Hari Jumaat yang mulia
begini...kita kongsi cerita seram pulak
saje nak ubah mood minggu raya
yang mabuk dengan ketupat dan
lemang
aku mabuk minum ubat batuk hu hu
hu
Dah baca entri seram aku tentang hantu?
nanti aku tambah lagi koleksi
cerita seram di asrama sekolah ni
yang aku tahu
tapi kali ini nak cerita
tentang pengalaman aku
ketika bermalam di pejabat
bermalam di pejabat?
apa ke jadahnya sampai
bermalam bagai di pejabat?
Perasan kerja kuatlah tu kan?
disebabkan aku ni merempit
dengan kapcai buruk aje
ada masanya banyak perkara
menghalang untuk balik rumah,
lalunya lebih selamat kalau
tidur sahaja di pejabat
pertama: hujan turun dengan
lebat tak berhenti sampai tengah malam
kedua: kerja terlalu banyak
perlu aku guna talian internet
dek terlalu kusyuk di pejabat
waktu sangat lewat untuk
merempit balik
dan tak begitu selamat dah
nak balik
waktu itu aku tak tahu pun
ada talian percuma
boleh dapat dari Streamyx di
belakang rumah
langkah terbaik untuk dua
keadaan ni:
tidur aje di pejabat
sebab itu bawah meja aku tu
ada toto dan bantal segala
apalah sangat dengan pakaian
tukar lain
penuh satu beg pun hu hu hu
satu kali aku kena siapkan kerja
ikut masa ditetapkan, masa itu
pula singkat
kena guna internet segala
asalnya nak balik jam 9 malam
sahaja
akhirnya dah kusyuk ralit buat
kerja
tak sedar jam dah 11 malam
kerja nak buat masih banyak
aku putuskan untuk tidur di
pejabat sahaja
dan meneruskan kerja tersebut
setelah bersiram segala
[sangat-sangat bersyukur bilik air kami dilengkapi
dan sesuai untuk aktiviti mandi
manda segala]
hampir jam tiga pagi mata dah
tak boleh nak buka
sangat mengantuk
walaupun dah tutup lampu
cahaya kat situ masih terang
kerana aku buka bidai
lampu di bahagian belakang
betul-betul depan tingkap
siap baca apa yang patut
termasuk 3 Kul
aku mula tutup mata
saat itu bagai ada suara
mendengus di telinga
terasa tiupan angin panas juga
di leher
macam ada orang bernafas di situ
aku buat-buat tak tahu sahaja
kemudiannya terasa kaki aku
disepak
aku nampak sendiri kaki aku itu
bergoyang @ gerak
sekali sahaja masalahnya
mungkin mata salah nampak
namun gerak itu memang terasa di
kaki
aku hanya kata
“tido la...esok nak kijo lagi
nih
tak payoh dok ganggu ore buleh ko?”
hu hu hu hantu tu paham bahasa
kelantan rupanya!
Peristiwa itu tetap jadi misteri
hingga kini
namun, bukan aku seorang pernah
kena ganggu
En Mat pernah dilihat mengamuk
menebas belakang pejabat kami
gara-gara dia diganggu malamnya
dia juga kaki tidur di pejabat
hu hu hu
Patutkah aku panggil Mazidul
mencari hantu di belakang pejabat aku ni?