Pergi Kota Kinabalu hari tu, hanya sempat ke kedai mutiara sahaja. Beberapa orang rakan ada kirim dan dah selamat diterima semuanya. Kakak juga kirim dengan kuantiti yang agak banyak, selain untuk 2 orang anak daranya, juga untuk dipasarkan kepada teman-temannya. Namun begitu, kirimannya yang banyak itu tidak mendapat sambutan yang HANGAT seperti yang dia andaikan. Seminggu sebelum itu, seorang guru di sekolahnya telah jual banyak broach. Ramai yang dah beli. Hanya gelang mutiara dan beberapa set broach sahaja yang terjual. akhirnya, broach itu kembali semula ke pangkuanku.
Alamak, apa nak buat ni?
Inilah jadinya bila orang kirim pakai air liur sahaja!
Jadinya, kepada rakan-rakan, kawan-kawan, kakak-kakak, mak cik-mak cik atau adik-adik yang belum sempat untuk mencari keperluan aksesori diri pada musim perayaan nanti, bolehlah tengok broach mutiara yang didatangkan khas dari Kota Kinabalu, Sabah ini. Jika berkenan, bolehlah order ya. Harga memang berpatutan. Macam harga beli di Sabah sahaja. Masa pergi Kota Kinabalu dulu, tambang belon dan hotel dibayar dek Kerajaan Malaysia sebab aku pergi sana untuk kerja. Sebab ambil banyak sikit, dapatlah tawar harga walaupun taklah banyak mana.
Kepada yang ambil lebih dari satu broach, harga boleh runding lagi. Emelkan pertanyaan dan pesanan anda ke annieyss@gmail.com untuk maklumat lanjut.
No. 1
Harga Asal: RM44
Harga Jual: RM 40
No. 2
Harga Asal: RM44
Harga Jual: RM40
No. 3
Harga Asal: RM70
Harga Jual: RM52
Yang ni hanya ada satu-satunya dan sangat cantik. Hati berkenan sangat-sangat. Kat tengah-tengah tu ada batu-batu warna putih. Paling mahal antara semua yang ada.
No. 4
Harga Asal: RM 40
Harga Jual: RM37
No. 5
Harga Asal: RM42
Harga Jual: RM 38
No. 6
Harga Asal: RM55Harga Jual: RM 45
No. 7
Harga Asal: RM48
Harga Jual: RM44
No. 8
Harga Asal: RM44
Harga Jual:
RM 40
No. 9
Harga Asal: RM48
Harga Jual: RM 44Broach ni harganya tak standard kat Sabah. Ada masa patern yang sama sangat berbeza harganya bila beli pada masa yang lain walaupun di kedai yang sama. Aku baru perasan hal ni masa save gambar-gambar ni dalam folder. Yang pasti, harga yang aku dapat kali ini jauh lebih murah berbanding yang pernah aku beli untuk Jieda sebelum ini. Jadinya, tidak mustahil juga, untuk patern yang sama macam kat atas, akan turun atau naik harga pada masa akan datang.
Barangkali juga aku masih belum lagi memahami dunia pearl yang menjadi keagungan ramai insan ini sepenuhnya. Tengah belajarlah ni. Nanti dah pandai, bolehlah buka Bazaar Mutiara Sabah di bandar baru bangi kan?