Rabu, 29 April 2015

Sup Kepala Ikan Pok Mat

Kerana sup kepala ikan berharga RM130 hingga RM150 semangkuk yang dianggap mahal, makanya berlumba-lumbalah KPDNKK serbu kedai Pok Mat. Itu memang kerja KPDNKK untuk serbu premis perniagaan bila dapat laporan.

Makanya, berduyun-duyunlah yang memberi komen serata alam maya mencaci kutuk Pok Mat atau nama sebenarnya Nik Mohd Noor Muhamad sebagai pemilik restoren Sup Kepala ikan Pulau Pisang, terletak di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kelantan. Tak pepasal Pok Mat jadi kaya raya dok kutip pahala korang!!!
seketul ikan tu makan 3 orang tak habis hu huhuhu depa guna senduk dalam tu, bukan sudu yaaa

Tak apa Pok Mat, sup kepala ikan pok mat makin terkenal dah lepas ni. Insha allah rezeki akan bertambah-tambah selepas ini. Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan. Dah rasa sekali, haaaaaaa tau lah nak kata mahal ke murah huh u huhu

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
besar dan tebal isi ikan tu selain segar...kuah supnya mabeles hirup hingga habis

Cubalah google pengalaman ramai orang yang ditulis di blog, cerita pengalaman makan dengan meriah di kedai makan Pok Mat ni. Tanyalah sesiapapun yang pergi sini, belum ada yang komen kata tak sedap dan tak puas hati.

Mahal ke harga kepala ikan yang penuh mangkuk besar tu? Tahu tak sekeping ikan tu berapa harga? Tahu tak seketul kepala ikan mentah berapa harga di jual di pasar?

Bagi aku, bila Pok Mat dah pamerkan harga jualannya, jika tak mampu tak payahlah makan kat situ bak kata Pak Menteri kita. Pak Menteri kata masak sendiri lebh jimat huh u hu huh u Kalau di Bangi ni, mmmmm mehun goreng budus tu je pun dah RM6.90 huhuhuhu kalau macam sup kepala ikan Pok Mat tu, sah-sah lah reganya akan naik dua kali ganda. Ada berani nak makan? huhuh uhuhu
model teh madu ...rasa sekali terkenang-kenang bertahun lamanya...waaaaa rindunya!!!!

Ataukah kita sebenarnya sanggup je bayar mahal-mahal di restoren ada kelas walaupun kita sendiri tak pasti tahap kebersihan dan kesedapannya. Walaupun kita sendiri Nampak pekerja asing yang sediakan hidangan sambil lap peluh, namum bila kedai makan anak bangsa sendiri…macam menafikan hak kedai anak bangsa sendiri walaupun kesedapannya hingga menjilat jari kaki. Aku yang marhaen ini masih lagi tak faham tentang ni...

Terima kasih kepada KakLong Kawasan yang tahu aje kat mana tempat sedap untuk isi tekak.

Mahal sangat ke sup kepala ikan di kedai Pok Mat ni? Bagi aku makan di INSAF lebih menginsaf kan diri dari segi harganya. Aku tak sanggup dah nak masuk situ. Tapi...sangat terkenang-kenang untuk hirup teh madu Pok Mat ni, untuk hirup kuah sup ikan pok mat. 

Mmmmmm entri ini bukan iklan berbayar, aku hanya cerita apa yang aku nikmati. Sangat nikmat di anak tekak terutama bila kita makan beramai-ramai dan orang lain yang bayar. kan kan kan?

14 ulasan:

Unknown berkata...

besar tu kak.. tengok pun tau sedap.. insya allah bertambah rezeki pok mat pasni..

norhidana berkata...

takmo komen psl harga mahal sbb kt kl melambak je yg jual mahal tp org mkn jgk kalau harga berbaloi ngn apa yg di bayara tuh.. kalu sedap n isi banyak apa ada hal kan...

tp akak selalu baca psl sup kepala ikan pot mat nih kt sorang fb kwn, dia mmg suke mkn situ n tgk dia nyer menu portion besar2... org luar je yg saja menambah2 cite kot...

makcikkantin berkata...

Rasa nak cuba lah bila2 pergi sana nanti.....

eelobor berkata...

bagi ambo ukur poket sendiri. kalo rasa berbaloi nak makan, makan jer. kerja penat2 sesekali nak bagi rewards pada diri sendiri bab makan apa salahnya.

JunAina berkata...

Masalahnya umat yang buat laporan tu lepas tu masalah kisah ini diviral2kan... Hujung minggu ni nok gi Klate nok gi make sup ike Pok Mat jugoklah...ehehee...

Dr K berkata...

Ok...terliur air liur! hahaha


So, meal yg korang makan tu, berapa RM?

*SiRibenMerah berkata...

da lama retis tuh tak beraksi.. terima kasih pok mat..
nnt kawe g sana lagi..
rinduu~
sedap..


lapar~

anyss berkata...

rai: bab rasa mmg sedap, seketul pun dah boleh mkn bertiga. kuahnya pun dah mabeles huhuhu

anyss berkata...

norhidana: mmg mangkuk besar, puas hati makan sesuai dgn harga. kat sini payah nak cari rasa yang seswai dgn harga, byknya harga je besau rasa ke laut

anyss berkata...

MCK: tak nyesal rasa

anyss berkata...

eelobor: ambo setuju. bukan hari2 gi hadap sup pok mat

anyss berkata...

junaina: moga viral ni tambah rezeki pokmat. tak rugi pi makan...sesekali, bukan sokmo

anyss berkata...

Daddy Ziyyad: serius, mmg tak nyesal. rega kena tanya kaklong kawasan dan retis2 terlibat, depa yg bayooo ambo tukang mkn je huhuhu

anyss berkata...

reben merah: sila buat PC comeback huhuhu nanti tapaw seketui utk ambo ya