja. Nampak macam tak ada cita-cita tapi akaun dia lebih tebal dari aku sebab dia ada tanah getah yang orang lain usahakan. Hasil jualannya itu hanya untuk makan hari itu sahaja. Dia kena kerja sebab dah biasa kerja sejak muda)

Kesedaran untuk melakukan ibadah Qurban inilah menjadikan ramai orang di Kelantan menyertai acara ini. Sekiranya anda jelajah negeri Kelantan pada Aidiladha, anda akan temui ibadah Qurban ini dilakukan di merata tempat. Dibuat secara persendirian juga, bukannya diuruskan mana-mana organisasi di kampung atau daerah. Mungkin orang kampung pun dah tak larat nak tubuhkan AJK sebab kalau dikumpulkan semua satu kampung, berkemungkinan akan ada berpuluh ekor lembu atau kerbau (biasanya lembu) perlu dikorbankan. Letih tu. Boleh meninggal AJK nak uruskan.

Mengenang meriahnya Aidiladha, rasa sangat berbaloi untuk bersesak balik kampung walaupun hanya ditemani awan gemawan sahaja.

Khamis, 25 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Kedua

Entri ini adalah sambungan entri terdahulu di Meriahnya Aidiladha di Kelantan: Edisi Pertama
Aidiladha juga disambut dengan meriah di Kelantan kerana;

Kedua: Acara Qurban Dijalankan Secara Persendirian

Acara Qurban di Kelantan biasanya diadakan secara persendirian. Acara keluarga dan sahabat handai yang terdekat. Kalau seekor lembu tu, ada masanya hanya dua atau tiga keluarga sahaja. Tahun ini umpamanya, keluarga kami kat kampung ambil peluang sempena aidiladha untuk buat aqiqah sama. Adik kat kulim dah dua bahagian sebab anaknya kembar, abang yang kat kampung satu bahagian, adik kat Sijangkang juga satu bahagian. Asalnya ayah juga ambil satu bahagian tetapi akhirnya terpaksa mengalah kepada permintaan orang lain yang nak lakukan qurban tu.

Sejak dahulu, ayah memang bela lembu. Tak kesahlah berapa ekor, paling ramai pun 4-6 ekor sahaja. Lembu-lembu itu pula akan disembelih dan jual dagingnya berdasarkan permintaan. Jadi, tahun ni, ayah bekalkan 4 ekor lembu untuk upacara qurban ini dengan 4 bahagian daripadanya adalah ahli keluarga kami. Jadinya, setiap tahun, rumah kami akan menjadi tempat untuk acara sembelih lembu Qurban.

Sebelum pulang berhari raya minggu lepas, aku sempat berbual-bual tentang sambutan Aidiladha dengan beberapa orang rakan sekerja. Menurut mereka, acara sembilahan binatang Qurban dilakukan di masjid dengan dikendalikan ahli jawatankuasa tertentu. Ramai yang akan membantu kerana jumlah lembu Qurban juga tidak banyak. Satu kampung dalam 4-5 ekor lembu sahaja sedangkan di Kelantan, (kat rumah akulah ya…bukan keseluruhan Kelantan), 4 ekor lembu tumbang hanya di rumah aku sahaja. Belum lagi rumah orang lain. Dalam sekampung, mungkin berpuluh ekor lembu akan tumbang. Mungkin inilah punca mengapa kemeriahannya lebih terasa.

Berikut gambar-gambar semasa Aidiladha lepas.

Acara jual beli;


Satu! Dua! Tiga! Bukan mudah tumbangkan lembu. Nasib baik ada jejaka kacak berbaju merah tu kan (adik aku...dah berpunya tu!)


Sila niat ya...


Acara melapahpun bermula...



Juara: wanita Kelantan memang pandai berdikari. Takat tulang lembu…no hal lah!



Kalau tahun-tahun lepas, apabila lembu telah ditumbangkan, sedikit daging akan dibawa ke rumah kami mengikut persetujuan setiap ahli yang menjalankan ibadah Qurban tersebut. Bukan banyak pun, sekadar 5kg sahaja untuk dimasak terus. Bahan-bahan lain seperti beras, bahan-bahan masakan atau apa sahaja keperluan memang kami sebagai tuan rumah sediakan. Bukannya berbayar, kira sebagai amal jariah untuk semua orang sama-sama merasa nanti.

