Pak menteri kata gst diperkenalkan untuk kebaikan rakyat. Maka aku
pun percaya walaupun selepas berbulan diperkenalkan, aku tak jumpa pun tang
mana murahnya barangan keperluan harian. Tak apalah, dah pak menteri kata, kita
rakyat marhaen ni wajiblah percaya, ya dak? Kang dikira durhaka pulak. Tak pepasal
kena sula!
Kata pak
menteri, bila dilaksanakan gst, nanti akan lebih banyak kemudahan diperolehi
rakyat jelata yang marhaen setaraf dengan aku ni. Kenalah percaya. Itukan kata
pak menteri. Ya lah, betullah tu…bila kutipan harian hasil gst pun dah cecah
hingga 42 juta, bayangkanlah bila dikumpulkan setahun. Fuyoooooooooooooooooooooooo
banyak gilerrrr!!!! Dah tu, dah tentulah pak menteri akan bangunkan Negara Malaysia
yang terchenta ni ya dak?
taHUn
depan, terpacak kat Bangi sebiji hospital canggih. Berdesup aku boleh lalu
jalan yang bertar licin tadak lobang sebesar hama pun kalau nak banding yang
sekarang ni, gajah pun boleh tenggelam kat lopak air di tengah-tengah jalan
raya.
Isnin lepas, macam biasa kena tawaf 3 pusingan untuk ambik nombor, tahun depan kita ada hospital baru yang besar kan? Tak payah tawaf gini dahhhhhhhh itulah kebaikan gst!! |
Dah tuai
hasil gst nanti, bukan setakat hospital
dan jalan raya ada di Bangi, sekolah pun dah canggih. Tak perlu lagi cikgu
panjat tangga tertonggek-tonggek dengan kasut tumit tinggi sejengkal tu, ada
lif bagai dah. Bilik darjah pun dah ada econ, selesa budak-budak belajar. Bilik
computer penuh dengan apple, bukannya computer buruk bermonitor besar tong tu
lagi.
Haaaaaaa itu
baru sekolah. Baru jalan raya. Baru hospital. Belum sebut benda lain lagi…malas
aku nak sebut kang panjang entri ni komer jugak malas baca. Pendek kata, tak perlu nak susah payah lagi
dahhhh…dalam masa 2 tahun je ada rel MRT depan rumah aku. Tak percaya? Tunggu je
2 tahun lagi.
Semua itu
kelebihan gst. Jadinya, silalah redha untuk bayar gst ya. Sila sedekah
banyak-banyak kat gst demi pembangunan rakyat. Errrrr demi rel MRT depan rumah
aku juga. Lepas ni aku tak payah dah bawak kereta, guna aje MRT, terus berhenti
depan rumah. Keluar pintu stesyen MRT, terus masuk pintu pagar rumah aku. Bahagia
hidup!!