Kaum wanita akan siang daging tersebut dan memasak dengan resipi yang mudah dan ringkas sahaja seperti goreng kunyit, acar mentah, sup tulang dan kari daging masak ala kampung. Gotong royang ini sama-sama kami rasa enak masakannya secara beramai-ramai setelah semua daging siap dilapah. Maklumlah, walaupun nampak mudah, melapah daging juga agak memenatkan. Tambah pula bukan semua orang pandai (setahun sekali je buat benda ni…) melapah daging. Kalau tak pandai, lagilah lambat. Jadinya, bila semua dah siap bertungkus lumus di bawah, semua yang berkerja itu dapatlah makan tengahari sebelum balik.

Kebiasaannya kenduri yang pertama ini memang akan menyebabkan semua orang makan dengan banyak. Sebabnya mudah sahaja, pertama memang sedang lapar dan penat. Kedua, kali pertama merasa daging segar, memang cukup berselera. Pada ketika ini selalunya semua nasi dan lauk pauk yang dimasak akan habis. Setiap orang makan bertambah.

Pada tahun ini, acara makan-makan itu tidak dilakukan walaupun kami kaum perempuan dah bersedia untuk menjalankan tugas seperti kebiasaannya. Mungkin sebab tahun ini, sebahagian besar peserta ibadah Qurban itu terdiri daripada golongan muda yang pertama kali hadiri acara itu di tempat kami. Kalau dah biasa, mereka memang tahu mereka akan menjamu selera sebelum balik. Walaupun kami tuan rumah, tetapi kami tidak ada hak untuk mengambil setiap gram daging Qurban berkenaan tanpa keizinan dan persetujuan setiap ahli tersebut.

Ahli-ahli yang dah biasa melakukan ibadah Qurban di tempat kami kelihatan agak kecewa dengan keadaan itu tetapi masing-masing memahami. Maklumlah, kalau tidak ada acara makan-makan di rumah kami, dah tentu mereka perlu balik dengan perut sedikit berkeroncong. Nak tunggu untuk makan daging yang mereka bawa balik itu, malam pun belum tentu siap kecuali ahli keluarga yang membantu itu ramai. Di Kelantan, setiap orang yang melakukan ibadah Qurban akan menerima seluruh satu pertujuh bahagian yang diqurbankan itu, bukannya satu atau dua kilogram daging sahaja seperti yang diamalkan di KL. Jadi terpulanglah kepada tuan empunya bagaimana untuk agihkan daging berkenaan sama ada berikan kepada orang yang berhak secara mentah atau memasak, kemudian membuat jamuan di rumah masing-masing.

Kami yang menjadi tuan rumah hanya menyediakan minuman dan makan-makan ringan seperti nasi impit sahaja. Kata sepupu “Aku lapar ni…nak kena telefon Nah masak nasi”. Adiknya itu memang tidak bersiap sedia untuk juadah makan tengahari kerana tetamu yang hadiri Qurban di rumah kami biasanya akan balik dengan kenyang. Hanya tahun ini sahaja tidak.

Bagi aku pula, situasi itu memang meringankan sedikit bebanku. Bukan tak ikhlas masak segala dan uruskan semua kerja-kerja di dapur, namun menjadi tuan rumah memang berat juga. Semua perkara kena urus dari air minum yang tak pernah berhenti perlu dibancuh. Belum lagi kira kerenah orang yang macam-macam. Seorang nak minum teh, sorang lagi nak neskefe. Ada yang nak minum panas, ada juga nak yang sejuk. Belum kira kerenah budak-budak lagi. Kalau tahun-tahun sudah, adik perempuanku juga ada, kali ini dia masih lagi dalam perjalanan balik. Semua urusan dapur aku kena urus sedangkan aku sendiri masih lagi terkial-kial perlu mencari mana letaknya garam, gula, asam dan segala. Maklumlah, balik pun dua kali setahun sahaja. Mana nak tahu mana Mek letak semua itu.

Walaupun tanpa acara memasak pra kenduri itu, tumit kaki tetap lenguh. Buku lali bagai nak tercabut. Sehari sebelumnya ayah dah sembelih seekor lembu yang lebih besar untuk jualan pra-aidiladha di tepi jalan. Malamnya dia bawa balik sebatang kaki untuk buat sup gearbox. Dah sengal pun badan melapah tulang-tulang itu menjadi ketulan yang lebih kecil. ketika itu hanya aku dan Mek sahaja ada di rumah. ikutkan Mek, dia lanyak je masukkan tulang kaki itu ke dalam periuk paling besar. Masalahnya bila nak hidangkan nanti…pasti tak akan muat dalam pinggan paling besar pun. Tak kan nak hidang dalam “jeluk” (besen) pulak. Dah kapak pun ada dekat, lalunya mengapaklah aku tulang-tulang itu untuk kecilkan sedikit. Kalaupun tapak tangan tak pecah, dah jadi keras jugaklah sikit…mmmmm kena tambah losyen nanti hu hu hu

Sepanjang raya Aidiladha hari pertama, perlu diuruskan pula daging, perut dan tulang-tulang lagi. Walaupun ayah tak jadi qurban, namun adik, abang dan adik perempuanku telah kumpulkan jumlah daging bahagian masing-masing dan tinggalkan di rumah. Walaupun tidaklah banyak, namun dah tentu lebih 10 kg tidak termasuk tulang dan perut. Nak uruskan perut itulah yang malas ni…leceh! Masa makan tak leceh pun hu hu hu

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Ke Tiga akan bersambung dalam entri seterusnya.

Selasa, 23 November 2010

Meriahnya AidilAdha di Kelantan: Edisi Pertama

Entri ni berkaitan sambutan AIdiladha yang kami sambut. Apa yang aku tulis ini hanya relevan untuk keluarga kami sahaja, mungkin berbeza dengan keluarga lain di Kelantan. Namun, ini antara gambaran bagaimana kami menyambut kehadiran Aidiladha yang semua orang kata kami sambut dengan meriah. Hakikatnya, aku sendiri tidak tahu kat mana meriahnya itu kerana sambutan sebegitu telah sebati dalam keluarga kami. Peringatan: entri ini akan jadi panjang dan dimuatkan dalam entah berapa entri.

Apa yang menyebabkan AidilAdha lebih meriah di Kelantan;

Pertama: Perantau Balik Beraya. Sesak Itu Indah

Anak Kelantan suka merantau. Tak tahu setakat mana benar tidaknya. Yang pasti, aku sudah tinggalkan Negeri Serambi Mekah Cik Siti Wan Kembang itu pada 1993, hingga kini boleh dikatakan sudah menetap di Bangi. Walaupun Serambi Mekah itu tenang untuk dihuni, aku lebih memilih untuk bermastautin di Selangor. Ramai orang kata, di sana ketandusan kerja. Untuk aku, boleh sahaja aku ke sana, masih ada ruang. Namun paling utama, agak sukar untuk aku berkerja dalam suasana dan cara hidup masyarakat Kelantan yang lebih banyak toleransi itu. Bagi aku, kerja tetap kerja. Semasa berkerja, aku perlu tumpukan dan serius dengan kerja aku, sedangkan jika di sana, kerja adalah sebahagian daripada hidup. Barangkali aku yang tak reti nak bermasyarakat kot hu hu hu

Sebelum hari raya lepas, aku berkesempatan ke pekan untuk bayar bil letrik. Di TNB itu, aku perlu beratur beberapa minit kerana satu kaunter sahaja yang buka. Maklumlah, esoknya hari raya, ramai yang dah bercuti. Staf di kaunter tersebut ramah melayan pelanggannya. Siap urusan pembayaran, dia akan bersalaman (sempena raya kot) dengan semua pelanggan perempuan (staf itu perempuan) ketika mengembalikan keratan bil. Andainya aku yang berada di kaunter itu, adakah aku akan buat begitu? Jawapannya dah tentu TIDAK, sebab aku nak kejar masa untuk kurangkan masa beratur setiap pelanggan. Dan aku, dah pasti akan dilabelkan sebagai “tidak mesra pelanggan” bila berkerja di sana. Itu baru satu kes. Belum campur lagi jika berlaku pertentangan pendapat dan cara pelaksanaan sesuatu. Bagi aku yang pernah berkerja dalam organisasi swasta sebelum ini, boleh sahaja terima maki sekiranya kerja yang aku buat itu tidak menepati piawai, tetapi kemudiannya masih lagi boleh bergelak ketawa dengan orang yang maki aku itu (kalau betul aku yang salah) ketika makan tengahari. Kalau aku boleh terima maki, bermakna aku juga boleh maki orang lain bila piawai tak sampai. Kerja adalah kerja, hal bersosial tetap sosial. Namun di sini, masihkah akan begitu andai tersalah tinggi suara sedikit kala menegakkan pendapat? Anda faham tak maksud aku? Maksudnya; dah naik suara sekali, akan tetap dipandang tak mesra alam sampai bila-bila walaupun yang salah tu bukan kita. Aku kan baran, mana boleh selamanya berlemah lembut dan bersopan santun. Sekali dua bolehlah. Kali ketiga, darah sudah didih wooooo…

Bila Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Rabu, aku bayangkan mesti tak ramai orang akan balik. Dah tentu jalan tak jem macam biasa. Namun sangkaan itu sangat meleset sama sekali. Adik dari Sijangkang balik pada malam Aidiladha dan terpaksa bermalam dalam kereta di Genting Sempah sementara menanti jalan lancar semula. Jam 10 pagi hari raya, dia masih berada di Gua Musang. Terpaksalah orang lain yang mewakilkan dia untuk niat Akikah tersebut. Kalau nak tunggu dia, entah jam berapa baru sampai. Alamat tak tumbanglah lembu itu.

Aidilfitri tahun lepas, aku terpaksa patah balik ke Bangi setelah jem teruk di lebuh raya Karak, boleh baca kat Travelog Raya Siri Satu dan Travelog Raya Siri 2: Aku yang lambat balik. Boleh juga nikmati kisah Raya Aidilfitri tahun lepas di Travelog Raya Siri 3: Bila musim Raya dan perjalanan balik Bangi semula di Travelog Raya Siri 4: Balik KL

Setiap kali raya, memang kami perantau-perantau ni akan bersesak dan bergembira dalam jem maha hebat. Ada kala sesak itu berlaku kat tengah hutan pun. Dan sesak itu pula, bukan hanya berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan Serambi Mekah sahaja, tetapi bermula sejak di Genting Sempah lagi, berlarutan hingga Raub, Lipis, Gua Musang, Kuala Krai dan seluruh negeri. Setiap kali hari raya, dianggarkan lebih sejuta kenderaan akan masuk ke Kelantan. Berlaku pertambahan yang mendadak sedangkan jalannya tetap serupa. Paling lebarpun hanya dua lorong sahaja.

Dari bukit ke bukit menyusur hutan


Kami yang dah terbiasa alami kesesakan ini, boleh dikatakan sudah bersedia fizikal dan mental. Maksudnya di sini, kami memang dah tahu akan sesak teruk, hanya tak boleh jangka teruknya itu hingga tak bergerak ataupun masih lagi boleh bergerak 30kmj atau 80kmj. kami juga perlu menerima kenyataan bahawa perjalanan kami yang lebih 300km itu tanpa kemudahan R&R kecuali di Gua Musang. Negeri Pahang yang makmur itu luas ya sayang, sebahagian besar masa kami berada di negeri itu, sementara perjalanan di negeri DarulNaim paling lama pun 3 jam sahaja (kalau sesaknya sedikit dengan kelajuan 80kmj) untuk sampai di Kota Bharu. Jadinya, perlu tahu area mana terdapat kedai makan untuk isi tembolok, masjid dan surau untuk buang isi tembolok yang melimpah itu pula sambil singgah untuk Jamak dan Qasar.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa perjalanan kami ke kota bharu sebenarnya tidak melalui lebuh raya selurus dan seluas lebuh raya utara selatan, tetapi menggunakan jalan negeri. Ayat mudahnya adalah: jalan kampung. Jalan itu pula dua hala. Ada masa jalannya lurus, ada masa bengkang bengkok. Ada masa landai dan rata, masa yang lain perlu tekan minyak sikit bila mendaki bukit.

Melalui jalan inilah kami meredah negeri pahang yang luas dan mengharung gua musang hingga ke Kota Bharu. Perjalanan itu lebih mudah dan selesa andai tidak ada kenderaan berat seperti lori, bas dan kenderaan berat yang lain. Bila ada kenderaan berat, perjalanan akan jadi perlahan terutama ketika mendaki bukit. Sangat sukar untuk memotong kenderaan berat apabila jalannya sempit dan berbukit. Itu belum lagi campur dengan masyarakat tempatan di kawasan tersebut yang keluar makan angin. Payah woooooo nak potong; dah lah dia punya kereta dok tengah-tengah jalan, bawa pula 60kmj…adusssss bila kita orang nak sampai ni. Perjalanan kami jauh, ratus-ratus km, kalau mengekor belakang depa ni, bila nak sampai?


Taklah panjang sangat ekor kat belakang…nampak tak kat cermin sisi?

Kemana sahaja pergi, memang akan sesak terutama jika terdapat lampu isyarat. Bila musim perayaan sebegitu, tak perlulah ke Kota Bharu, memang akan susah nak masuk. Buat penat je. Betul ke sesak itu indah? Entahlah! Biasanya tiap kali balik kampung, aku jarang sangat keluar semula ke pekan atau kota bharu. Semua keperluan untuk persiapan raya aku beli siap-siap di bangi termasuk tomato. Jadinya, dah masuk rumah, malas nak keluar lagi kecuali kalau benar-benar perlu sahaja.

Kalau dah begitu keadaannya nak balik raya, adakah tak terasa meriah? Bukan sahaja meriah dengan pesta lampu brek, tetapi juga…sesekali balik kampung mesti nak jumpa sanak saudara dan sahabat handai. Namapun lama tak jumpa. Masa inilah jalan sakan, beraya sakan dan ziarahi keluarga sambil bersesak sana sini. Sebab itulah, masa aku selalu balik dengan abang ipar, kakak dan anak buah dahulu…kami sentiasa sahaja bawa bekalan yang macam-macam; macam nak pergi berkelah. Maklumlah budak-budak kan, kalau lapar bukannya tahu tahan, terus nak makan. Kalau jem kat tengah hutan tu, bukannya dia orang reti ada kedai makan ke tidak. Bila ada bekal, tak sempat sebut lapar, aku dah buka taperware hu hu hu …ampunkanlah daku ya, perangai macam mak sikit; bawak bekal segala.

Bila balik seorang, agak malas sikit nak bawa bekal; hanya air mineral sahaja. Biasanya akan beli coklat sahaja di stesen minyak dan makan sambil nyanyi lagu hindi (tak pun dikir barat) sepanjang perjalanan. Bukannya orang tahu suara sumbang ke tidak, aku sorang je dengar. Aku lebih suka makan bila sampai rumah nanti.

Raya kali ini aku balik awal walaupun tertunda sehari kerana tak sempat siapkan banyak hal sebelum balik. Pagi-pagi Ahad dah balik. Agak ramai juga balik kampong hari itu, namun taklah jem. Boleh bawa 180k/j kalau nak. Aku tak bawa laju, hanya sekitar 100kmj hingga 120kmj sahaja. Hanya sesekali je terlupa nak tekan brek…bukan lajupun, 140kmj je hu hu hu. Itupun bukan selalu sebab ralit ambil gambar awan sepanjang perjalanan. Kalau bawa laju, mana boleh ambil gambar awan. Cantik awan yang memayung bumi sepanjang perjalanan kali ini, rugi kalau lepaskan peluang ni…cuba tengok semula dalam entri Aku kan balik sorang-sorang, tak ada orang sudi nak jadi pemandu terhormat. Gambar-gambar dalam entri ini aku selongkar entri lama masa sesak Aidilfitri lepas.

Jadinya, bila anda alami sesak sepanjang jalan yang perjalanan itu beratus km (taklah sepanjang jalan, biasanya kat tempat tertentu sahaja yang dekat dengan pekan atau simpang), adakah anda tidak teruja untuk sambut raya dengan meriah?